Nak dijadikan cerita, lepas kahwin nanti aku akan stay serumah dengan keluarga bakal suami. Maknanya, dengan mak ayah mertua. The problem is, aku takut tak boleh bawak diri dalam rumah tu. Sebab sebelum ni, memang dah plan, nak menyewa, dah siap fikir dah nak masak apa hari hari, nak kemas rumah macam mana, last last bakal suami decide untuk duduk rumah dia. Aku sampai nangis nangis cakap taknak. Yela tak bebas kot. Tak bebas ni bukan dari segi yang dalam bilik tu je yee. Aku bagi contoh macam ni, kalau kita penat penat baru balik kerja, tengok dapur tak berkemas tak berasap, nak taknak kena la kemas, masak apa semua. Kalau tak buat nanti mak ayah mertua mengata cakap bini anak dia pemalas. Kalau dapat mertua yang 'takpe, biar mak buat semua' haaa tak ape, ni kot kot aku tak keluar bilik sehari, mula la cakap aku ni pemalas ke apa. Padahal, kena la paham, akan ada satu hari tu mesti rasa penat sangat sampai rasa nak makan luar jeee tapi dek kerana serumah, kena jugak masak. Kalau rumah sendiri, boleh la kejap kejap lagi buat ke kan. Rumah aku, sekati aku la haha. Ke aku yang fikir jauh sangat? Yela tak rasa lagi hidup serumah dengan mertua cane. So, korang rasa?
Anyone boleh share pengalaman sendiri yang pernah serumah dengan mertua? Aku sampai google tips serumah dengan mertua kottt. Banyak negative dari positive yang aku jumpa. Help meeeeee
– Miss Lya