Shawn Mendes In My Blood

Assalamualaikum, sekarang banyak usaha yang dilakukan untuk memberi kesedaran tentang penyakit mental seperti OCD dan ‘depression’. Aku ada dengar lagu shawn mendes in my blood dan aku berpendapat lagu ni merupakan lagu yang terbaik untuk menceritakan keadaan pesakit mental kepada orang ramai. Oleh itu, aku akan menghuraikan serba sedikit mengenai lagu ni supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang masalah mental yang dihadapi oleh sesetengah orang. Penulisan in merupakan pendapat peribadi kalau ada silap minta betulkan.

Kalau siapa menghayati betul-betul lirik lagu ni. Orang akan perasan yang ada sedikit kekeliruan tentang lirik dan tajuk lagu. Tajuk kata ‘in my blood’ tetapi lirik kata ‘it is not in my blood’. Dua ayat tu membawa makna yang berbeza, satu kata ada lagi satu kata tiada. Adakah Shawn Mendes tak perasan perbezaan tersebut? Kenapa dia tak buat tajuk lagu ‘it is not in my blood’? Adakah panjang sangat? Bagi aku Shawn Mendes kreatif. Dia saja berbuat demikian sebab dia nak cuba sampaikan dua mesej yang berbeza tapi masih dalam konteks yang sama iaitu menerangkan pasal keadaan penyakit mental. Dan kenapa aku cakap macam tu:

1. In my blood- Perkataan yang digunakan sangat-sangat mendalam. Sebab bila kita fikirkan pasal darah, kita tahu yang ia akan sentiasa ada dalam diri manusia melainkan kita mati. Betul tak? Oleh itu, dia nak cakap yang pesakit mental ni bukan suka-suka bertindak sedemikian. Kadang-kadang orang kata pesakit ni mengada-ngada atau pelik tetapi sebenarnya orang tak faham yang benda tu ada dalam diri pesakit tu. Contoh orang OCD. Dia memang susah nak buang pemikiran dia. Hari ni mungkin dia cuba untuk bertindak normal, esok-esok pemikiran OCD boleh datang balik dan menghantui diri pesakit tersebut. Waktu dekat universiti, pensyarah aku pernah cerita yang ada seorang pelajar basuh tangan sampai berdarah sebab dia rasa tak bersih dan ada seorang lagi tak pergi kelas sebab sibuk lipat baju sampai betul-betul kemas.

Mesti ramai pelikkan kenapa dia buat macam tu. Dah basuh dan lipat cukup la kan. Buat apa nak fikir panjang-panjang. Bagi kita ya cukup, bagi dia tak. Otak dia akan kata tak bersih dan tak kemas selagi dia tak buat apa yang dia nak. Kalau orang berjaya tegur dia pasal benda tu pun, kemungkinan dia berhenti buat je tapi dalam otak dia masih fikir pasal benda tu. Tu yang aku rasa Shawn cuba sampaikan, penyakit tu menghantui pesakit tu. Senang cerita macam tetamu yang tak diundang. Nak halau tak boleh, oleh itu apa pilihan yang ada. Kena la melayan. Mesti ada yang cakap siapa suruh layan. Hahaha. Wahai kawan-kawan sekalian ada sebab ia dipanggil ‘disorder’ atau penyakit mental. Ni bukan kes mengedik ya.

2. It is not in my blood-kalau nak fahamkan maksud baris lirik ni. Kena tengok lirik sebelumnya. Dua lirik sebelumnya ialah ‘Sometime I feel like giving up, but I just can’t’. Orang yang ada penyakit mental kadang-kadang dia penat, letih dan tertekan menghadapi masalah ini. Kenapa penat, letih dan tertekan? Sebab kerja boleh jadi dua kali ganda daripada biasa dan otak sentiasa berfikir.

Macam contoh orang OCD yang aku cerita kat atas. Dia akan ulang perbuatan dia banyak kali. Dan dalam masa yang sama otak dia sentiasa rasa itu tak kena ini tak kena. Kita dengar pun dah penatkan. Apatah lagi si pelaku. Dan aku yakin pesakit tu rasa nak buang jauh-jauh penyakit ni tapi ia tak mudah yang disangkakan. Otak dia asyik fikirkan masalah tu. Sebab tu ‘it’ dalam ayat ‘it is not in my blood’ merujuk kepada perkataan ‘giving up’. ‘Give up’ tiada dalam kamus kehidupan OCD dia. Dia nak je hidup macam biasa dan ‘give up’ jadi orang OCD tetapi percaya kata aku otak dia tak berfungsi macam mana orang biasa berfungsi. Kalau sesiapa tengok cerita big bang theory episode Sheldon cari tempat duduk dalam rumah penny. Kau akan perasan yang Sheldon cakap ‘Owhhhh I wish it could be that simple’. Kemungkinan ayat tu selalu diungkapkan oleh pesakit mental dalam hati. Cuma Sheldon tu ‘out spoken’ tu yang dia berani cakap depan-depan.

Sekarang nampak tak yang lirik dan tajuk memberi erti yang berbeza tapi masih menerangkan sesuatu dalam konteks yang sama. Tajuk (in my blood) sampaikan mesej yang penyakit tu ada dalam diri dan kadang-kadang tindakan dia bukan sebab dia suka-suka. Lirik (it is not in my blood) pula ingin menyampaikan mesej yang pesakit ada rasa nak buang jauh-jauh masalah ni (selalu usaha sendiri) tapi susah dan tak boleh.

Aku bukan la nak kata pesakit mental tak boleh diubati tapi ia bukan senang seperti apa yang orang katakan. Banyak benda yang perlu dilakukan. Kesedaran tentang penyakit ini perlu wujud dalam masyarakat Malaysia supaya kita lebih membantu orang seperti ini. Sikap prejudis boleh dihapuskan kalau kita lebih memahami pasal penyakit mental dan keadaan pesakit tersebut. Kesimpulannya, dengar dan hayatilah lagu Shawn Mendes In my Blood sebab aku berpendapat lirik yang dituliskan merupakan luahan hati shawn mendes sebagai seorang pesakit mental (tapi aku tak pasti mungkin juga berdasarkan pengalaman dia dengan orang yang rapat seperti keluarga atau kawan). Setiap baris lirik menceritakan apa yang dilalui oleh dia. Tak silap aku Shawn Mendes ada kata yang lagu ni merupakan lagu yang paling dekat dengan dia.

Sebenarnya banyak lagi yang aku boleh huraikan sebab setiap baris lirik tersebut ada makna tersirat tersurat tapi aku berhenti setakat ini sebab aku takut aku syok sendiri. Kalau ada permintaan aku akan sambung bahagian 2. Minta maaf kalau laras bahasa tidak berapa kemas. Masih cuba untuk menulis dengan elok.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *