Untuk part I, (https://iiumc.com/seutas-tasbih-buat-si-malang/).
Assalamualaikum, pertama kali nak ucap terima kasih pada yang sudi baca confession Cik Mawar sebelum ini. Yang ini, rasanya lebih panjang.
Cik Mawar baca komen2 pembaca, tersentuh rasanya bila terbaca komen yang sangat memahami Cik Mawar. Malah ada yang mampu meneka reason sebenar yang trigger Cik Mawar rasa nak bvnvh diri.
Ada juga yang meneka-neka macamana Cik Mawar boleh diberhentikan kerja.
Cik Mawar tak boleh bagitahu sebab nak maintainkan anonymous Cik Mawar, itu pon ada kawan sekerja dulu yang tetiba mesej bertanya khabar.
Tapi ketahuilah, Cik Mawar tak ada terlibat dengan kes2 berprofil tinggi, tiada kes rasuah ke, kes pecah amanah, kes polis kes mahkamah semua bukan. Kes kacau laki orang pun lagilah bukan, dan Cik Mawar juga bukan lantikan politik Cik Mawar tak ada kabel2 nih.
Maafkan aku kerana begitu lantang memberitahu niat untuk bvnvh diri. Kalau boleh aku taknak sugarcoat cerita ini kerana memang aku lemah lalu berperasaan begitu.
Bila niat itu kuat, aku akan baca atau tengok video2 ustaz berkaitan bvnvh diri. Cuba menakutkan diri sendiri dan juga baca hukum bvnvh diri.
Ada yang cakap selamanya tak masuk syurga, ada yang cakap last sekali akan masuk syurga, tapi sebelum itu akan disiksa berkali-kali dengan cara yang kita pilih untuk bvnvh diri itu.
Banyak juga komen pasal suami. Tapi suami aku tidaklah seburuk itu. Cumanya suami aku orangnya kurang memahami aku.
Contoh kejadian, setelah aku berhenti beberapa bulan selepas itu aku masih masukkan duit ke dalam akaun kongsi kami untuk bayar sewa, bil dan barang dapur.
Aku akhirnya terpaksa bagitahu suami yang aku dah tak mampu lagi untuk masukkan duit itu kerana komitmen2 aku yang lain dalam keadaan aku sudah tidak bergaji.
Suami aku setuju saja. Cumanya kalau boleh, aku nak suami yang terus memahami keadaan aku, dan dia sendiri yang berkata padaku yang aku tak perlu lagi masukkan duit ke dalam akaun tersebut.
Aku bukanlah seorang yang bersuara lantang, jujur bagitahu apa yang aku mahu atau harapkan.
Jadinya, aku selalu berasa kecewa dengan sikap suami dan banyaklah kejadian yang membuatkan aku rasa dia tak pernah ada rasa empathy pada ku.
Dia juga suka meluahkan masalahnya pada ibu bapanya, masalah di tempat kerja .. Juga masalah aku ini, di mana aku telahpon nasihatkan supaya tak perlu diberitahu. Ini membuatkan aku lebih berhati-hati berkongsi rasa dengan suami selepas itu.
Dengan keadaan emosi aku dan tekanan2 yang lain, aku jadi lebih sensitif dan mudah tersinggung. Jadinya sebab itu kami lebih mudah berselisihan faham. Suami pon mungkin terluka dengan sikap aku.
Kiranya, dari segi emosi suami juga dah tak mampu bertahan dengan hubungan kami.
Kalau boleh, aku nak suami dapat memahami aku sepertimana ibuku tapi mungkin aku patut bersyukur yang dia tak pernah memukulku, tidak juga pernah curang.
Dan dia juga terbeban dengan tekanan kerja yang banyak di tempat kerjanya. Tiadalah niat untuk aku buruk-burukkan suami. Cukup di sini.
kebetulan, setelah suami menyatakan hasratnya aku tertengok video ceramah ustazah asma harun berkongsi tentang amalan doa dengan nama2 Allah.
Allahuma ya Maani’, sebut ya Maani sebanyak 40 kali. Al Maani’ bermaksud maha Membela atau maha Menolak/ Mencegah.
Menurut ustazah, jika diamalkan maka suami akan terkunci lidahnya untuk bercerita buruk tentangku pada orang lain termasuk ibubapanya. Aku amalkan, kerana aku ingin suami menjaga aibku di hadapan keluarganya.
Allahuma ya Rahman, ya Rahim, ya Wadud (Maha Pengasih, Maha Penyayang juga Maha Pencinta/ Menyayangi. Aku amalkan ini sambil berdoa agar Allah rahm4ti kasih sayang kami suami isteri dan kurangkan perselisihan faham antara kami.
Dan juga Allahuma ya Fattah, ya Rozaq, ya Waasi’ (maha Pembuka/ membukakan, maha Pemberi rezeki, maha luas pemberiannya). Aku amalkan doa ini supaya Allah lapangkan rezeki kami seluas-luasnya.
Doa pengasih, surah yusuf ayat 4 dan surah yassin ayat 36 juga aku amalkan. Untuk kuatkan rasa kasih sayang kami suami isteri. Yang cadangkan doa nabi yunus, terima kasih. Aku sedang amalkan.
Surah al -waqiah aku amalkan selepas subuh dan surah al mulk aku amalkan selepas maghrib dan isyak, aku susun supaya aku boleh manage masa dan istiqamah. Doakan aku, istiqomah itu berat tuan2 dan puan2.
Sekarang, alhamdulillah hubungan kami suami isteri ada sedikit perubahan.
Tujuan aku siarkan kisah bukan untuk canang niat nak bvnvh diri tapi aku berharap pembaca yang terkesan dan merasakan nasib dirinya lebih baik daripada aku setelah membaca pengakuan aku,
Yang rasa pasangannya telah banyak berkorban untuk dirinya tapi tak nampak selama ini, yang tak pernah tinggalkan mu di saat susah untuk mula rasa lebih bersyukur dan hargai pasangan masing2.
Mungkin boleh buat surprise sikit2 untuk menggembirakan pasangan sebagai tanda penghargaan atau sekadar ucapan agar pasangan tahu pengorbanannya amatlah dihargai. Siapa tak suka, kalau dirinya rasa dihargai.
Yang mana sedang mempunyai pekerjaan yang tetap untuk mula menghargai pekerjaannya dan kurang merungut tentang kerjanya kerana pekerjaan itu jugak satu nikmat dari Tuhan.
Namun, buat pembaca yang merasakan nasibnya pada saat ini lebih berat dari aku. Maafkanlah aku kerana lemah dan merungut dalam menghadapi ujian hidup ini. Moga kalian terus tabah hendaknya.
Aku pon, banyak lagi benda yang aku patut bersyukur. Walau aku rasa dugaan berat datang serentak bertubi2, tapi banyak nikmat yang patut aku syukuri.
Aku masih ada mak untuk aku mengadu dan minta ampun, bonus untuk aku mak aku sangat memahami aku. Alhamdulillah. Walaupun serabut tiada kerja, makan minum aku setakat ini masih lagi cukup,
Alhamdulillah. Aku masih sihat anggota, mudah beribadat dan melakukan kerja rumah, alhamdulillah.
Masih ada tempat berlindung dan berteduh dari hujan dan teriknya mentari. Nikmat melihat, mendengar, membaca semua tu dan lain2 yang tak terhingga aku patut renung dan syukuri.
Masa nak balik dari kampung, ibuku menghulurkan duit padaku. Duit RM50 yang bergulung. Aku banyak kali menolak tapi ibuku berkeras juga.
“Ambiklah, takpa ibu faham. . buat bayar duit minyak dengan tol.”
Tidak, aku tidak mengadu pada ibu tentang aku cuba kurangkan balik untuk jimat duit tol dan minyak, cuma ibuku teramat memahami.
Hanya satu ayat bicara, ibuku terlebih mampu menyelam perasaan dan membaca keadaanku. seperti hanya membaca tajuk, ibu sudah tahu jalan cerita, cuma akhir ceritanya, tiada siapa yang benar-benar pasti.
Selalunya, akulah yang menghulurkan duit apabila bersalaman dengan ibu sebelum pulang ke bandar. Sungguh, rasa hiba dengan tugas yang cuba ditukar galas ibu.
Aku berpaling dari ibu sambil mengetap bibir cuba menahan air mata jatuh dan bergerak perlahan masuk ke kereta. Perjalanan lebih 5 jam hari itu terasa lebih lama.
Kini, aku kembali ke sisi suami, cuba mengambil hatinya kembali.
Kadang-kadang aku teringat pada ibu, terutamanya seusai solat. Apakah hari ini ibu ada menitiskan air matanya kerana aku? Barangkali, tiap kali aku teringat padanya, tiap kali itulah air matanya murah, jatuh ke pipi.
Teringat akan kata-kata ibu, tentang betapa hanya air mata yang mampu diberinya padaku.
Aku mula dibalut rasa bersalah kerana berterus terang pada ibu. Aku rasa lebih bebas untuk menelefon ibu apabila rindu, kalau sebelum ini aku menunggu hujung minggu agar ibu tak rasa curiga.
Sekarang aku bebas menelefonnya namun aku juga bimbang jika ibu sedang tak mengingati aku ketika itu panggilan aku membawa kesedihan kerana fikirannya akan teringatkan nasibku. Oh, ibu… tak perlu begitu.
Duit RM50 bergulung yang nilainya RM100 ini, aku simpan. Aku selitkan di dalam beg tanganku.
Moga dalam masa terdekat aku mampu pulang lagi ke kampung, tersenyum riang sambil berkata pada wajah tua itu.
“Ibu, tak usah lagi beri Mawar air mata”
Sambil duit bergulung itu kembali ku serahkan pada yang empunya, ibu Cik Mawar. InsyaAllah, Aamiin….
– Cik Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit