Orang Perempuan, Berhentilah Jadi Hero

Sekarang kita di zaman kegawatan ekonomi dan ketakstabilan kerja. Ramai isteri-isteri bahkan suri rumah pulun untuk membantu ekonomi keluarga.

Alhamdulillah. Tapi, yang tak sedapnya bila kita orang pompuan pulun, tapi hat laki tu pi mana?

1. Jenis suami tak susun prioriti.

Ada suami jenis bini nak keluar kerja tak kasik, bini nak pi kelas ngaji tak kasik, bini nak pi dengar ceramah agama tak kasik. Suruh bini duduk rumah saja, bela anak dia.

Bini tu hampir setiap tahun pregnant. Sampai dah ada masalah kesihatan mental pun ada sebab tak cukup rehat. Bila bini buat MLM, eh boleh pulak.

2. Jenis suami naik lemak.

Oh, mentang-mentang income isteri makin meningkat. Suami pun biasa-biasa saja usaha nya dalam cari rezeki.

Sampaikan hat perbelanjaan yang besar-besar dan utama, isteri yang cakap ‘Tak pa, bang. Nanti saya beli rumah untuk kita’. Apakah?!

Ayat ‘Tak pa. Jangan risau’ tu patutnya ayat-ayat yang suami ucapkan. Cari rezeki tu kerja dia. Tanggungjawab dia. Dia yang patut jadi hero dalam hidup berkeluarga.

Ya, kadang-kadang Allah susun income isteri lagi besar dari suami. Tapi, tanggungjawab suami tu tetap kekal besar.

Biar suami yang jadi hero. Biar dia uruskan keperluan-keperluan asas rumah tangga semampunya. Awat kita plak nak pi buat tanggungjawab dia?

3. Suami ok saja. Tapi kita yang tak jaga maruah dia.

Mungkinlah kita tak maksudkan sampai begitu lembik/ tak bertanggungjawab nya suami kita.

Tapi, agak-agaklah kot ye pun nak buat ayat softsell, hardsell atau recruit downline. Jaga lah maruah dan aib suami kita.

‘Nanti saya belikan rumah untuk abang’

‘Nanti saya bayarkan bil untuk abang’

Kalau benda-benda remeh atau keinginan macam PS5 ke, jam G-shock ke, kerusi gaming ke.

Kita paham lah tu keinginan, kira hadiah isteri buat suami. Tapi kalau benda besar macam rumah atau bil, kita baca pun pelik, aik, awat laki dia tak bertanggungjawab?

Sikap perempuan yang selalu jadi hero ni lah yang menternak spesis-spesis suami goyang kaki. ‘Alah.. Nak risau apa.. Bini saya serba boleh.. Boleh bertukang.. Boleh cari duit..’

Jangan biasakan diri selalu nak jadi hero atau galas tugas suami. Tunggu dia meninggal atau kurang upaya dulu.

Dan yang kita risaukan, bila anak-anak tengok, mereka tak nampak posisi suami isteri yang seharusnya.

Anak laki nampak mak dia power, boleh buat semua. Dan bila kawen, takut-takut dia pun perhambakan bini dia macam kita kena.

Anak pompuan pula, bila nampak mak nya power sangat. Dia pun ingat besau nanti kawen, cenggitu jugalah dia kena buat.

Let’s break this unhealthy cycle. Ya, kita tolong suami cari duit. Tapi, tetap tanggungjawab nafkah tu tugas si suami. Bukan kita, para isteri.

Untuk orang laki dan para suami. Malas aku nak cakap banyak. Aku yakin bini kome dah membebel banyak-banyak tapi tak lut. Kamon gais! Kata jantan. Jangan goyang kaki dan biar isteri handle.

Allahualam.

– Bukan hero (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

error: Alert: Content is protected !!