Sesal Separuh Nyawa

Assalamualaikum, kenalkan nama aku Ellie. Aku da berkahwin & ibu kepada sepasang anak. Aku dengan suami (Didi) da hampir 7 tahun bersama, tapi sepanjang 7 tahun ni jugakla aku ada perasaan aku menipu diri aku sekaligus menipu suami aku. Aku berkenalan suami aku secara kebetulan di fb dan kiteorang decide untuk kawen even tak sampai setahun kenal. Pada time tu aku rasa semuanya dipermudahkan.

Tapi ade cerita disebalik semua ni. Aku pada waktu itu, sebenarnya cuba mencari pengganti ex bf aku iaitu Zaff. Aku cuba nak move on dengan segala halangan time aku dgn Zaff, puas aku cuba pujuk mama dgn abah terima Zaff tp tetap tak direstui. Halangan utama adalah mama, sebab mama percayakan uncle aku yang tak suka Zaff. Macam2 uncle aku burukkan Zaff depan mama, sampaikan last sekali mama cakap dia akan buat apa sahaja asalkan aku takkan bertemu jodoh dengan Zaff. Dan akhirknya maybe tu doa mama, aku memang tak berjodohan dengan Zaff.

Aku still curi-curi contact Zaff, tapi lepas kenal Didi, aku mula membawa diri. Didi pandai ambil hati aku, jenis lelaki yg sangat2 adorable & good looking, senang aku cakap, suami aku sejenis lelaki handsome. Mudah cairkan hati aku, even sampai harini pon dia masih dengan sifat yang sama. Dengan kebaikkan dia jugakla aku tak ambil masa yang lama untuk aku decide pilih dia untuk jadikan suami. Aku just berserah time tu, aku anggap cinta semestinya memiliki. Aku slowly jauhkan diri dari Zaff sampailah satu hari kantoi Zaff call aku tapi Didi yang jawab. Speechless tapi disebabkan Didi mengaku dia bakal suami aku kat Zaff tanpa dia tahu tu sebenarnya ex bf aku. Aku rahsiakan dari Zaff yang aku sebenarnya dah ada Didi sebab dalam masa yang sama Zaff cakap dia akan cuba ikhtiarkan sesuatu untuk bagi mama dgn abah terima dia.

Zaff call kawan baik (Mia) aku, nak confirmkan betul ke apa yang baru dengar. Then Mia maybe dia panik Zaff asyik soal bertubi-tubi, dia mengaku yang betul aku ada hubungan serius dgn Didi time tu. Aku yang double triple panic time tu cuba acting cool depan Didi tapi msg (time tu belum ada watsap etc) dari Mia aku buat aku tak senang duduk. So malam tu aku minta Zaff hantar aku balik cepat, then sampai rumah aku tengok macam2 msg dari Zaff.

Dia tak sangka aku da replace dia & dia start nangis2 call aku minta penjelasan. Aku time tu betul2 dalam dilema sebab mama dah happy aku dgn Didi, Didi sendiri tahu Zaff hanyalah ex bf aku & dia anggap aku memang tak pernah ade apa2 lagi hubungan selepas aku kenal dia. So hari tu jadi satu hari yang amat panjang untuk aku buat keputusan untuk hidup aku.

Tak tahu apa yang aku fikirkan, atas nasihat kakak aku, kawan baik and kawan2 yg rapat dengan aku. Semua pon cakap aku kena jaga perasaan mama & abah, so Aku pilih Didi. Aku abaikan semua rayuan Zaff. Dia call, aku decline. Aku kuatkan semangat, semua cakap Didi akan bahagiakan aku . Zaff patah hati dengan teruk sampaikan dia mula text aku nak end up his life. Kakak dia pon call aku minta kasihankan zaff -im sorry, aku terlalu selfish time tu. Zaff datang rumah cousin yang paling rapat dengan kiteorg, dia cuba minta cousin aku tolong dia.

Dia confess everything, dia minta family aku terima dia & dia promised dia akan bahagiakan aku dengan apa cara sekalipon. So semua yang ada time tu macam kasihan dengan dia, so diorang try pujuk2 mama bagi aku kahwin dgn Zaff. Adik aku text inform Zaff buat confession and maybe mama akan bagi aku teruskan dgn Zaff.Even uncle yang bencikan Zaff, tiba-tiba dia yang beria nak tolong Zaff this time.

Aku balik rumah mama , nothing happened. Kiteorg tak cakap apa-apa pon pasal menda dah jadi semalam. Tiba-tiba Zaff datang dengan 3 lagi kawan dia malam tu. Merayu-rayu minta diberi peluang. Tapi aku sendiri sampai ke harini still tak faham, kenapa malam tu aku sedikit pon tak kasihan kat Zaff. Kawan-kawan dia pon sama minta aku fikirkan semula tapi aku tanpa paksaan dari sapa-sapa, aku tolak Zaff baik-baik. Aku minta dia lupakan aku & aku just cakap kita memang takde jodoh. Allahuakbar, aku memang sayangkan Zaff tapi aku lepaskan dia malam tu. So Zaff just balik then dia tetap tak give up pujuk aku almost sebulan tapi end up aku patahkan sim aku and focus dgn Didi. Aku lost contact and aku pon selamat disatukan dengan Didi.

Hidup aku dengan Didi just fine , dia tetap sama layan aku dengan baik. Kiteorang bahagia tapi sejak ada campur tangan dari mil aku buatkan aku selalu rasa Didi failed untuk handle satu perkara ni. Didi jadi rebutan mil aku lepas kiteorg kahwin , ada je plan hangit mil aku buatkan aku dengan Didi end up dengan perang besar. Aku mula rasa aku salah buat pilihan. Didi minta aku ikutkan apa sahaja mama dia minta , and minta aku lupakan setiap salah silap mama dia. Even mama dia fitnah aku , burukkan aku dgn sedara mara Didi , Didi just cakap abaikan. Aku mula teringat betapa baiknya layanan umi Zaff kat aku. Betapa dia sayangkan aku, last time aku tinggalkan Zaff pon menangis aku teringat betapa baiknya umi kat aku.

Makin hari, makin bertambah tegang hubungan aku dgn mil, Didi tetap macam biasa, diri dia yang sama. Bagi Didi, semuanya ok, sebab Didi sejenis manusia yanga hanya bersangka baik segala-galanya. Aku menjeruk menahan rasa, dulu masa awal kahwen, aku sempat tinggal rumah mil sekejap tapi aku sendiri senyap-senyap uruskan pindah rumah. Didi just ikut je tapi sebabkan tu mama labelkan aku tak kenang budi. So lepas berpindah episod kna lawat mama sekerap mungkin pulak. Allahurabbi, hidup aku betul-betul macam di atur time tu. Aku semakin terasa terpaksa terima , dari rasa betul2 sayangkan Didi , perasaan aku mula goyah. Kiteorang mudah gaduh hal-hal kecil. Semuanya jadi biasa semula sebabkan aku mengalah dengan berdiam diri.

Aku selalu menyendiri , teringat semula aku salah buat pilihan ke? Kenapa susah untuk aku tetapkan perasaan aku kat Didi. Didi salah ke aku yang salah? Masuk tahun ke 5 perkahwinan aku, hidup aku just berterusan macamni. Aku kadang-kadang berseorangan & rindukan Zaff. Aku terbayang kalau aku tukar keputusan aku malam Zaff datang merayu. Aku mengakui ni adalah ketentuan dari Allah, aku terima aturan jodoh pon dari Allah. Setiap kali aku solat, aku titip doa bagila aku lupakan Zaff, aku menangis bersungguh-sungguh , lenyapkanlah apa sahaja rasa aku dekat Zaff. Tapi tetap masih sama, hari-hari aku lalui , aku masih teringatkan Zaff tambah-tambah kalau Didi sibuk dengan urusan dia.

Then satu hari, dua tahun lepas. Didi bagi izin aku keluar hangout dengan bestie aku. Kiteorg pergi satu mall ni dekat area rumah mama sebab aku drop anak-anak aku kat mama. Masa awal jalan-jalan dalam mall tu, mata aku macam tertangkap someone yang aku kenal . Tapi aku abaikan, tapi hati aku tiba-tiba berdebar macam nak pecah so aku cuba nak cover2 perasaan aku ajak bestie aku naik kat wayang. Plan aku nk tengok wayangla. Time kawan aku beratur nak beli ticket aku just walking around kat area depan2 kaunter tu sampaila ade lelaki bagi salam kat aku.

Ya Allah this time mmg jantung aku betul2 nak tercabut sebab mmg aku kenal sangat suara tu. Zaff!! Allahuakbar , aku toleh then aku nampak dia then ade budak perempuan dia tengah dukung. around 2years camtu. Perasaan aku time tu Allah je tahu, tapi xdela nak ikut akal nafsu, aku just pretend cam terkejut biasa2 tu jela. Mengucap panjang aku sebab speechless, tak percaya dia yang dah lama hilang tiba-tiba ade depan mata. Girl yang dia dukung tu anak dia. Sempat bual-bual tanya itu ini, dia minta number phone aku.

Lepas aku bagi, tiba2 wife dia sampai sebelah dia , dia kenalkan aku kat wife dia as kawan masa zaman sekolah. Aku try to fake a smile. Akhirnya aku tahu dia pon da move on, dah kahwen and ade anak sorang. Wife dia sangat humble, yang aku nampak, seorang perempuan yang lembut. Nak banding aku yang kasar ni quiet surprised Zaff punya taste lepas break dengan aku. Tapi aku happy tengok Zaff yang aku nampak haritu.

Aku takde terima apa2 pesanan, aku pon tak ambil num Zaff so aku just hidup macam biasa. Cumanya beza lepas aku dah terserempak dengan dia haritu, aku selalu mimpikan dia, mimpi yang perit, mimpi yang sama & berulang. Aku mimpi aku akan jumpa dia tapi banyaknya halangan, kiteorg tak dapat jumpa pon even da sama2 half way. Mimpi yang sama bezanya situasi. Aku bangun tidur dengan menangis , apa yang Allah nak tunjuk . Makin aku mintak padam ingatan aku kat Zaff, makin aku teringat sampai terbawa ke mimpi. Aku kasihankan Didi , time ni aku rasa aku betul2 paksa diri aku untuk teruskan je berlakon aku sangat2 ok depan Didi sedangkan dalam jiwa aku, aku tengah berperang dengan perasaan sesal aku.

Sehinggakan petang tu , aku dapat text dari WhatsApp, text tu dari Zaff. Bermula episod confession dari Zaff sendiri , dia ceritakan semula apa jadi lepas aku tinggalkan dia. Dia minta aku maafkan dia sebab dia dah kahwen. Sedangkan aku yang kahwen dulu. 2 tahun dia tak dapat terima aku tinggalkan dia , hidup dia time tu kerja siang malam. Cuba cari aku tapi tak jumpa, dia tak berani nak pergi rumah mama lepas dapat tahu aku da kahwen.

So dia cuba try luck lalu area rumah mama dengan harapan akan serempak dengan aku tapi 2 tahun berlalu dengan sia2 dia cakap. So wife dia yang amik langkah ajak kahwen, wife dia tak kenal aku tapi tahu cerita pasal aku. Wife dia pujuk dia lupakan aku & mulakan semula dengan wife dia. So Zaff setuju nak kahwen as langkah nak move on ke satu step lagi. Alhamdulillah dia cakap dia slowly boleh terima aku bukanlah yang Allah tetapkan untuk dia.

Dia minta maaf atas semua silap dia pernah buat kat aku. Dia doakan aku dgn Didi bahagia. Aku just baca dengan air mata yang berderaian. Aku peluk diri aku umpama minta tabah Ellie, ko kuat untuk hadap semua ni. Dia cakap susahnya lupakan aku , indeed aku pon alaminya. Susahnya dia nk terima wife dia da buat semuanya untuk dia tapi dia tetap rasakan kalau aku masih terbaik. Dia minta maaf kalau masih simpan rasa yang tersisa, dan aku pon masih rasakan yang sama.

So aku tak nak panjangkan cerita , aku minta maaf perkara sama & aku mohon dia hargai wife dia sebaiknya. Aku blocked watsap dia then sedar tak sedar da 2tahun aku lost contact semula dgn dia. Aku tetap titipkan doa aku buat Zaff dan sampaikan ke harini pon aku masih lagi setia dengan doa aku yang satu , mohon Allah padamkan segala rasa yg ada bait sayang atau rindu kat Zaff. Aku tahu halal haram, dosa dan pahala , tapi aku sendiri tak dapat bendung rasa ni. Aku merindu dia tanpa aku nak, kalau la ada faham aku.

Aku pernah stalk fb wife zaff sbb terjumpa tp aku blocked jugak sebab aku tak mampu tipu aku tak dapat terima aku betul2 tiada arah jodoh dengan dia. Ada lagu2 yang betul menikam rasa aku bila terkenang kisah aku dgn Zaff, dia lelaki pertama yang aku betul2 jatuh cinta tapi sebabkan halangan parent, aku tinggalkan . Dia ckp aku sahaja betul2 buatkan hati dia berdebar laju, sehinggakan ulang tahun hari jadi aku, dia akan tetap wish dengan menyebut nama aku.

Aku mohon readers yang baca confession aku , mendoakan aku terus tabah & redha dengan ujian perasaan ni. Sesungguhnya aku mengakui , sakit merindui seseorang yang bukan ditakdirkan untuk kita adalah satu penyeksaan jiwa & raga. Doakan aku tak pernah putus asa untuk mengadu terus menerus dengan Allah. Semoga aku terus kuat untuk ada disamping Didi.

Didi suami yang baik , aku tak terbayang kalaula dia tahu yang ini adalah confession dari wife dia. Aku masih mencuba untuk bertatih cintakan Didi sepenuh hati aku sepertimana aku mula2 jatuh hati dgn dia 7 tahun lepas. Mohon doakan aku. Aku betul perlukan doa orang2 yang hebat untuk aku rawat hati aku yg sentiasa merasa seperti ada batu penghalang untuk aku merasa bahagia semula dengan orang-orang sekeliling aku.

Thanks…

Sesal separuh nyawa…

– Ellie

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *