Aku ada 6 adik-beradik. Dan aku yang ke-5. Dari kecil lagi, aku tahu yang aku tak disayangi sebagaimana mama sayang 2 anak favourite dia. Kau akan tahu betapa sakitnya hati ni. That's a hard truth which everyone knows in my family.
Tiada sambut birthday aku,tapi bila anak kesayangan dia, mama akan buat mahal-mahal. Baju,bag, barang mereka semua mahal-mahal. Setiap kali shopping, mesti mama akan belikan sesuatu untuk mereka. Mama tidak kisah habiskan Rm5 000 untuk shopping anak favourite dia. Tetapi, bila aku mahu beli baju disebabkan baju yang lusuh,koyak dan dipakai lebih 4 tahun, dikatanya membazir.
Jadi,bila adik bongsu aku lahir waktu aku tadika, aku janji yang aku taknak bagi adik aku hidup macam aku. Aku mahu dia ada kasih sayang.
Yes,aku bersyukur ada mama dan ayah. Tapi, aku mahukan kasih sayang seorang ibu dan bukannya dilayan macam stranger. Bila aku mahu bercerita, mama tidak layan. Sampai satu tahap, aku jadi pendiam. Dan sebab tu, aku meneduh kasih dengan maid aku. Waktu dia berhenti selepas hampir 20 tahun bekerja dengan keluargaku dan balik ke negara asal, aku menangis setiap malam selama 3 bulan. Aku hilang seorang yang aku dapat bercakap dan luahkan perasan.
Bila aku masuk ke sekolah menengah, aku sedar apa yang aku buat, aku tidak akan dapat secebis kasih sayang mama. Life is unfair and I need to get over it.
Dalam keluarga, aku dapat pencapaian terbaik. Tapi, disebabkan aku bukan anak yang disayangi, ia tidak pernah mengagumi mama. Kecuali ayah dan kaklong yang sedar tentang kewujudan ku.
Pernah beberapa kali adik beradik lain kata dengan mama yang mama lebihkan dua anak kesayangan mereka. Tapi, mama tidak pernah berubah.
Even walaupun anak kesayangan mama bergaduh dengan adik-beradik lain sampai pukul dan tampar mereka, mama tidak pernah marah anak kesayangan mereka. Tidak pernah! Walaupun terang-terangan itu salah anak kesayangannya. Tetapi, bila kami bergaduh dengan mereka, kami yang dipersalahkan. Hanya ayah yang berlaku adil.
Sekarang aku umur 20 tahun. Ia masih terkesan dengan hidupku.
Bila aku dengar kawanku cakap dengan ibu mereka, aku pergi ke tandas dan menangis.
Sampai satu tahap apabila kawan baikku dan ibunya bagiku hadiah yang simple, tetapi aku menangis macam nak rak.
Bila anak kesayangan mama mendapat tawaran ke overseas lepas SPM, mama gembira sekali. Tetapi, bila aku, sekelumit tahniah pun tiada. Seoalah aku tidak wujud. Malah,dikatanya lagi aku tidak layak mendapat tawaran tersebut. Mama tidak sedar yang result aku lebih bagus daripada yang lain. Straight A, dan lebih banyak A+ berbanding mereka.
I am tired to be as what she expected on me. Wait, she never has an expectation on me from the start. It is just me who is trying to be better and being noticed by her.
Aku sedar yang aku mempunyai impian sendiri. Aku tidak akan pernah menjadi seperti anak kesayangan mama. Tidak, aku tidak akan dapat.
Aku tolak tawaran engineering ke UK dan sambung di dalam negara. Sambung dalam Diploma in Accounting. Sebabnya, aku tiada asas accounting waktu SPM. Aku daripada kelas pure science. Bagaimana hendak membina rumah dengan bata apabila tiada basic susun bata? Jalannya tetap sama.
Matrik(1tahun)+degree(4tahun)
Diploma(2.5tahun)+degree(2.5tahun)
Semuanya lima tahun untuk mendapat degree. Cuma aku memilih jalan yang jarang dipilih orang.
Jadi, aku bersyukur bila aku dapat pointer 3.9+ setiap sem. Ataupun band 6 Muet.
Bila aku baca post Ebit Lew yang sampai sekarang aku ingat. Kalau ada musibah atau ujian, mesti ada hikmah yang Allah nak bagi.
Alhamdulillah,Ya Allah. Aku redha dengan ketentuanmu ini. Mungkin, ada sesuatu yang sudah kau tentukan untukku nanti.
Mama,
Aku redha yang kasih sayangmu tidak pernah ada untukku.
Aku tahu aku bukanlah anak yang terbaik.
Aku tetap bersyukur untuk mendapat 0.01% kasih sayang yang mama berikan kepada anak kesayangan mama.
Mama,
Terima kasih.
Mama mengajarku bagaimana perasaan seorang anak yang diabaikan.
Mama mengajarkanku yang aku harus berlaku adil dengan anak-anak ku kelak.
Terima kasih.
– S
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
I know that feel sis. Be strong. Tu je lah
Hmm..sedih kot ayat2 last tu..Nk kwn dgn kte x?
Hi S. Pm kita
Tak perlu harapkan kasih manusia sebegitu, cukup sekadar memenuhi tanggungjawab tidak lebih dari itu.
“Siapa tak menyayangi, dia tak disayangi”
Air dicincang takkan putus..berjasalah pada mereka biarpun kau sentiasa disisih.. :)
Aduh sedihnya. Be strong sis. Mcm cite dlm family yg berada plak.
be strong dear.. chill ya.. kasih syg Allah lebih bermakna.. yg penting, tanggungjawab awak sebagai anak teruskan ya.. good girl nie.. be strong ya girl.. (y) <3
S,kalau rasa nak share something.just pm me..In shaa Allah I will be there.Kuat ye
Kite same ler.. Tapi aku tatau lah mengapa, bila dah besar ni, mama aku lebih kan aku jugak lah drp adik beradik lain walaupun aku terkilan gak ngan sikap mama aku..good luck confessor..
Biar manusia x appreciates. Asalkan ko sentiasa be nice to them and allah sentiasa nmpk semuanya. You might not get love from your mom, butyou got love from Allah and other ppl
Mcm mana buruknya mak ayah kita,,mereka ttp mak dan ayah yg perlu kita doakn kebaikan mereka
Knp ye msti unfair dlm mmberi kasih syg sdgkan ank tu kua dri rahim dy jgk
Ya Allah…awat jd lagu tu la mak apa tu..mcm bkn anak dia jaa cara layan. Peliknyaa
Sedihnya… Sabar ya awak…
Nordahlia Yang
ek eleh .ntah apa apa ntah.. live hidup ak lg advanture la bro
biar la dia nk cerita kisah dia..dh nama confession. yg ko sibuk apa hal?tau nk condem.. perjalanan hidup manusia lain2.
anjing kau. babi kau. yg ko sibuk pehal.. pegi la mampos ko ngn keturunan ko. ada ak ckp pasal ko.. barua
Then bukak la new thread ntuk idup ko
Tulis adventure pon salah, live hidup jadi repetitive, mencabar hidup kau bro,
Tulis la advanture live hidup kau kt sini
pegi la mamposss
Haha..suka..suka..see.ramai xsuka komen ko..semoga hidup ko yg adventure tu, bt hidup ko tenang..amin..
Eh suruh org mampos lak, ‘advanture’ gile hidup kau HAHAHA
Bertabahlah. Doakan mama berubah. Mungkin satu masa dia akan sedar kesilapannya.
Nur Aisyah Afiqah. Baca
Feeling habes aku baca dalam feri ni. ?
Hairan bla ada mak yg x syg anak sndri…mak kandung kot…sedih..btul x fhm spesis begini…its ur blood ma…y?y?y?
Selalunya, mak2 yg pilih kasih ni dia akan menyesal bila dah sakit, pastu yg sanggup jaga tu bukan anak pilihan dia tapi ank yg dia pinggirkan.
Time tu lah baru rasa menyesal