Hai dan assalamualaikum semua. CTG datang lagi. Harini aku nak kongsikan ilmu pasal cabut gigi.
Korang mesti takut kan kalau dengar kena cabut gigi? Tambah kalau terbayang jarum doktor gigi yang besi besar tu, walamak seram der.
Okey tajuk aku tu propa je sebenarnya. Haritu aku ada tengok video kat ML studio, adik tu cakap dia cabut 6 batang gigi dan habis lebih RM2k kat klinik swasta, paling menarik tak sakit langsung kata dia. Mantap dik! CTG suka orang postif macam awak ni.
Jadi aku nak share la kat korang apa faktor yang mempengaruhi sakit gigi masa cabut tu, adakah sebab klinik kerajaan, maka confirm akan sakit doktor tu buat, maklum la bayar murah doktor macam tak ikhlas je ek.
Klinik swasta kan bayar mahal, doktor dia mesti power. Betul ke? Hehe.. kalau nak tau sila sambung baca.
Antara faktor yang boleh menyebabkan gigi korang sakit masa cabut adalah;
1. Pain treshold.
Kalau bahasa orang kampung kita sebut tahap ketahanan sakit la. Ada orang ketahanan sakit dia rendah, doktor baru nak cucuk, tak masuk ubat lagi, dia dah meraung bergema satu klinik.
Kadang-kadang faktor ketakutan juga mempengaruhi rasa sakit. Doktor goyang-goyang sikit pun dia ingat sakit.
Orang yang tahap ketahanan sakit dia tinggi, doktor korek gigi dia sejam pun, bila tanya awak okey ke? Sakit tak? Dia boleh sengih je kata tak rasa apa-apa. Masa cucuk dia wat lek wat peace je.
2. Infection.
Kebanyakan pesakit yang nak cabut gigi ni datang dengan gigi reput dan berlubang teruk, atau bergoyang. Jarang-jarang datang gigi cantik nak cabut. Ramai yang aku jumpa suka tanya, doktor kalau sakit tak boleh cabut kan?
Sakit bukan penentuan boleh cabut atau tak. Kalau takda halangan masalah kesihatan, keberkesanan (baca : effectiveness) ubat bius adalah penentuan gigi boleh dicabut atau tak.
Dalam kes gigi yang terkena jangkitan kuman sampai bernanah, kebanyakannya doktor akan bagi ubat antibiotik, untuk redakan nanah tersebut. Sebab sifat asid pada nanah tu akan meneutralkan sifat alkali pada ubat bius.
Maka jadi lah kes sebelah muka dah rasa kebas, tapi doktor baru pegang gigi tu dia dah menjerit kesakitan sebab ubat bius tak sampai ke saraf gigi yang nak dicabut. Aku selalu cakap, ubat bius tak jalan la.
Tapi ada juga sesetengah kes walaupun bengkak dan bernanah, doktor terpaksa cabut dan dia terpaksa menanggung sakit, sebab kalau dibiarkan, nanah tersebut boleh merebak keseluruh ruang muka. Jadi bukan saja-saja doktor cabut walaupun tau korang memang akan sakit.
Ouh dalam hal adik yang cabut gigi enam batang tu, gigi dia tak rosak, dia cabut gigi untuk dapatkan ruang untuk pakai braces. Tu salah satu faktor dia tak sakit.
3. Ubat bius. (Local anesthesia)
Okey yang ni rumit sikit nak cerita. Ubat bius ni doktor akan cucuk ikut gigi mana nak cabut, kalau gigi atas, biasanya doktor akan cucuk berhampiran gigi yang nak dicabut, satu dekat dengan pipi /bibir satu dekat dengan lelangit, kita panggil infiltration.
Kalau gigi bawah biasanya doktor cucuk dekat kawasan belakang geraham bongsu, nama dia nerve block. Jadi biasanya separuh mulut akan rasa kebas termasuk lidah belah gigi yang nak dicabut.
Okey kalau tanya aku la, gigi atas depan lebih perit kena bius berbanding gigi belakang dan bawah. Sebab gusi kita lebih nipis so rasa tekanan lebih tinggi yang menyebabkan masa kena bius tu rasa sakit yakmat, boleh menitik air mata bro walaupun cuba cover macho!
Berbeza dengan nerve block, kawasan tu lebih banyak otot, jadi kurang la rasa sakitnya. Tapi macam aku bagitau kat atas tadi, kalau pain treshold korang rendah, hurm sama je kat mana-mana.
4. Kedudukan gigi.
Okey kedudukan gigi juga faktor cabutan tu akan sakit atau tak.
Kalau akar gigi yang sangat dekat dengan saraf tunjang, biasa korang boleh rasa sakit yang tajam dan menyucuk secara tiba-tiba masa doktor membuat pergerakan.
Kebanyakannya berlaku pada gigi geraham bongsu bawah, atau geraham kedua yang terlalu hujung kedudukan dia.
Selain tu korang akan mudah rasa lenguh dan sakit rahang sebab tekanan yang kuat masa doktor cuba longgarkan gigi korang.
Okey tu antara 4 faktor yang boleh menyebakan korang rasa sakit masa cabut gigi. Bukan sebab doktor tu lembut atau ganas yek.
Jadi apa pulak faktor susah atau senang cabutan tu?
1. Bentuk akar gigi.
Gigi depan biasanya lebih mudah dicabut sebab ada satu akar gigi, gigi taring lebih susah disebabkan akar yang panjang.
Gigi geraham atas lebih mencabar disebabkan bilangan akar yang banyak dan bentuk dia yang bengkok dan terkangkang. Akar gigi yang bengkok dan terbuka luas faktor utama gigi mudah patah semasa cabutan.
2. Gigi reput.
Ada orang selalu datang klinik gigi hujung-hujung dekat doktor nak balik. Dia kata, ala doktor saya nak buang tunggul je. Ha meh nak cerita tunggul je macam mana
Gigi yang reput atau dah tinggal akar sahaja kadang-kadang lebih mencabar. Gigi yang reput atau berlubang besar akan hancur semasa dipegang atau mudah patah semasa cabutan.
Tunggul gigi yang terlalu lama boleh mengalami calcinosis atau cementosis, dimana akar gigi boleh membesar dan boleh melekat bercantum dengan dinding, mengakibatkan gigi susah nak dilonggarkan dan dicabut. Masa ni la berlaku kejadian korek mengorek. Huhuhu.
Tapi jangan la risau. Tak semua gigi reput dan tunggul susah dicabut. Aku tulis kadang-kadang je.
Sakit lepas cabutan pulak sebab apa CTG?
Okey ni antara sebab-sebab dia.
1. Infections.
Lagi? Iya, gigi yang dah ada jangkitan sebelum cabut dan tak diberi antibiotik boleh jadi akan terkena infection lagi selepas cabutan, terutama jika luka tak dijaga bersih.
Tapi jarang berlaku sebab gigi tu sendiri punca jangkitan kuman, cabut gigi selesai satu masalah. Jadi jangan la lepas ni pandai-pandai mintak antibiotik pulak walaupun tak diberi.
Gigi yang mengambil masa lama untuk dicabut disebabkan cabutan yang susah dengan pendarahan yang banyak mudah terkena jangkitan kuman atau dry socket.
Dry socket ni berlaku bila takda gumpalan darah dalam soket gigi yang dicabut. Jadi korang akan rasa sakit sangat sehari lepas cabut gigi.
Nak buat apa kalau dah sakit macam tu? Pergi la klinik cepat-cepat, doktor akan cuci balik luka tu dan letak ubat supaya luka korang cepat baik.
Orang yang ada masalah kesihatan macam kencing manis pun boleh terkena jangkitan kuman. Sebab tu penting untuk bagitau masalah kesihatan sebelum cabut gigi!
2. Bengkak.
Ada dua sebab bengkak lepas cabutan. Bengkak sebab nak baik bila gigi sedang mengalami proses penyembuhan. Selalu selepas pembedahan kecil.
Korang akan mengalami sakit dan bengkak beberapa hari. Boleh jadi masa gigi korang nak dicabut, doktor terpaksa buang sedikit tulang gigi korang supaya mudah gigi dikeluarkan, so lagi banyak kena buang lagi lambat la baik.
Kedua bengkak disebakan jangkitan kuman. Sebab rasa ingin tahu korang sangat tinggi, maka lepas balik rumah korang try la korek sikit kat lubang gigi tu, atau raba-raba dengan lidah.
Macam eh betul ke semua dah keluar ni? Macam ada je lagi gigi kan? Paling best kalau yang merokok tu layan je sebatang dua lepas cabut gigi.
Sedar-sedar darah tak berhenti beberapa hari dan luka makin membengkak. Ada sampai kepipi bengkaknya, sah lah korang dah terkena jangkitan kuman.
Macam biasa la, dapatkan rawatan susulan kalau benda ni berlaku kat korang. Bengkak tu sendiri dah bagi rasa tekanan dan sakit pada tisu muka korang.
Okey CTG, dari tadi baca, takda pun bagitau kenapa saya cabut gigi kat swasta tak sakit pun? Servis dah la tip top pastu tak sakit langsung. Takda pun semua yang CTG cerita tu.
Hurm… aku nak jawab ni yang pening, sebab siang aku kat kerajaan, malam kat swasta. Aku rasa skill dan servis sama je siang malam, malah malam lagi penat sebenarnya.
Tapi aku okey je la sebab aku betul-betul suka gigi, siap boleh nyanyi-nyanyi lagi masa cabut gigi pesakit. Maklum la, tak layak masuk big stage, kat klinik je la kan nak nyanyi.
Cuma pada pendapat peribadi aku la ek, di klinik swasta peralatan lebih canggih. Doktor boleh ambil x-ray secara keseluruhan mulut untuk pastikan gigi korang betul-betul selamat untuk dicabut. Jika susah doktor tu awal-awal akan cakap kes tu dia tak boleh buat.
Which is jarang la, paling tidak dia akan refer kepada doktor-doktor lain. Jika kes patah berlaku semasa cabutan, pembedahan kecil boleh dilakukan secara langsung, tak perlu tunggu lama-lama. Jadi kadar jangkitan boleh dikurangkan.
Berbeza diklinik kerajaan. Moto diklinik kerajaan untuk memberi rawatan yang terbaik kepada semua pesakit, maksudnya dia tak boleh tolak apa-apa kes yang datang. Susah atau senang.
X-ray juga terhad, nak pulak kalau klinik kat ceruk-ceruk kampung lagi la sedih peralatannya.
Nak buat pembedahan kecil perlu ambil temujanji. Pesakit dah la berduyun, bila pulak nak boleh cabut gigi tunggu temujanji tu. Jadi doktor akan cuba mengorek sehabis boleh sehabis daya.
Itu yang kadang-kadang mengambil masa berjam-jam dengan ramai-ramai doktor bertungkus lumus cabut sebatang gigi.
Jadi betul ke servis klinik kerajaan teruk? Tepuk dada tanya selera. Kalau korang ada duit lebih takda masalah untuk ke klinik swasta. *wink*
– Cik Tukang Gigi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit