Saya merupakan seorang penuntut di ipta di selatan Malaysia.
Cerita ini terjadi sekitar tahun 2014, kejadian ini berlaku sebelum minggu final exam. Saya mempunyai kebiasan iaitu before cuti sem saya suka kumpulkn semua telekung di masjid tempat saya belajar untuk di bawak pulang ke hostel untuk di basuh. Saya menunaikan solat asar di masjid selepas saya selesai mengemas , membersihkan , memilih dan mengumpulkn telekung-telekung yang perlu di basuh dan meletakkannya di satu sudut , saya akan mengambil telekung-telekung tersebut pada waktu malam selepas solat isyak berjemaah.
Saya hanya bersendirian memandangkan roommates saya belum balik dari kampung mereka masing-masing. Seperti biasa saya akan solat berjemaah di masjid yang berdekatan dengan hostel saya, sebelum saya melangkah memasuki masjid saya terhidu bau yang sangat wangi dan saya melihat sekeliling , hanya saya yang berada di situ seorang diri (krikk krikk krikk -meremang bulu roma). Selesai sahaja solat magrib saya terus ke cafe yang tidak jauh dari masjid. Selepas makan untuk isi perut setelah sehari tak makan (malas na turun makan) saya kembali ke masjid untuk solat isyak berjemaah. Ketika saya memasuki ruang solat wanita saya automatic jadi patung sebab bau yang sama saya hidu, bila pandang sekeliling kosong (kebiasaannya student akan balik kg dan balik semula apabila 2 hari lagi paper) sebab saya rajin saya balik awal 4 hari sebelum paper untuk study laa konon.
Sudah menjadi kebiasaan saya bile malam akan menjadi burung hantu melayan movie, drama korea, mendengar lagu dan study sikit. Saya suka sangat lagu-lagu nasyid dan paling saya gemar bukan mendendangkan lagu tapi saya suka menjadikan satu lagu itu sajak… Ketika saya leka bersajak di iringi dendangan lagu tiba ada satu suara yang garau di ruang hostel saya… Suara itu berbunyi " Aaaa, Hmmm". Di ulangi beberapa kali ( jujur masa tu na lari tapi na g mana? Kawan-kawan ta balik lagi. Dan dah pukul 3.45 pagi… Na nangis, buntu ta tahu na buat apa. Last2 buka surah2 al-quran dalam laptop) pada pagi tu memang ta boleh lelapkan mata mungkin takut sangat. Hingga la subuh, subuh pun ta pergi masjid sebab takut lalu tangga yang gelap dan tade orang. Time solat subuh , saya matikan laptop sebab na solat subuh, time last rakaat tu benda tu bersuara lagi , sebab takut saya cepat2 solat dan on blik laptop … Pada esok hari nya roommates saya pun balik dari kampung (klau mreka ta blik, saya sanggup blik rumah sy walaupun sehari)
Itulaah cerita saya…
-csw
– -CSW