Sharing is Caring

Assalamualaikum.
Izinkan abam mengulas SEDIKIT isu yang sedang hangat diperkatakan yakni berkaitan isu pelajar xmakan dan juga isu pemberian makanan..
.
Isu si penerima:
Seperti yang dah sedia maklum, banyak sangat bantuan yang telah disediakan.. Namun adakala abam tengok macam xwujud pulak pelajar yg kurang berkemampuan ni.. manakan tidak, tiap kali ada sahabat2 yang nak share rezeki melalui pemberian makanan, sorang pun susah nak muncul.. Apatah lagi yang mahu mengesyorkan kepada rakan2 yang dikenal pasti kurang berkemampuan.. mungkinkah kita belum cukup mengenali sahabat2 sehinggakan tidak mengetahui seorang pun yang kurang berkemampuan?
Malah bagi mereka yang berkenaan, amat susah nak mengaku..malu..segan.. kononnya nak berdikari taknak mengharapkan bantuan orang lain.. kita tak minta pun anda umumkan kepada public, "saya tak mampu", "saya miskin", pm/whatsapp/mesej sahaja dah cukup.. Jangan sombong bila Allah nak bagi rezeki.. Abam pun bukan orang senang, abam pun dari golongan yg kurang berkemampuan (financially), tapi bila kita ada rezeki lebih, apa salahnya kita share..? kenapa perlu malu merasa diri 'miskin'..? setiap kita ini dijadikan untuk manusia lain melakukan kebaikan..
.
Isu si pemberi:
Ada yang mengatakan golongan pemberi ini hanya akan membantutkan kreativiti dan survival hidup seseorang.. tetapi apalah gunanya survival hidup hanya untuk diri sendiri? kerana itu abam lebih menyokong pemberian makanan berbanding duit perbelanjaan.. depa failed exam sebab xmampu beli buku, tapi depa tak mati pun, xsakit pun.. tapi kalau depa xmakan, tu yg sakit, pengsan, sampai keluar berita.. untuk tujuan2 lain tu, maka barulah pandai2 depa untuk ikhtiar.. terbantutkah kreativiti hanya dengan memberi makan? biar failed exam, jangan failed jadi manusia..
.
Isu parasit:
Parasit ni ada 2.. satu hat yang suka ambil kesempatan.. bila dah terang2 si pemberi bagitahu untuk mereka yang kurang berkemampuan, alih2 yang berkemampuan ni pulak yang minta.. kononnya nak berjimat.. kononnya sebab malas nak keluar.. kononnya duit dah sikit sebab banyak berjoli/shopping..
Kedekut dengan diri sendiri, jangan sampai Allah juga kedekut nak bagi rezeki, usah ditanya mana silapnya diri..
1 lagi parasit, jenis yang suka cari buruk orang yg nak buat/terima kebaikan.. dia nak sedekah, lantak pi la dia, dia nak ambil kupon suspended meal/makanan bantuan, lantak pi la dia..ya, dengan memberi makan tak kan selesaikan masalah, tapi sekurang2nya tidak pula menambahkan masalah..hanya golongan yg negatif ini sahaja yg bermasalah..
.
more and more people become selfish..
many people takes for granted..
where is the love?
sekian..

– Abam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *