Semua Mahu Poligami

Baru-baru ni, macam biasalah kena hadap soalan bila nak kahwin kan. Dah nama pun single, haha jawapan semua dah kat tepi bibir. Lek luuu. By the way, aku ni perempuan normal, cuma complicated ciked and kuat overthinking, haha.

Nak dipendekkan cerita, dalam masa aku menunggu planet mars jatuh ke pangkuanku, ada la aku dengar beberapa over-generalization dari kaum ni sendiri. Ya, kaum lelaki la maksud aku.

Berikut adalah beberapa kenyataan dan apa yang berlaku di depan mata lah. Boleh percaya ke? Yang aku tau, yang no. 4 tu sahih.

1. Wanita Hari Ini –

Jemputan pada hari itu adalah seorang lelaki yang berilmu, aku tak ingat la dia ustaz ke siapa, tapi dia ada cakap lebih kurang macamni “Lelaki even dah kahwin pun, tipu kalau takde hati kat perempuan lain. Kalau dia setia, maksudnya dia tak normal.”

Lebih kurang la, benda ni time 2016 ke 2017 camtu. Dari time tu memang aku nak single sampai kojol, pergi rumah orang tua pun sorang-sorang, seret lutut sampai ke muka pintu.

2. Ayah aku –

Dia cakap “Semua lelaki berkeinginan nak kahwin lebih dari satu, cuma tunggu jodoh je. Kalau takde jodoh, takde lah nak kahwin lebih”.

3. Lelaki-lelaki lain –

Kawan aku pernah tanya, boleh tak kalau ada lelaki yang dah kahwin nak kenal dengan aku? Eh free-free je kawan aku dapat jari tengah. Pastu, kawan aku yang tak kahwin lagi boleh pulak sibuk berangan nak pasang dua, heh! Aku tak faham wei.

4. Aliff Aziz –

Ya, aku tau la jodoh ni tak boleh nak agak, tak kisah la berapa kali nak kahwin pun kan. Bukan kuasa kita nak tahu siapa jodoh kita, berapa orang and tahun bila.

Tapi, aku nak cuba pendekatan lain untuk bertanya. Korang pun tau sedalam mana perasaan korang. So, untuk mengelakkan nak mengelakkan benda ni menguasai aku, so nak tanya:

1. Ada research yang mengatakan, poligami ada yang disebabkan terlalu rushing bila berkahwin dengan isteri pertama. Setuju?

2. If tak, selalunya apa yang menyebabkan tumbuh hasrat untuk pasang lebih?

3. Ada yang kata, “mEmAnG tAk cUkUp”. Kenapa ya?

4. Ramai yang tahu, tak boleh berlaku adil, tapi kenapa still berkeras nak lebih dari satu?

Mungkin ada yang akan cakap, Islam ada galakkan. Tapi, I know that this is discouraged for those who can’t treat the wives with a perfectly equal fairness.

Tolong jangan jawab lelaki ada 9 nafsu, 1 akal. Benda tu kucing pun tahu ya. Warganet zaman kini kan dah amat bijak dan rajin berkongsi pendapat, jadi aku nak sangat tahu lagi-lagi case study or success stories daripada pengalaman sendiri ya. Harap-harap ada benda yang boleh mengubah mindset aku.

Kalau takde, jumpa la aku di rumah kebajikan nanti.

Terima kasih!

– Du ri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *