Shattered Dream

Sejurus selepas saya dengar ayah saya ada isteri no.2…

Terus perasaan untuk berkahwin mati sampai saya cakap dekat ayah, dia tak perlu jadi wali saya sebab takkan wujud perkahwinan bagi anak dia yang satu ni.

Sungguh saya marah bila dia buat permata saya macam ni. Saya tak percayakan ayah dan kalau dekat ayah saya dah tak percaya apatah lagi lelaki diluar.

Memang bukan semua lelaki macam tu dan ada je lelaki yang saya nampak penuh setia dan kasih sayang tapi hati ni dah terlalu paranoid.

Mungkin sekarang dia baik lepas berapa tahun nanti dia akan sakitkan hati saya. Tak berhenti saya menangis fikirkan hal ni kalau saya kahwin pun mungkin saya akan prejudis dengan dia.

Sedangkan saya perempuan yang sentiasa idamkan sebuah keluarga, nak anak ramai. Impian saya dah hancur.

Saya usul dekat kawan2, saya akan ambil anak angkat. Mungkin ini je satu-satunya cara untuk saya hidupkan sebahagian dari impian saya.

– Brown

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Dulu, aku pernah alami bila org tua ada kantoi ada affair. Tp xde smpai kawin. Masa tu memg kita marah, rasa dikhianati, dianiayai semua ada. Nak2 bila pk kan mak kita. Tp itu dulu. Dulu aku tak matang. Dulu aku x boleh pk betui2.
    Skrg aku dah paham kenapa depa boleh buat mcm tu. Bila kita dah paham, kita tak kan rasa sedih.

  2. walau awak mengatakan tidak, apabila smpai wktunya, awak akan berkahwin juga..
    akak dulu xmau kawen, bukan sbb kecewa, tp sbb bahagia hidup bujang & bahagia dgn family akak..smpai umur 26 pun akak x terpikir nk kawen..
    tp kuasa Allah swt tu besar, dik. Smpai masanya, akak berkahwin juga..
    Awak cuma bnyk² berdoa agar dipertemukan lelaki yg baik & kebahagiaan keluarga awak & awak..

  3. Sis.. Life org berkhawin, masalah mereka ni bukan mcm yg ko bayangkan. Selagi ko x kahwin, you x leh imagine ape ke hal nyer org dewasa yang berkahwin ni.kenapa maknya begini, kenapa ayahnya buat begitu… Ade benda boleh cerita, tapi mostly cerita x boleh cerita,even pd kawan2 yg sama usia .. Ni kan pulak anak2 remaja masih mentah.. Takkan faham isu org2 tua.. Sbb anak2 mentah ni fikirannya nak seronok ajer.. Nak bahagia aje.. Selfish..
    For a start, jodoh perkahwinan tu telah Allah tetapkan. Siapa kita nak tolak ketetapan Allah. Ko suka or x suka ko kena terima.
    Secondly, x yah la nak menangis teruk2 sangat. Memikir benda yang memang tak tercapai dek akal sis lagi. Ni adalah takdir. Bunyi macam cliche kan? Takdir… Tapi itu lah hakikatnyer..
    Hidup ni penuh dgn cubaan dan ujian. Macam2 jenis ujian.. Ujian mental dan fizikal. Kenapa? Sebab dgn ujian2 tu Allah nak menguji apakah kita ni layak masuk syurganya yg hebat dan penuh dgn kegembiraan. Nah.. Kalo nak kebahagiaan, itu hidup disyurga.. Hidup didunia memang begini.. Penuh dgn dukalara..
    So, amik ait sembahyang dan gi solat, istighfar banyak2.. Mohon pada Allah pertolongan dan kekuatan utk sis menghadapi kenyataan

  4. Ada banyak lapis pada permasalahan ini. Termasuk juga hal-hal agama yang menjurus pada pernikahan si ayah. Dah halal dah pun. Dan poligami pula bukan perkara yang dilarang dalam Islam.

    Yang tak perlu,
    1. Menolak keinginan mahu berkahwin. (Melawan sunnah?)
    2. Tak mahu berwalikan ayah (Derhaka?)

    Berat ni, weh!

    Fikir-fikirkanlah.

  5. Nak katanya, saya senasib dgn penulis. Faham je perasaan penulis. Kte akn jd tkot dgn mse dpan kte. Tkot alam perkahwinan kte jd camtu jgak. Faham je.. Benda ni mmg makan masa sikit nak terima. Saya doakn awk blehlh trima perlahan-lahan ayh awk. Sbb mse awl2 dlu sya pown cam ssah nak trima. Saya fikir macam ni je. Ayh saya da bnyk tabur jasa kat saya. X knlh sbb ni je saya nak bnci dia. Poligami x slah dlam islam. Kranya ayh saya x buat pape dosa pown. Saya fikir satu2 bnda yg ayh saya snggup korbankan untuk saya. Mak saya pown psan kat kteorg adik-beradik yg ayh msih jaga kteorg, msih syg kteorg jdinya kteorg kre x layak nak bnci ayh kteorg. Bnyk lg bnda dia buat baik tp kenape nak fikir pasal ni je?. Lbh kurg cengitulh mak saya pesan. Saya fikir, baiklh awk baiki dlu hubungan dgn ayh awk. Sbb mse kte kat dunia dgn ayh x lama pown. Da msuk u. Da x dduk dgn family, kte da x jumpa dgn ayh. Saya x nak di saat ayh saya x de kat dunia ni, yg saya ingat hnyalah kebencian saya pada dia. Ataupun layann buruk saya pda dia. saya x nak myesal wktu tu. awk fikir lh elok2. X pe bnda ni mmg mkan mse. Take your time.Yg pasal paranoid nak kawin tu ketepi kn dlu. Settlekan satu2 masalahnya. Tahu je susah tp x mustahil. Good luck brown!!

  6. toksah ikut sgt perasaan..laki ni bukan semuanya sama..ada yg baik..ada yg curang mcm pompuan jugak..so tak perlu melawan fitrah..doa yg baik2 saja

    • Yes, of course. None of us understand her.
      Tapi biar aku ceritakan cerita aku. Arwah abah aku pun beristeri dua juga. Tapi sebab mak aku tak dapat terima, mak dan arwah berpisah pada usia aku 7 tahun.
      Hubungan abah dan kami sekeluarga memang tak rapat. Tapi pada hari kematiannya, aku menangis.
      Dan selepas kematian abah, hubungan aku dengan isteri keduanya pun tak seteruk mana. Dengan adik beradik belah isteri kedua abah pun ok.
      Apa yang confessor cerita tak penuh, dan yang lain, kita isi tempat kosong aje lah. Apa lagi yang dia harap kan?
      Dan kau rasa confessor faham perasaan ayah dia?
      Just saying….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *