Sentapp – 5:33 PM

Sentapp

Pernah sekali saya dan kengkawan makan di restoran Chapatti di Amman, Jordan. Budak2 ni rekemenkan saya restoran ni sebab kat sinilah restoran India yang paling sedap katanya. Depa kata la. Dan ya, memang sedap n nak bayar pun sedap juga. Haha

Bila kami panggil waiter, kami order la 'Chicken Curry'. N waiter tu tanya saya, 'Nak kepedasan tahap mana? 100%, 70%, atau 30%?' Then, I was like, whattt? Kepedasan pun ada tahap ke? Saya gelak depan waiter tu. Kekeke. Dia senyum kelat je tengok saya. Dan sebagai peminat makanan pedas zaman berzaman, dengan angkuhnya saya minta 100%.

Begitu juga la dengan bab2 tarbiyah n dakwah ni. Ada sesetengah orang yang memang dahagakan tarbiah yang jenis sentap2 ni. Bagi mereka, kepedasan ayat tahap 100% tu la paling berkesan menggugat hati mereka meninggalkan maksiat. Dan akhirnya, antivirus terhadap godaan syaitan mereka pun makin kukuh. Kan osem macam tu?

Ada juga sebahagian orang yang memang sensitif bab2 tarbiah sentap ni. Yela, kawan tu baru je berjaya berhijrah pakai tudung labuh, n dihidangkan pula dengan ayat2 sentap ni, mereka pun feels like nak didihkan kahak hijau ke kerongkong yang paling dalam, dan ludah ke skrin handset. Dan akhirnya, bertambah benci pula mereka dengan Islam. Hoho.. yang ni tak osem. Serius tak osem.

So, kita ban aje la orang acah2 nak sentap2 ni. Yaa! Kita ban dorang. Sambil angkat sepanduk "Kami benci tarbiah sentap".

Wait. Wait. Salah tu bro(sambil gerakkan jari telunjuk) Kita kena faham 2 perkara ni.

1) Ayat2 sentap ni kita kena kiaskan dengan level kepedasan yang saya bagi tadi. Ada orang suka makan ayat2 pedas level 100% baru boleh rasa ditarbiah. Ada yang suka makan ayat2 pedas level 30% baru rasa lega. Dan ada yang tak suka langsung makan ayat2 pedas. So, orang yang tak suka makan ayat pedas ni, silakan unlike, unfriend dan uninvite ke or apa2 je la dari page2 macam tu. Dan jangan kecam mereka. Kalau nak kecam juga, kecam dalam hati je. Haha. Kenapa tak boleh kecam? Tengok pula sebab kedua ni.

2) Kerana mereka juga pendakwah yang menjalankan gerak kerja dakwah. You should feel shame bila ada orang yang buat gerak kerja dakwah n tarbiah sementara ko sedap makan popcorn sambil kecam orang. Aiyoo. Kalau kita asyik nak kecam gerak kerja dakwah orang bila Islam nak maju dohh?

Saya bukan nak backup sangat penggiat2 tarbiah sentap ni sebab saya pun kadangkala tak setuju juga dengan cara mereka. Walaupun kadangkala ayat mereka setajam lightsaber milik Darth Vader, tapi masih ada kebaikan yang mereka sebarkan. Dan muhasabah balik, berapa banyak gerak kerja dakwah yang sudah kita lakukan. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh2. May the force be with you ?

– Abe comey

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *