Semuanya Salah

Assalammualaikum. Terima kasih admin sekiranya luahan saya ini disiarkan. Ini merupakan penulisan saya. Maaf sekiranya susun atur ayat tidak sempurna dan luahan ini terlalu panjang. Saya merupakan dari selatan tanah air dan umur 22 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam kat salah satu Pulau Borneo. Saya bahasakan diri aku lah ea.

Aku ingin menceritakan mengenai keluarga besar aku belah mak dan jugak belah ayah. Keluarga besar belah ayah aku mengambil kira mengenai tahap Pendidikan. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku semua mempunyai tahap Pendidikan yang tinggi dan boleh digelarkan sebagai orang yang ‘have2’. Aku ada seorang pakcik yang suka sangat bertanyakan pasal Pendidikan kat anak-anak buah dia dari yang UPSR hinggalah ke alam Universiti. Tapi biasanya ahli keluarga aku lah yang selalu kena disebabkan dalam kalangan adik-beradik ayah aku, hanya ayah aku je tak mempunyai pendidikan sangat. Ayah aku pon tak lepas SRP (peperiksaan dulu2).

Setiap kali tarikh result peperiksaan keluar, confirm dia akan call nak bertanyakan mengenai result peperiksaan. Peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM akan di announce di dada-dada akhbar dan berita kan, so dari situ dia akan call mak ayah aku dan makcik2 dan pakcik2 aku yg lain sekiranya ada anak yg ambil result tersebut. Aku tahu dia mempunyai seorang anak lelaki yang bijak dari zaman UPSR hinggalah ke U di sentiasa perform. Dia selalu berbangga dgn performance anak lelaki dia yg seorang tu sbb sntiasa dapat result bagus. Anak dia mengambil jurusan perubatan (bakal doktor) dalam masa 2 tahun lagi. Anak dia telah further study di oversea dan sekarang telah sambung lagi di UA kat semenanjung Malaysia.

Aku ingat lagi time tu raya 2014 dan aku di peringkat STPM dan baru dapat result sem 1. Pakcik aku satu keluarga dia datang ke rumah siap tanya result bpe pointer. Aku mcm biasa lah jawab biasa-biasa je. Dia desak lagi bpe, aku cakap lah 3.0 tau. Pastu, siap dia cebikkan muka sbb 3.0 je. Bagi dia 3.0 tu terlalu sikit dan tak bagus. Pointer yang bagus adalah 3.6 ke atas. Peristiwa tu masih segar lagi diingatan. Dulu, adik-beradik aku selalu di pandang rendah dan kurang didekati oleh keluarga belah ayah aku disebabkan kat pendidikan tak perform abis. Banyak sangat peristiwa yg buatkan mak ayah aku kecik hati dengan sikap diaorang.

Yelah keluarga kitaorang hanya golongan biasa-biasa je tapi duit makan & minum sentiasa cukup takdelah sampai menagih simpati kat diaorng. Tapi sekarang diaorng dah mula utk mendekati keluarga aku sejak 2 tahun lepas setelah lihat kejayaan adik-beradik aku sedikit demi sedikit setelah abang2 aku start bekerja di sektor awam dgn berjawatan yg agak selesa lah orang kata (takde main orang dalam). Masing-masing pelik bagaimana abang2 aku dapat masuk sektor tersebut sedangkan peluang pekerjaan sektor tersbut agak nipis. Makcik aku, setelah aku berjaya menempatkan diri di UA barulah nak try utk beramah mesra dgn aku. Dulu aku tak rapat dengan semua makcik2 aku disebabkan hal ni lah.

Tapi sekarang dia try utk rapat dan aku berasa ‘awkward’ sangat. Aku tak reti utk bergaul dgn makcik aku. Kalau dia tanya pun, aku jawab je mcm biasa dgn penuh sopan. Masa semua makcik & pakcik pandang rendah kat keluarga aku, aku belajar sehabis baik utk dapatkan result paling okey sbb nak naikkan martabat mak ayah aku. Aku taknak keluarga aku sentiasa dipandang rendah. Dalam keluarga belah ayah aku, hanya aku je yang amik STPM even diaorang momokkan STPM tu susah.

Tapi aku jenis sahut cabaran diaorng dan aku berjaya buktikan pada diaorang STPM ni senang je even penat sangat sampai menangis-nangis. Mak ayah aku ajar, kita tak tempuh kita tahu bendanya mcm mana, so tempuh dulu. Pada akhir-akhir Ramadhan ini, kitaorang buat family gathering dan pakcik aku sibuk tanya pointer aku. Aku ingat dah jarang jumpe ini okey sikit ke perangai, tapi masih sama. Siap dia suggest ke aku klau nak smbung master pointer 3.5 keatas. Dia tak tahu aku struggle kat course aku mcm nak apa. Aku bukanlah amik course sains or course seni. Tapi course merancang.

Bagi aku belajar ni semua sama je. Nanti dah keluar bekerja kita semua saling memerlukan dan melengkapi. Tapi mentaliti masyarakat melayu sekarang pelik2.

Keluarga belah mak aku pulak, diaorang sentiasa pandang rendah kat orang yg ada pendidikan. Diaorang beranggapan klau study tinggi tapi takde kerja & dan takleh earn money takde guna jugak. Siap bagi cth lagi tengok tu si ‘polan’ tu belajar tak tinggi dapat je beli keta besar, melancong sana sini (dlm Malaysia) beli apa je semua dapat.

Aku pelik, belajar salah tak belajar lagilah salah. Aku belajar tinggi2 sebab aku nak kerja nanti dan dgn duit hasil titik peluh aku tu, aku nak bawak mak ayah aku menunaikan haji. Tu cita-cita aku dari dulu sampai sekarang. Doakan aku semoga aku berjaya dengan penuh keberkatan dan dapat memenuhi impian mak dan ayah aku ye.

– AI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *