she was pretty

Dah nak masuk dua tahun saya berada di iium,tapi dah nak masuk tiga tahun saya alami masalah ni. Tak berani nak cerita dekat sesiapa kerana mungkin diambil remeh oleh sesetengah orang.

Dari kecil boleh dikatakan saya sangat lawa (jangan muntah hijau huhu), mempunyai kacukan barat dan timur tengah. Jadi ramai yang cuba mendekati saya. Tapi sayang, kecantikan tak kekal lama, selepas pmr muka saya mula didatangi pelbagai jenis jerawat dan kaumnya. Tangan saya pulak gatal, suka usik muka sana sini sampai tinggal parutparut dimuka saya, orang sekeliling mula menegur, saya jadi makin stress, tambahtambah lagi dengan spm yang bakal tiba, maka produk dimuka pula bertukartukar dan duit juga beratusratus sering melayang kerana sering tertipu dengan promosi-promosi hebat di internet. Maka jerawat dan parut makin bertambah banyak.

Nak dipendekkan cerita, saya tergerak untuk memakai makeup untuk cover jerawat dan parut saya.pada mulanya saya sangat bahagia kerana jerawat saya dapat di cover, tapi selang beberapa minggu selepas itu, muka saya jadi semakin teruk kerana memakai makeup, kulit kering, jerawat makin banyak dan sebagainya.

Yang stress nya lagi, adikberadik saya sangat lawa dan flawless. Maka saya sering dibandingkan oleh makcikmakcik dan orang sekeliling dengan adikberadik saya. Saya mula menjauhi orang ramai. Kalau boleh memang nak elak jumpa semua orang. Setiap hari juga saya akan menangis. Saya yang dulunya sangat periang jadi pendiam, jadi terlebih sensitive. Saya akan menangis bila tengok kulit orang yang lawa dan akan memaki diri sendiri. Tak dapat nak menerima hakikat, saya mula berfikir untuk membunuh diri dengan memakan segenggam pill tidur, Tapi tiada apa yg berlaku pada saya. Maka dengan terpaksanya, saya meneruskan hidup sampai sekarang. Dirumah hanya terperap dibilik. Bila nak keluar bilik je memang wajib memakai makeup dimuka kerana sejak saya pakai mekap, tak pernah dedahkan muka kepada sesiapa pun termasuk keluarga saya. Sekarang muka saya agak baik kerana mungkin saya mula belajar untuk menangani stress tetapi tetap terpaksa cover tapi sebab saya memakai makeup la parutparut dan jerawat masih ada dimuka.

Jika saya berhenti memakai mekap, saya khawatir orang akan mengutuk ngutuk, saya juga agak benci melihat wajah saya dicermin. Apakah yang patut saya lakukan?

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

226 Comments

  1. apa kata jumpa pakar kulit? selain itu cubalah guna bahan bahan semulajadi seperti tomato, timun, sentiasa cuci muka dengan air bersih dan wapkan muka 2 kali sehari…nak cantik kena rajin..insya allah

  2. Consult pakar mana tahu ada masalah kulit macam eczema etc. Kakak saya tak boleh pakai produk/make up sebarangan kalau tak habislah satu muka. Semua produk yang dia pakai kena berasaskan bahan organik/natural ingredients. Memg lambat effect dia tapi selamat dan beransur baik in shaa Allah. Lagi satu jangan selalu usik/picit jerawat sis sebab nanti break out akan lebih teruk & jadi parut hitam and parut makan masa nak hilang T.T try guna aloe vera/ minyak argan or zaitun untuk parut. Rajin cuci muka kalau boleh setiap kali waktu solat tu. In shaa Allah, moga dimudahkan!

  3. banyakkan minum air kosong, makan juga supplement yg diiktiraf kkm, tp kena berpanjangan. xbole harap sebulan makan terus ada hasil lepastu beli jugak produk kosmetik yg disahkan kkm mcm dnars.. sy pakai dnars okay.. kena pakai berpanjangan jgk la

  4. Ambil vitamin C jenis yang slow release, ambil juga minyak omega 3, ambil Sesudu madu setiap pagi dan segelas air. Banyakkan makan sayuran (separuh hidangan) dan banyak minum air. Kurangkan makan berminyak dan pedas. Ni cara rawatan dari dalam. InsyaAllah akan nampak perubahan dalam 2,3 minggu.

    Pengerasnya tak mahal cuma no. Telefon awak.

  5. Pada hemat saya, saudari kurang zinc dan vit C. Beli di farmasi supplement vit C + zinc. Brand BioLife pun okay.

    Ada krim anti jerawat yang mana bahan aktifnya zinc sulphate atau zinc oxide. Whatever it says, make sure it’s zinc. Beli yang tu. Sapu di tempat jerawat.

    Dah pulih nanti cari saya. We’ll talk about the dowry. Kah! Kah! Kah!

    • Hahahaha . Terbaik bro . Melamar teruslah . Pastu kau belanja dia suppliment tu semua . So takde lah ayat “kerana paras rupa nanti” . ?

    • Tunggu dah pulih baru nk suh dia cari, harap2 jgn ade plk lpas ni p post pasangan Dah tunang tp nikah dgn org lain dlm fb siap bakar2 baju pegntin sudahhh. Ahahha

    • Hahaha. Gurau aje. Tapi kalau dah berkenan, apa salahnya khennn? Lulz.

      Tak banyak detail tentang kulit dia. Just dapat tahu berjerawat dan berparut, tangan gatal, kulit kering. I am no skin expert cuma tahu sikit-sikit.

      Dia patut tanya pakar kulit for more legit advise.

    • Bergantung kepada tubuh masing-masing.

      Google “zinc supplement for acne”, dan “zinc acne”. Baca.

      Zinc, vitamin C, vitamin E asalah basics untuk skin beauty. Segala kejadah lain seperti biotin, gla, omega-3, vitamin B12, hyaluronic acid, dsb. saya tak tahu. You girls should know better.

    • Pernah baca 1 article zinc and vit k mmg elok utk treat jerawat….so sis bole ambk supplement mcm bro ni ckp, 1 lg bole mulakan diet rich in zinc n vit k

    • Hyaluronic acid tu utk muka jenis kulit kering.. Antara yg bagus dan affordable skincare adalah Hada Labo dari jepun boleh dapatkan di watson.. Ada kesan brightening terbaik. Muka smooth n licin.. Tp tak sesuai tuk sy yg kulit combination.. Selang seminggu naik ler jerawat.. Yg penting nk pilih skincare kene ada ilmu jugak la.. Baca dlu ingredients kat belakang tu.. Dan rajin2 la google.. Atau merujuk kpd skin expert..

    • Betul. Kesannya, kulit jadi lembap. Di watson juga ada jual masker hyaluronic acid (HA). Di sabah ada banyak keladi jepun a.k.a satoimo a.k.a taro root. Dibawa oleh askar jepun semasa perang sebagai tanaman untuk makan. Orang yang makan keladi jepun ni mempunyai kulit yang lembap dan gebu. Sebabnya ia mempunyai kandungan HA yg tinggi. Ada kompeni dari Sabah minta kami penyelidik untuk jalankan kajian berkenaan produk keladi diorang. Diorang klaim dalam keladi tu ada kolagen yg tinggi. Susah juga nak explain pada orang awam (tokey kompeni tu). Kulit jadi gebu bukan sebab kolagen dalam keladi, sebaliknya disebabkan HA. In fact, collagen tak wujud dalam tumbuhan. But that is another story.

  6. Huuu dasyat tuu..jgn smpi benci tngok muke sndiri..sume mnde prlukan masa.salu positif.consult pakar n saba.in shaa Allah smkin baik nnt.keep strong.hehhe

  7. Pilih produk yg menggelupas kan kulit. Sbb poduk yg gelupas ni salunya awal² je gelupas, lama² elok la. Nak kulit cantek kena buang sel² mati dulu. Nak cantek kena banyak usaha.

  8. Pernah terfikir x hikmah Allah bg muka ko berjerawat? Klu ikut cerita ko, ko ni sgt la cantik. Klu muka ko flawless, mesti ko ada ramai bofren and asyik keluar rumah je. Ni “berkat” jerawat, ko “dijaga” dgn diberi rasa malu and duduk dlm rumah. Akak bgtau je hikmahnya. Kadang2 kita terlampau fokus dgn masalah sampai x nmpk hikmah yg Allah sembunyikan.

  9. Ada jerawat yang bnayk lepas tu satu dunia tegur mmg stress yg amat2. Aku faham sbb aku pernah kat tmpat kau bezanya aku x lawa mcam kau hehehe. Orang siap kater kiter ternak nak jerawat. Bila org banding kiter ngan adik beradik makin parah luka di hati. Harap bersabar. kau kena tengok balik apa punca jerawat kau. kau x ya laa nak bunuh diri. kau jadi garang sket sape pon x berani komen jerawat kau. komen kat belakang berani aa. Banyak dah rawatn sekarang, muka berlubang mcm bulan pon lincin. ko x payah nak stress sgt. Jumpa dermatologies atau beauty consultant atau kaunter produk. x payah guna local produk yg janji bulan dan bintang ni, produk farmasi pon x yah. rilek aa jerawat je bukan mati pon. kau belajar rajin2 buat side income lg bagus kau cr side income yg boleh buat muka kau cantik sekali. rileks jerawat je. check apa yg kau makan coklat, sambal, goreng2 is no no untuk spesis jerawat cam kiter. tgk gak kau ader resdung ke tak. Rilek aa dik jerawat jee….

  10. ✅ Jumpa Pakar Kulit
    ✅ Jangan pakai mekap, i think kulit awak sensitive.
    ✅ Minum air & Supplment
    ✅ Jaga permakanan&kesihatan
    ✅Less stress, enough rest

    ur story kurang lebih sama gak ngan saya, kulit sensitif. suffer for more than 10years. susah betul nak cari produk yg sesuai dngn muka saya. saya beli yang produk yg murah like garnier, fair lovely, clean clear pun tak menjadi. sedih. saya rasa saya mesti beli yg bjenama kot or bquality tinggi and yes betul sangkaan saya. finally, saya dah jumpa. mahal gak lah. i use Skin Doctors from Australia. i think ada jual kot kan pharmasy macam guardian, watsons.

    di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. anggap ini ujian. go for it. fight for it.

  11. Masalahnya , kenapa nak dengar komen orang lain pada diri kita . First bagi aku , hargai diri kau , terima bagaimana rupa kau , baru kau boleh handle stress .

    Selepas itu cari jalan nak atasi maslah kulit , jangan cepat terpngruh.dgn prduk prduk kcntikkn , terus rembat tonyoh muka .

    Hargai diri dahulu , baru orang lain akan hargai diri kau .

    • Sangat setuju, kenapa perlu menyempitkan definisi cantik kepada kulit putih dan mulus gebus sahaja? Kita cantik dengan cara kita sendiri. Why we need other people approval to feel beautiful or accepted by society?

  12. Dik…meh pm hakak. Hakak bg sebotol vitamin c. Ni bkn perli tau. Tp boleh try. Bukan sintetik punya. Natural. Mna tau jd ok..boleh hakak amik uols jd model hakak. Hihi. Ni serious offer tau. Pm ye

  13. Rileks la weh..jerawat tu xselamanya kekal kt muka ko dik..hormon belaka tu. Smpi satu tahap ia beransur hilang
    Sabarlah. Jaga mkn,minum air byk.jgn ko tambah plak dgn mekap2 bagai since ko mmg dh cantik kan…

  14. Hargai apa yg Allah s.w.t kurniakan dkt kita..Cantik ka tak cantik ka,semua yg Allah s.w.t bg semuanya sempurna belaka..Raihlah perhatian Allah Taala dr manusia itu sendiri

  15. Kau tlalu low self-esteem la..ad kwn ak, muka hbs kne jerawat batu sbb mmg keturunan die cm 2..tp die pndai cover balik..mksdnya, stiap kita ad klemahan dan kekuatan..cbe crk kekuatan kau dan lupakn kelemahan kau 2

  16. Cuba guna pencuci dan krim cetaphil, beli di farmasi atau watsons..kalau nak lagi berkesan, bersihkan dalam badan dulu..minum banyak air kosong..try juga pakai aloe vera, mungkin membantu juga..sesekali pergi facial atau pakar kulit jika ada duit lebih, sebab kemungkinan awak ada resdung yang agak kuat atau masalah kulit lain..

  17. makan byk sayur dan buah..buah 2 biji sehari..sayur 3 cawan sehari..kurang kan makanan berminyak, berlemak..dan byk gula..coz makanan byk gula ble promote sebum production..minum air masak paling kurang 2liter..jgn pakai make up..jgn sentuh muka..jgn sentuh jerawat..nak pakai krim pape basuh dulu tgn..jgn pakai berus2 make up apa tu sume..sume tu memerangkap habuk..jgn lap muka dgn tuala..pakai tisu muka pakai buang..make sure sarung bantal apa tu sume slalu tukar..lepas buat keje2 umah..sapu sampah apa tu sume..basuh muka ngn air..mana la tau kut2 habuk melekat ke kat muka kan…klu ada rs something terpercik kt muka..terus basuh muka..tgn klu selagi tak basuh..jgn sentuh muka..apa sahaja barang yg ble memerangkap habuk..jgn kasi sentuh muka..tu je ble sy bgtau huhu..

  18. Klu menurut citer adik,ni ada la perubahan hormon..so klu dah hormon tu,sapu la produk ape pun,xde nya jerawat tu nak hilang.sbb ni dr dlm..ni pengalaman akak,muka licin mmg xde jerawat langsung dr sekolah.bila pregnant no 2,jerawat non stop naik.penuh 1muka + gatal.stress sgt..doktor ckp lps besalin inshaAllah hilang.tp xhilang pun..after 2years guna mcm2 produk +mkn mcm2 ubat dr doktor ape pun x bekesan.last2 doktor nak bg pil hormon.tp risikonya bdn gemuk..then sy ckp cara lain xde ke?die suruh try mkn fish oil.n u knw wat,its working..dlm masa 2-3minggu dah nmpk perubahan..fish oil ni yg function die..1 of it good 4 skin..try la…

  19. Sbb tu aku x pernah kutuk org yg suka make up..dgn cara mcm tu dorg dpt tutup cela kat muka n bagi dia keyakinan..kita x suka make up x payah make up..diam je klu tgok make up ni..x payah nk kutuk sngt..ada yg muka dh sdia cerah dn bersih pastu nk kutuk org yg make up…utk awak..jika hati baik bersih akan terpancarlah nur kat muka kita..bersihkn hati insyAllah org pandang x jemu di samping tu cari lh skin care yg sesuai..kdg2 alat2 make up pun boleh sbbkn tumbuhnya jerawat

  20. teruknye prangai sampai benci muke sendiri dan sampai nak bunuh diri.
    tu baru muke jerawat jeragat kusam kering bagai.
    kalau le nanti masalah lain timbul contohnye kene brenti kerja ke atau time belajar tak dapat dekan atau pergi kedai nak beli air sirap tapi sirap takde agaknye dah banyak kali le mati ye tak.
    ye lah merungut je kerjaannye
    asyik nak bunuh diri je.
    alahaiiiiii.
    senang cite pakai purdah la kalau dah teruk sangat kulit muke tu.
    pakai purdah ade 3 sebab.
    pakai sebab terlalu cantik dan tak nak datangkan fitnah
    pakai sebab terlalu hodoh dan tak nak datangkan fitnah
    pakai sebab ikut sunnah.

    ap pun setial yg trjadi ade hikmahnye.
    kalau le kulitmu terlalu cantik flawless gitu dah tentu ramai laki yang duduk mengendeng tak gitu.
    dengan adenye jerawat jeragat kusam tu maruahmu lagi terjaga sebab mu pun jarang keluar rumah.

  21. Muka aku pun start naik jerawat masa form3. Sebelum tu flawless. Form 4, aku masuk sbp, tgk kengkawan semua lawo-lawo weh. Insecure aku. Yelah depa kan beauty with brain. Full package. Haha. Tapi lepastu lama-lama aku pun dah tak kisah apa org pikir. Masuk matrik, skrg dah 21 dah, kat uni. Tak dinafikan lah self-confidence tu mmg ciput. Aku tak pernah make up, bedak and krim pun tidak. Muka naked je gi kelas walaupun aku sedar muka aku tak lawa haha. Mak ayah, adik beradik, kawan-kawan and bf aku semua bising-bising suruh cantikkan diri. Tunggu ada income sendiri baru nak cantik-cantik baiki muka. Skrg duit mak ayah bagi utk belajar je :)

    • Hehe btl.tu dik..akk blaja dlu pun xde pikir pun nk lawa2 pakai.make up.bagai…selekeh je haha..fokus je blaja..nk blaja kn bkn nk ngorat org haha…janji penampilan kemas huuu

    • Bila kene hormon tak stable jerawat tumbuh melata silih ganti sapa penah kena je tau depress nya hidup masa tu. Hehe

      Time tu nak motivate diri satu je, takpelah di dunia hodoh semoga jenazah cantik di kendian hari

    • akk dh ade duit sendiri pun still x pakai pape kt muka. bedak baby pureen je tenyeh hari2..tu pn berebut dgn ank2 pagi2…pencuci muka pn x pakai deq…takut x match ngn kulit nt hmmm… wajahku tiada ganti huhuu

  22. Mkn vit c. Rajin buat masker. Sangai beras, blend jd serbuk. Cmpur dgn putih tlur. Buat mcm masker. Buat sllu rajin2 nt xde jrawat n parut hilang. Dont worry

  23. Rasanya kena pergi jumpa dermatologist ni.. Kdg2 produk pasaran xelok utk kulit sensitive.. Maybe doctor can help you to boost your confidence.. I have a friend yg cm u gk.. Then dia pakai dalacin-t muka dia okey sikit.. Tp masih xjln sgt.. Pastu dia makan ubat doctor pakar sakit kulit now muka flawless.. Hopefully you can gain back you confidence..

  24. Sama laa . P rumah org tu org ni ,smua puji hakak aku lawa , emm agak2 apa aku rasa ? Tapii aku xkisah sgt , xlawa xpaa ,jgn nnty lawa terus bangga dengan kecantikan diri . Xnk laa aku cmtuu

  25. Stop make up dulu, try cuci muka pki limau nipis especially jerawat tu tenyeh lebih skit, kulit akan kering Dan mengelupas, no problem once dah clear bli pencuci muka oil control and moisturizing lotion , make sure tulis lotion bukan cream. Then maintain hari2 PKI, pastu bli dermatrix kat farmasi utk hilang parut. Weekly mask n scrub muka

  26. Sis, apa kata jumpa pakar kulit? Macam awak cakap awak dah cuba macam2 products but they still don’t work right? Daripada awak spend another hundreds on products yang awak tak tahu hasil nanti mcm mana, better spend dekat pakar kulit yang mmg ahli bidang tu kan? All the best, jgn give up, make sure nanti cantik inside out okay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *