senyum
Maaf kalau ada yang tersinggung dengan confession aku ni nanti tapi aku x tuju pada siapa-siapa, kalau ada yang terasa tu mungkin laa korang pun tergolong dalam golongan yang aku nak cerita ni.
Bila dah masuk dunia u ni, mesti kita akan jumpa dengan pelbagai ragam manusia kan. Tapi ragam yang 1 ni memang aku selalu nampak dan perhati la. Aku x taw la kalau aku je ke selalu jumpa orang-orang macam ni. Iaitu orang yang x reti senyum ni.
Biasanya yang aku perasan gadis-gadis yang cantik, comel,bergaya dan sekarang wujud hipster tu pulak,golongan ni memang payah nak senyum. Aku taw aku x la secantik, seayu, secomel, bergaya macam korang semua. Aku belajar jurusan engineering, so cara pemakaian memang laa agak selekeh. Mana la ada masa nak make up semua tu. Lagipun aku memang x suka make up ni, aku rasa rimas. Muka aku memang bebas dari segala bahan makeup, aku cuma letak bedak sikit je dekat muka dan pergi kelas. Jadi aku x kesah pun aku x secantik korang, bergaya mcm korang. Tapi apa salahnya bila aku senyum korang balas.
Bila aku selisih dengan golongan cantik menarik ni di kolej atau asrama memang terasa kerdil sikit diri aku ni tapi tu x menghalang aku untuk sedekahkan senyuman dekat diorang. Aku senyum ikhlas taw, selebar-lebarnya aku senyum, tapi balasan yang aku dapat jelingan maut korang. Masa tu rasa mcm awkward sgt. Kalau dgn kaum lelaki kau nak jeling-jeling, x nak senyum ke aku faham lagi tapi yang heran elok pulak korang balas senyuman kaum lelaki ni,tapi aku x kata salah ek balas senyuman tu,x kesah la laki ke perempuan senyum tu kan sedekah. Cuma heran aku perempuan senyum dekat korang,korang buat x tahu je. Apa salahnya balas walaupun sedikit kan, x laa aku rasa mcm senyum dekat tiang lampu kan.
Aku x kata semua golongan cantik ni macam tu k. Sesetengahnya mcm tu la, dan aku memang selalu jumpa dengan orang mcm ni. Dari zaman sekolah dan masuk zaman u pun ada lagi orang mcm ni. Alangkah indah rupa yang cantik tu, dihiasi dengan senyuman yang menambahkan seri di muka. Jadi sentiasa laa senyum, baru orang senang dengan kita.
– merong