Seutas Tasbih Buat Si Malang

Assalamualaikum para pembaca sekalian… Nama aku Cik Mawar, berusia 31 tahun. Walaupun nama aku Cik Mawar, nasib hidup aku macam cinderella, malah lebih teruk.

Aku seorang yang cemerlang dalam pelajaran tapi aku bukanlah jenis yang bercita tinggi, nak ambil course apa dekat universiti dulu pun aku tak tahu nak ambil course apa. Atas nasihat orang sekeliling, aku ambik course yang menjanjikan kerja sejurus habis belajar.

Pekerjaan aku pekerjaan yang professional. Kerja kerajaan bergaji 5k++. Tapi, nasib malang bermula pada bulan 5 tahun lepas, aku diberhentikan kerja serta merta.

Bagaimana terjadi, kisahnya agak panjang dan ianya akan menjadi satu lagi karangan ngeri disebabkan nasib aku yang malang, yang tak pandai membela diri sendiri dan mengalah diam saja.

Semenjak berhenti kerja, aku ada cuba (selalu) mencari kerja dan ada membuat part time sambil2 itu.

Hinggalah februari yang lalu, aku mula mendapat kerja yang lebih stabil, iaitu kerja setiap hari kecuali hari minggu. Tapi kerja ni gaji bayar hari. Kira macam belum tetap lagi lah. Ini kerja masih selari dengan kerja professional aku.

Tapi di bulan march, covid melanda dan pkp dilaksanakan. Ujian datang lagi, boss tempat aku kerja mula minta aku untuk tidak datang kerja kerana bisnes yang perlahan dan tak dapat tampung kos upah pekerja seperti aku.

Jadinya, aku mengganggur lagi sepanjang pkp. Pkp makin lama makin panjang dan aku masih belum dipanggil untuk kerja kembali. Jadi, sekarang aku terpaksa mencari kerja di tempat lain dan masih mencari.

Owh, ya. Aku sebenarnya sudah berkahwin. Semasa aku masih bekerja tetap aku bantu suami untuk bayar sewa rumah dan barang keperluan yang lain. Aku tak pernah berkira.

Tapi semenjak aku tak bekerja dia terpaksa bayar sewa rumah sendiri. Namun barang keperluan aku masih guna duit aku, sebab aku bukan jenis meminta.

Tapi, rasanya masalah kewangan ini sedikit sebanyak memberi tekanan pada suami aku dan hubungan kami tak bahagia. Makin kerap bergaduh, tiada persefahaman.

Pejam celik pejam celik, sudah setahun aku berhenti kerja tapi…aku tak pernah bagitahu ibu aku di kampung. Bila balik kampung, aku buat macam biasa. Belikan barang dapur, bagi duit belanja pada ibu seperti biasa.

Cuma, aku makin jarang balik memikirkan kos tol dan minyak. Kadang2, aku hanya pindahkan wang pada kakak aku untuk diberi belanja pada ibu untuk mengurangkan kos ulang alik ke kampung.

Sekarang, aku di kampung setelah lama tak pulang akibat pkp. Sedang bersembang di dapur, akhirnya aku bagitahu pada ibu yang aku sudah tidak bekerja tetap. Aku menangis ketika itu.

Ibu terkejut dengan pengakuan aku. Ibu bertanya sudah berapa lama, aku jawab jujur sudah setahun.

“Ibu minta maaf, ibu tak tahu… kereta bayar macam mana?”

Aku jawab yang aku korek duit tabung haji untuk tampung kos hidup aku sekarang ini.

Ibu sekali lagi minta maaf pada aku. Entah untuk apa, aku pun kurang pasti.  Air mata aku masih laju keluar… bukanlah niat aku balik kali ni untuk berterus terang dengan ibu tapi ada sesuatu yang sentiasa bermain di benak fikiran aku… sambil menangis teresak2 aku bertanya pada ibu,

“Orang tak tahu kenapa hidup orang jadi macam ni bu, orang tak ada apa2… orang tak ada rezeki kerja, tak ada rezeki hubungan yang baik dengan suami, tak ada rezeki anak…. Orang ada buat perkara yang ibu tak redha kat orang ke… orang ada dosa dengan arwah abah ke…”

Laju ibu menjawab, “tak ada, nak… ibu tak pernah doa buruk2 untuk anak ibu. Ibu halalkan tiap titis susu ibu pada anak2 ibu.

“Orang bukan nak tak nak bagitahu ibu, tapi orang tak nak ibu susah hati tentang orang”

“Seorang ibu mesti susah hati tengok anaknya derita tak bahagia susah macam ni”.

“Orang rasa nak bvnvh diri… sebab orang tak nak susahkan siapa2”

“Jangan, nak… Allah benci yang tu”

Aku tahu Allah benci, tapi dugaan ni tak tertanggung. Aku tahu Allah bebani hambaNya sesuai dengan apa yang boleh ditanggung… tapi dugaan serentak begini, aku sebenarnya tidak mampu.

Keinginan membvnvh diri itu menjengah sekali sekala. Bagaimana cara untuk bvnvh diri dengan mudah, aku pernah google. Tapi jawapannya hampa, yang pernah google je tahu apa jawapan yang google bagi.

As expected, ibu aku susah hati. Kerana itulah aku merahsiakan semua ini tapi aku tak mampu nak tanya apa yang bermain di benak fikiran aku, tanpa ku berkata jujur pada ibu.

Aku sebenarnya ingin beritahu setelah aku mendapat kerja yang stabil tapi aku takut, aku takut kerana tak ada redha ibu lah, aku jadi begini. Tanpa redha ibulah aku tak mampu dapat kerja tetap.

Masa ibu solat zohor, aku perasan ibu menangis ketika berdoa. Juga di solat asarnya pada petang itu. Sekali sekala ibu berkata pada aku boleh amalkan surah yasin dan waqiah untuk murah rezeki.

Mak juga hadiahkan seutas tasbih untuk aku sentiasa berzikir, aku bagitahu mak aku ada berzikir tapi hanya menggunakan jari untuk bilangan. Mak cakap susah nanti lost track.

Aku ada berdoa, tapi aku tahu doa ibu lebih mujarab. Lebih mudah sampai pada yang maha mendengar lagi mengasihani. Doa seorang ibu lebih mudah diangkat, lebih mudah termakbul.

Macam zoroe zoroe (ntah macamana sebut) aku cuba guna senjata terakhir aku. Untuk itu, aku terpaksa bayar dengan berterus terang.

Lepas pengakuan berani m4ti itu, aku bawa ibu keluar beli barang dapur, ibu banyak kali cakap dia nak bayarkan. Aku tak sampai hati juga, aku bayarkan.

Kami dari keluarga susah, ibu cakap ibu tak mampu nak bagi aku apa2 selain airmata. Ibulah yang paling memahami sedalam2nya isi hati anaknya ini.

Yang sudi membaca, sudi2 lah doakanlah aku agar dimurahkan rezeki dari segi pekerjaan, anak dan hubungan yang baik bersama suami aku.

Untuk pengetahuan korang, suami ada menyatakan hasrat untuk berpisah 2 minggu yang lalu. Mana tahu, doa rawak korang ada juga yang diangkat.

Untuk itu, aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Moga bahagia milik kita diakhirnya walau bagaimanapun, pengakhirannya itu.

Dan… Sebelum pulang ke bandar, aku ada menyatakan hasrat pada ibu, jika aku m4ti… bawa aku pulang. Aku ingin pulang. Sekali lagi, ke sisi ibu.

– Cik Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

error: Alert: Content is protected !!