Short semester yang pelik – 9:46 PM

Short semester yang pelik – https://iiumc.com/forumv2/

Aku budak CFS. Cerita ni masa aku ambil short semester hujung tahun lepas. Semester ni aku busy gila sbb standard UIA letak 2 subjek je utk short semester. Tiba time aku, UIA bagi 3 subjek. Sebulan lebih 3 subjek, susah juga la sbb terkejar kejar buat kerja. Pendekkan cerita, aku ni mmg busy, jarang ada kt bilik. Nak pulak bilik semester ni, roommate tak sama dgn semester lepas sbb UIA nak asingkan budak arts dgn budak sains. So dapat roommate baru yg jenis tak banyak cakap sangat. Diorg ni jenis tidur awal bangun awal buat hal sendiri. Aku okay je sbb short semester tak lama. Sebulan lebih je. Aku busy sampai aku selalu balik bilik dalam 1,2,3 pagi sbb buat kerja dkt LY. Awal awal semester, okay je takde apa pun. Tapi bila dah tengah2 semester, aku makin busy makin lambat balik. Ada satu hari, aku balik bilik dalam pukul 3 lebih sbb siapkan projek thinking skills kt study room. Aku masuk semua lampu dah tutup, lampu meja je terpasang satu. Roommate semua dah tidur. Aku pun pergi la kt katil macam biasa. Aku nak kemas katil sbb penuh dgn buku baju apa semua tapi aku tak sampai hati nk bukak lampu nnt roommate aku terjaga. Makanya aku kemas la dalam gelap. Samar samar je aku nampak. Aku kemas sana kemas sini, lepas tu aku nk simpan barang dalam locker. So aku pergi la kt locker aku macam biasa, time aku buka pintu tu, aku dengar suara. Bisik. Suara tu cakap, "Buat apa tu?" . Terbeliak mata aku. Jelas walaupun perlahan. Tapi aku tak rasa suara tu dekat. Tapi betul betul jelas aku dengar. Aku pun pusing belakang (entah kenapa berani sangat). Takde apa pun. Aku tengok roommate aku sorang demi sorang. Semua tidur. Aku dah rasa lain macam dah. Aku campak je barang dalam locker terus aku tidur. Lepas kejadian tu aku akan balik seawal yang boleh. Tak pun pesan kt roommate jangan tidur dulu. Alhamdulillah lepas tu takde apa dah. Tapi, ditakdirkan aku punya last paper untuk final exam ialah hari yang last sekali. Kiranya orang lain semua dah balik dah. Tinggal orang yg nak ambil last paper je. Paper hari isnin. So hari ahad, malam tu aku study la. Tiba2 roommate aku dua org ni, nak pergi makan. Aku dgn 2 org roommate aku je yg tinggal. Yg lain dah habis paper, dah balik. So aku pun tinggal la sorang. Aku tak study sangat pun, hikhik. Aku dok scroll twitter. Tengah2 scroll. Lampu terpadam. Aku buat taktahu je la ingat blackout sekejap je. Tapi eh lama pulak. Aku tak bangun. Aku baring je kt katil. Padahal time ni aku takut serious kot2 tiba ada sebelah aku. Lama juga aku bergelap. Tiba2 lampu berkelip kelip. Macam ada org main tutup bukak suis tu. Eh aku pun makin risau la. Aku tutup mata tapi aku scroll twitter lagi. Bila aku bukak mata, lampu dah terpasang. Lepastu bunyi pintu mcm ada org bukak. Aku tunggu la roommate aku dtg kt aku. Tapi tak datang2. Aku pergi tengok. Takde orang. Telan air liur jugak la. Malam tu tidur pasang lampu kot. Bila aku cerita kat roommate aku yg dah balik, dia kata ada roommate kitorg yg lagi sorang ni takut nak masuk bilik tu sorang. Bila dia ckp macam tu, aku rasa mungkin bilik tu ada something. Huh. Nasib baik short semester je.

– Cik Tinah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *