Isu Berbeza Pendapat

Assalamualaikum semua readers, pertama sekali terima kasih banyak banyak kepada admin sekiranya confession saya disiarkan.

Tujuan saya menulis hanyalah untuk berkongsi pendapat mengenai isu yang tengah tular sekarang di media sosi4l. Maaf sekiranya confession ini agak panjang.

Seperti yang semua tahu, isu ini mula berbangkit apabila seorang influencer memberikan pendapatnya mengenai punca berlakunya jenayah r0g0l ni, dan rata rata netizen tidak bersetuju tetapi ramai juga yang bersetuju dengan statementnya..

Baiklah, bagi pendapat saya mengenai berbeza pendapat ini adalah saya sentiasa berpegang pada konsep, tak semua orang boleh menerima pendapat kita.. kerana semua orang mempunyai latar belakang berbeza yang mempengaruhi cara pemikiran dan pendapat seseorang. .

Dan bagi pendapat kerdil saya, kita seharusnya berlapang dada dan terbuka dalam perbezaan pendapat selagi ia TIDAK berlanggar dengan syarak..

Contoh yang ingin saya berikan ialah ada sahabat Nabi Muhammad seperti Saidina Umar Al Khattab,

Yang cenderung untuk mengajak kepada Islam dengan cara bersuara lantang dan berani menentang golongan yang menentang Islam secara terang terangan kerana baginya cara ini mampu menghidupkan ‘singa’ yang tertidur dalam diri umat Islam.

Tetapi ada juga sahabat Nabi seperti Saidina Abu Bakar yang menggunakan pendekatan secara lemah lembut kerana baginya cara ini mampu menarik minat orang yang didakwahkan untuk mendalami islam melalui sikapnya yang budi pekerti..

Berdasarkan kedua cara itu, adakah Rasulullah menyuruh supaya kedua dua sahabat itu untuk mengubah cara mereka berdakwah dan mengikut satu cara sahaja?

Tidak.. kerana apa, kerana selagi NIAT dan CARA mereka hanyalah kerana Allah dan TIDAK melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

Selain itu, Rasulullah juga mengetahui bahawa setiap pendekatan yang dilakukan oleh para sahabat juga dipengaruhi oleh latar belakangnya juga seperti masyarakat dan keluarga..

Maka Rasulullah berlapang dada dengan setiap pendekatan para sahabat dalam berdakwah dan baginda juga akan menasihati mereka sekiranya ada yang perlu diperbaiki dalam pendekatan mereka..

Konklusi yang saya dapat untuk kaitkan dengan isu ini ialah pada ASASnya semua daripada kita bersetuju secara mutlak bahawa Allah memerintahkan supaya kita,

Lelaki dan perempuan untuk menutup aurat dengan sempurna mengikut hukum syarak untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak sepatutnya..

Namun, hanya disebabkan influencer tersebut mengeluarkan statement mengenai aurat tetapi dengan konteks yang lebih syadid (bagi saya), rata rata netizen yang tidak bersetuju mengecam malah memperlekehkannya dengan cara yang jelas bertentangan dengan syarak.

Sejujurnya, saya bersetuju sahaja apabila ada yang menyokong dan ada yang membangkang, kerana itu pendapat masing2.. Mengapa?

Kerana seperti yang saya sebutkan tadi, secara dasarnya netizen dan influencer tersebut bersetuju bahawa dengan menutup aurat dengan sempurna mampu mengelakkan jenayah r0g0l dan yang seangkatan dengannya..

Namun apabila ramai yang membangkang dengan cara memPERLEKEH, mengHINA, dan menCACI maki itu sendiri yang MELANGGAR SYARAK dan garis panduan Islam dalam memberi pendapat. .

Mengapa ada perkataan dalam confession ini yang saya besarkan?

Kerana sekiranya apa sahaja perbuatan seseorang yang tidak melanggar syarak meskipun berbeza pandangan dengan orang lain mestilah kita horm4ti dan berlapang dada..

Namun, dalam Islam kita diberi pilihan untuk mengambil pendapat daripada individu yang lebih arif dan faqih dalam suatu pendapat seperti mufti, ulama, pendakwah, ustaz atau sesiapa yang kita berasa selesa dan yakin dengan pandangannya..

Kesimpulan akhir yang ingin saya tegaskan di sini adalah, Islam adalah agama yang harmoni..

Buktinya sehingga kini, seluruh umat Islam kekal harmoni meskipun berbeza mazhab dan pandangan dalam suatu syariat.

Namun, apa yang menyebabkan kita mampu untuk berlapang dada, kerana kita sepakat bahawa Allah itu Esa, Tiada tuhan selain Allah, Al Quran sebagai petunjuk kita dan lain2…

Jadi Mengapa dengan hanya berbeza pandangan namun dalam ASAS IMAN, ISLAM dan AKIDAH yang kita sepakati menyebabkan kita menghentam dan mencaci maki seseorang? Tepuk dada tanya iman..

Akhir kata, sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah adalah sebaik baik akhlak yang mesti kita contohi dan salah satunya adalah berlapang dada dalam perkara yang disepakati dalam asas Akidah, Iman dan Islam namun tentanglah dalam perkara yang melanggar asas asas tersebut..

Sekian, terima kasih…

– Unknown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *