Adik Bongsu Lelaki II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-bongsu-lelaki/).

Assalamualaikum dan salam hormat. Terima kasih admin IIUMC kerana sudi menyiarkan kisah aku yang pertama. Terima kasih juga sebab sudi siarkan sambungan luahan aku yang kedua di sini.

Aku baca dah komen-komen pembaca semua kat post yang pertama. Memang kebanyakannya sangat betul. Ada yang minta details adik aku tu.

Ha kalau boleh aku nak je bagi. Hahaha. Tak payah la nak bagi adik kakak kawin ngan adik lelaki aku ni. Sekurang-kurangnya sebelum dia betul-betul sedar diri. Pemalas sangat & tak pernah kisahkan apa-apa pun dalam hidup dia.

Kalau ada lelaki yang nampak “macam kaya” pembaca siasatlah betul-betul. Kalau tengok dia anak bongsu, kakak empat orang, orang Utara, pembaca peratikanlah elok-elok ye, hati-hati ok. Mungkin adik bongsu aku. Hahaha.

Ada juga yang kata adik aku autism ke. Jawapannya tak. Adik aku normal. Lelaki dewasa yang normal.

Cuma aku agak tertarik dengan satu komen seorang pembaca perempuan ni, katanya mak aku jadi macam tu sebab kurang perhatian ayah kami. Jawapannya ya dan tidak.

Mak aku memang jenis yang amat degil. Memang betul sangat-sangat kalau pembaca tu tulis mak aku tak mampu nak kawal ayah aku sebab yelah dah suami kan. Tapi mak aku memang degil. Apa yang dia kata tu lah yang dia akan buat.

Cuma bila kami dah besar ni kami sedar ada benda-benda yang tak patut di”iya”kan pada mak, kami tegur dengan halus & sopan. Dia slow dah la sikit lepas pencen. Dulu masa belum pencen, lagi sakan dia payung adik. Walaupun adik lelaki aku tu dah besar sangat.

Ada juga yang komen kang nanti kawin memang mak la yang sponsor semua. Ya, memang pun. Kami kakak-kakak dah tau adik lelaki kami takkan bersusah payah pun untuk semua benda dalam hidup dia. Termasuklah untuk kawin.

Sekali lagi aku berdoa supaya bakal adik ipar aku nanti jenis dominant & garang. InsyaaAllah adik ipar, ada kakak-kakak ipar yang memang masak dengan perangai dia, kami backup ye.

Kami adik berdik perempuan bukan rasa dengki atau cemburu dengan adik bongsu kami. Sebab hakikatnya kami terima yang setiap orang dah dijanjikan rezekinya masing-masing oleh Allah.

Kami semua pun dah ada kehidupan sendiri, jawatan & gaji sendiri. Tapi bila mak susah adik tak pernah peduli, hidup sendiri-sendiri sorang dia dalam bilik, kerja rumah tak pernah nak tolong, belanja lagak macam orang kaya..memang kami rasa tak patut sangat.

Dah melampau betul. Memang mak tak mengaku kata anak lelaki dia macam tu, sedangkan hakikatnya mak kami tau dan dia memang sedar. Tapi masih macam tu, sebabnya sayang sangat. Tak faham kenapa teruk sangat.

Mak kami ni agungkan betul adik lelaki ni. Kalau dalam facebook puji anak lelakinya yang “teman” mak kami melancong.

Yelah dah dapat duit gratuiti pencen, walaupun tak banyak mana, tapi bolehlah nak merasa sikit-sikit. Sapa yang tak nak kalau dah semua ditanggung? Mestilah adik lelaki aku nak ikut kan.

Dah memang diajak & free. Tapi dipuji-puji seolah-olah adik lelaki ni teman melancong tu tanggung mak pulak. Melancong kot, memang la dia nak sangat ikut.

Bukannya sebab nak “meneman” macam disebut, dan tak keluar duit satu sen pun. Umrah pun mak tanggung dengan sebab “meneman” tu. Kalau betul-betul teman, guna duit sendiri.

Mak tak mau sebut bawak adik. Memang berbulu aje telinga bila mak sebut “nasib baik la adik temankan dia”.

Nak aje kami kakak-kakak sebut, “dah mak keluarkan double duit mak nak bawak dia, memang la dia nak ikut. Cuba kalau mak offer kat kami, kami pun akan ikut sebab free kan”. Bukan sekali, berpuluh-puluh tempat semua macam tu. Boros & rasa kaya walaupun tak.

Macam yang aku sebut sebelum ni, aku perincikan lagi pasal kerja rumah. Mak aku ni, kalau pasal kerja rumah, kami yang perempuan balik kampung dia akan kata sakit lah kaki mak, tak larat nak buat kerja rumah.

Kami pulak cakap yang mak buat kenapa, kan dia balik & ada je kat rumah? Mak akan kata alah dia sibuk tu. Entah apa yang sibuk sangat pun aku tak faham. Duduk bilik main game 24 jam.

Benda-benda yang mak puji sangat dia melambung-lambung tu pun memang benda yang mak suruh dia buat sebab berat – contohnya angkat sampah ke luar rumah. Itu saja semata-mata.

Ya pembaca, itupun dipuji melangit kata anak lelakinya “rajin” sungguh-sungguh la.

Kerja rumah walaupun dia ada berbulan kat rumah masa cuti semester, kami balik je rumah mak… Rasa nak mengamuk sebab tak ada langsung benda yang dia buat. Terkial-kial mak abah buat sendiri.

Pembaca semua mesti kata kenapa mak confessor ni melampau betul “jaga” adik aku kan?

Ha kalau orang luar dengar tak faham, jawapannya aku pun tak faham. Kami kakak-kakak semua tak faham. Sekali ketuk sekali buat. Macam budak “$doh pun ya jugak. Tapi hakikatnya pemalas & ignorant. Bukan berlainan upaya.

Gratuiti pencen mak aku tak pasti la berapa banyak dah dihabiskan untuk anak lelaki kesayangan mak. Sampai kena buat loan pulak di usia pencen, aku yakin memang dah susut banyak.

Sejujurnya pada umur 23, untuk buat ASB loan tu memerlukan tandatangan dia sebab nama mak dan nama dia sama-sama pada loan tu, dia boleh aje tolak untuk tak payah buat. Tapi dah benda free kan?

Tak payah susah-susah. Ambik la peluang depan mata. Kalau dulu, ya lah aku nak salahkan didikan mak kami, tapi bila dah dewasa macam ni, mustahil tak ada common sense sikit pun pasal benda ni.

Takkan tak fikir langsung susahnya mak nak bayar loan tu. Banyak benda dia boleh tolak dan buat sendiri tapi dia biarkan aje mak buat untuk dia. Dia tau bahawa benda yang mak buat tu amat susahkan mak, tapi sebab mak sayang sangat kat dia, mak buat juga.

Contohnya ambil hantar dia dari utara ke selatan setiap kali nak balik, bagi duit poket beratus-ratus setiap kali nak keluar (jangan tak percaya, mak aku memang jenis belagak, tak nak jatuh.

Setiap kali beli barang memang in bulk – nak nampak kaya padahal duduk rumah berdua saja dengan ayah). Duit pun dia bagi pada adik lelaki lebih kurang sama macam mana dia berbelanja. Line telefon adik aku ni pun mak bayarkan ye.

Aku doakan sangat satu hari nanti Allah tunjukkan jugak sesuatu yang dapat bagi pengajaran pada mak aku.

Betapa dia melampaunya provide semua pada adik aku sampai “tempang” peribadinya, sampai suka ambik peluang pada mak yang makin berumur, tak pernah fikir masa depan & tak peduli pada adik beradik lain. Aku doa sangat-sangat.

Aku doakan jugak supaya satu hari nanti kami kakak-kakak empat orang ni dapat merasa wujudnya sorang adik lelaki.

Terima kasih pembaca sebab sudi komen & cuba bagi jalan penyelesaian. Sesungguhnya kami hanya boleh memerhatikan & sekali sekala menegur dengan baik. Selebihnya hanya masa dan takdir yang tentukan.

– Ane Yun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *