Ragam Saudara Mara

Hai buat semua pembaca iium confession. Tujuan aku tulis confession ni sebenarnya hanyalah luahan yang dah lama terpendam dalam hati aku ini. Benda ni aku rasa macam makin menjadi jadi sepanjang musim raya ini. Sebenarnya orang yang paling aku kesian dalam kisah aku ini adalah mak aku sendiri. Begini sebenarnya ceritanya…

Raya tahun ni bagi aku agak hambar. Bagi aku dan adik beradik lain, kami sebenarnya takdela kisah sangat macam mana keadaan hari raya ni, lagipun kalau tak pergi beraya. Mungkin sekadar berehat di rumah tunggu tetamu datang terutama sekali saudara mara. Maklumlah, nak jumpa tu pun masa musim2 perayaan ni jela pun dapat berjumpa.

Buat semua pembaca, oleh kerana dua bulan yang lalu adik aku accident, jadinya kami tak dapatlah pegi beraya ke rumah sedara mara seperti raya sebelum ni. Jadinya, mak aku pun buat keputusan untuk buat je open house semasa raya kedua dan jemput je semua sedara mara datang rumah.

Berbagai persiapan mak aku buat, dari tempahan makanan dan bermacam lagi persediaan untuk open house kali ni. Mak aku siap suruh kami kemaskan bilik2 dan sediakan bantal, tilam. Kalau2 nanti sedara mara yang datang nak berehat. Pendek kata, betapa besarnya harapan mak aku jemput diaorang semua kerumah.

Akhirnya, masa yang dinanti dah tiba, mak serta kami semua buat persiapan dari awal pagi.. masak beraneka macam makanan. Pendek kata, sebab terlalu teruja, mak aku sampai tak tido malam sebelumnya. Dari pagi ke tengah hari, kemudian sampai ke petang..

Namun sedara mara yang dinanti tetap tak kunjung tiba. Aku nampak keresahan dan kekecewaan di mata mak aku. Aku cuba call diaorang, takde seorang pun yang jawab panggilan. At the end, semua makanan tu kami sedekahkan pada jiran2 yang datang dan ada juga yang disimpan. Aku tau mak aku kecewa, tapi dalam kecewa mak aku masih lagi berhusnudzon pada saudara maranya.

Dan hari ni hari raya ke 4, masih lagi tiada khabar berita. Langsung takde sorang pun yang hubungi mak aku mahupun kami ni. Bila kami scroll fb, barula kami perasan yang sedara mara ni semua berkumpul satu tempat. Nampak sangat masing2 gembira berjumpa sesama sendiri. Aku tunjuk dekat mak aku, tapi mak aku suruh kami maafkan je mereka, mungkin ada khilaf dari kami yang kami tak sedar.

Serius aku rasa macam geram. Sampai hati sedara mara aku buat mak aku macam tu. Kalau sorang dua tak pe, tapi ni semua sekali berperangai celaka macam tu. Paling aku tak sangka, ada tok sedara aku yang mak aku selalu bantu dan aku still ingat mak aku sanggup cari rumah dia dalam hujan lebat semata2 nak bagi duit. Dia pun turut sama terlibat dalam kumpulan yang bagi aku sedang memulaukan mak aku.

Mak aku call tanya kenapa tak dapat datang, sebab tengok dari dalam post facebook, location tu dekat je dengan rumah kami. Alasan diaorang, RUMAH KAMI JAUH.

Bila jadi peristiwa macam ni, aku rasa tak perlu pun kita ni berbaik baik sangat dengan saudara mara ni. Sampai satu masa diaorang akan buat tak tahu dan decide untuk pulaukan beramai2 tanpa kita ketahui sebab apa. Aku harap mak aku akan kuat. Takpe.. kami akan selalu ada di samping mak.

– Umi rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *