Sendiri Cari Pasal

Assalamualaikum,
Aku perempuan, umur 20++ dan masih belajar. Masa awal2 masuk universiti, aku ditakdirkan berjumpa dgn beberapa orang kawan yg skrg ni bff til jannah la kahkah. Tak tau mcm mana aku boleh kamceng dgn diorang sbb diorang ni semua cantik2 bergaya. Baju semua fesyen up to date, make up, handbag semua brand mahal2 punya. Beza gila dgn aku. Aku biasa2 je, pegi kelas pakai baju kurung/jubah/jeans dgn tshirt. Make up jgn cakap lah memang satu habuk tak reti.

Diorang ni baik hati serius wa cakap dgn lu tapi aku perasan diorang ada rasa inferior kalau tengok orang lagi cantik/bergaya. Contohnya bila keluar lepak, diorang suka tunjuk kat aku instagram orang2 famous, victoria’s secret angels dan ramai lagi. Aku tak kenal sgt pun tapi layankan je la. Alah kalau korg bukak explore tu confirm keluar post instafamous yg cantik2. So bila tengok post2 tu, diorang start la “bestnya kalau kaya mcm dia” “cantiknya kurus macam ni” “cantiknya patut la ramai follower” “ramainya org cantik kat malaysia, susah nak compete” “aku rasa ketinggalan zaman takde jam/handbag brand ni” dan banyak lagi lah. Setiap kali diorang cakap mcm tu aku rasa pelik sebab diorang ni serius muka cantik, badan lawa, pandai bergaya (salah sorang kawan aku tu instafamous jugak).

I’m the one who should be complaining not them hahaha. Sambil2 scroll tu memang non-stop complain nak itu nak ini. Selalunya aku senyum je, aku cakap korang dah cantik, takyah compete yang penting korang selesa dgn diri sendiri. Aku selalu pesan mcm tu sebab kadang2 pegi kelas diorang nak melawa pakai baju kurung moden yang fit dekat badan dgn pinggul tu lepas tu komplen “susahnya nak jalan, tak selesanya baju fit kat badan tapi sebab nak lawa takpe lah aku sanggup” Haa cenggitu kau gigihnya kawan2 aku ni. Kalau pakai seluar jeans ketat tu lepas tu komplen kat aku “panas gila pakai seluar ketat, bestnya tengok kau pakai kain mesti sejuk je” aku gelak je aku cakap haa nanti beli la skirt cantik2 boleh bergaya dan selesa at the same time.

Baru2 ni masa tengah lepak, salah sorang tu cakap mcm ni “aku rasa down la ramai sangat orang cantik dgn kurus. Bila la aku nak jadi macam tu. Patut la takde lelaki handsome nak kat aku” whattttt terkejut aku dgr. Tak sure dia bergurau ke apa kahkah padahal kat universiti tu beratur jejaka2 nak kat diorang. Dan sebagai kawan yg tak suka tengok kawan dia sedih, aku bagi lah sikit2 nasihat, comforting words gituu.

Maaf panjang. Tu contoh2 je situasi yang aku hadapi bila dgn kawan2 aku. Point yang aku nak sampaikan ialah:

1. Belajarlah hargai nikmat yang tuhan dah bagi. Tubuh badan yang sihat, kesihatan yang baik, rezeki yang cukup, orang2 sekeliling yang sayangkan kau. Kalau nak kejar kesempurnaan, memang sampai kiamat kau tak jumpa.

2. Cuba ubah persepsi ‘kena make up cantik dan bergaya baru orang nak kawan’. Bagi aku, cantik luaran tu bila orang tu nampak kemas dan terurus. Pakaian kemas, bersih, kuku pendek. Tu bagi aku lah. Tak tau la bagi korang macam mana. Cantik dalaman macam biasa la semua orang tau tu memang penting. (Btw aku suka tengok orang yg selalu nampak confident)

3. You only see what people choose to show you. Kalau kat laman sosial memang la semua orang letak gambar cantik2, relationship goals semua tu. Realitinya hanya mereka yang tau cewah.

4. Sambil2 nak jaga kecantikan tu, pada masa yang sama cuba improve diri dalam aspek lain contohnya pelajaran, ibadah, join persatuan utk cari pengalaman baru, banyakkan membaca, travel. Ha baru la ada nilai tambah dalam diri ye dok?

5. Tak salah nak jadikan seseorang tu idola tapi jangan sampai memudaratkan sampai kita depress, rasa down. Jadikan itu sebagai motivasi untuk kita work harder. Contohnya tengok gambar model kurus jangan tengok saja lepas tu takde effort and then sedih sorang2 mengenang nasib diri.

6. Korang kalau ada kawan2 macam ni, jangan lah marah diorang. Tolong la bagi kata2 positif bagi diorang regain self confidence.

Ok itu saja yang aku boleh fikir setakat ni. Sebenarnya ni pesan untuk diri aku sendiri jugak. Siapa yang ada nasihat, boleh komen tau. Kalau ada pendapat aku yang korang rasa salah, tegur je. Sebab aku pun masih mentah dan perlukan teguran orang lain. Terima kasih. Wasalam.a

– Alin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit