Okay aku nak share story hidup aku. Aku dibesarkan dalam keluarga yang penyayang. Tapi dari kecik family aku memang tak amalkan cara hidup islam, maksud aku tak solat, puasa pun kadang-kadang je. Tapi aku bersyukur sebab parents aku tetap bagi aku didikan agama. aku dihantar pegi mengaji Al Quran diajar solat kat kelas luar. Tapi disebabkan dalam family aku takde pun yang amalkan benda tu semua, aku pun jadi leka. Aku tak solat, aku tak amalkan apa yang aku tahu. Bila dah besar, balik kampung, aku akan solat kalau nenek bising. Nenek selalu cakap "orang Islam apenya kalau hidup tu tak solat". Aku rasa bersalah tapi macam susah sangat nak ubah. Masuk sekolah, aku stay asrama, mesti solat cukup sebab peraturan tapi kalau masa cuti aku tak solat, hidup sama macam dulu. Parents aku cakap "adik dah besar kan, didikan semua dah diberi, dah hantar pegi kelas mengaji dahtu baik buruk adik fikir sendiri". ye, betul tapi aku kekok bila kat rumah takde orang solat tapi aku sorang je solat. kadang-kadang masa pun susah. tapi walaupun aku abaikan perintah Allah ni, hidup aku bahagia. keputusan exam aku boleh tahan lah, boleh lah setakat orang nak berguru tapi kekadang tu aku takut sebab aku tahu benda ni bila-bila masa je Allah tu boleh tarik balik nikmat ni. banyak kali lepas aku lupa pasal agama jauh tersesat aku cuba nak kembali balik kat agama tapi takkan tahan lama. sekejap je aku jadi baik sikit lepas tu aku balik ke cara hidup aku yang lama. sampailah something happen to family aku, abah aku mula berubah. dia solat. tapi bila dia ajak solat, rasa macam susah sangat nak buat. mama aku pun akan mengelat. kadang-kadang aku sedih, cemburu tengok kawan-kawan lain pandai agama. tapi aku tahu aku tak boleh salahkan sesiapa. macam parents aku cakap, diorang dah bagi ilmu tinggal aku je amalkan. sekarang ni mesti akan ada yang judge aku itu ini, aku tak boleh nak marah cuma aku nak korang tahu, ada keluarga yang didik korang dengan agama ni sangat lah besar nikmatnya di mata orang macam aku. aku rasa macam aku sesat. rasa kosong.
hmm cuma sekadar perkongsian je dari aku. doakan lah aku berubah dan beristiqamah. tu je aku minta.
sekian.
#akuyangsesat
– adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit