Terpanggil juga aku bila membaca pelbagai perkongsian dalam iiumc ni. Aku berusia 25 tahun pada tahun ni. Mula dapat penyakit Anxiety Disorder pada tahun 2014 bulan november. Hanya yang pernah melalui sakit Anxiety ni saja yang mengerti. Serangan dia bertubi-tubi buatkan aku hilang keyakinan diri. Setiap hari adalah ketakutan bagi aku. Mati.. Tu saja yang aku fikirkan. Jantung setiap hari bedebar kencang dan aku boleh dengar degup jantung aku sendiri. Perasaan aku tak stabil, sedih, takut dan marah berbaur sebati. Aku tak terurus. Kesian suami dan anak aku yang berusia 2 tahun. Anak aku selalu jadi mangsa aku kalo aku stress n xboleh kawal emosi. Kecik-kecik dah kena pukul. Hidup aku adalah aku saja yang aku fikir. Sakit sikit mati yang aku takut. Bangun, makan, mandi dan tidur aku semua dalam ketakutan. Aku bukan aku yang dulu.. Hari-hari yang aku lalui penuh panik dan kebimbangan. Aku stress, sampaikan berkali2 aku dibawa ke hospital akibat sesak nafas hasilnya doktor kata takde apa yang berlaku pada aku. Aku normal dari fizikal tapi mental dan emosi aku sakit. Merata aku berubat, perubatan islam, kampung, berurut dan sebagainya semua tiada hasil.. Akhirnya aku dah bosan sampaila aku muhasabah diri kenapa aku jadi macam ni. INILAH UJIAN Allah nak uji aku akibat dosa aku yang lalu.. Terlalu banyak dosa aku.. Aku lawan cakap suami aku, aku buat remeh soal solat fardhu, aku xganti puasa yang lalu.. Aku kejam pada diri aku, aku lalai dan leka trhadap khidupan aku.. Aku lupa Allah itu Maha Kuasa yang xpernah tidur.. Sentiasa memerhati aku.. Aku berdosa… Setiap hari aku lawan cakap suami aku.. Sampai satu tahap aku kena uji seolah-olah nyawaku akan ditarik. Jantung aku bedebar laju sampai nak bernafas pun susah.. ALLAH…. hanya pohon maaf dan keampunan sja yang aku rayu masa tu.. Sampaila sekarang penyakit aku ni dah bertapa kat diri aku ni tapi tidakla seteruk dulu.. Aku dah boleh kawal dengan sendiri.. Mati itu pasti cepat atau lambat saja.. Aku dah boleh terima walaupun adakalanya tersasar jugak fikiran aku yang kreatif ni.. Huhu… Hidup aku xsenormal dulu tapi aku bersyukur kerana sakit nilah yang mendekatkan aku dengan Tuhanku yang Agung iaitu Allah… Doakan aku sembuh yea semua… Xsemua yang tahu akan penyakit ni… Hanya yang tertentu yang pernah mengalami..
SALAM AIDILFITRI
ZARINA bkn nama sebenar
Pengidap penyakit Anxiety Disorder..
– Zarina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
اللهم يشغيك ومرضتك..اللهم آمبن..
moga cepat sembuh ya.. :)
Kita sama. Bermula dgn panic attack. Alhamdulillah sedang berusaha ke arah y lebih baik. Chill yer sis…
tiap pg solat dhuha.. mlm solat tahajud.. in syaa allah kan ketemu ketenangan
Semoga cepat sembuh..solat kuncinya..klu tak solat bg sy..msti ssh nk kwal prsn tu..insya Allah..Allah love you..
Solat,solat dan solat…kadang2 bila rs sesak sbb nervous,aku duk jap.tngkn diri jap wlpn susah.benda ni takkan hilang,tp boleh dikurgkan.sentiasa dekat2kn diri dengn org2 yg kau rs selesa.