Assalamualaikum, terima kasih admin approve confession ini.
Bagaimana nak mula ye, hmm, berkenaan tajuk yang ingin saya ketengahkan, "Amrad". Aku cakna dengan luahan bbrp sahabat di sini yang yang menceritakan hal nafsu pelik yang membelenggu diri itu kan. Ada yang di uji naluri menyukai kaum sejenis etc. Itu satu perkara yang berat dan mungkin boleh aku cuba bawakan hal ini dengan sedikit lebih mendalam. Dengan niat harapnya ia boleh menambah pengetahuan kita semua. Aku yakin masyarakat yang mengikuti page ini adalah yang open minded dan ingin membaca sesuatu yang baru. Kan?
Ok, its open, kepada lelaki ke perempuan ke. Tapi yang aku nak bawakan istilah amrad, lelaki cantik dan kacak ni. Kalau mat saleh cakap, pretty boy. Mereka normal lelaki, fizikal mereka itu lawo. Semua orang suka pandang. Amrad ni lelaki yang bersih badan nya dari bulu, misai, janggut. Haha kalau pakai tudung tu, kira cun lah! Aku pernah terbaca pasal istilah ni dalam cover satu majalah dakwah tu, apa tu, gen-Q? ha sebab dia jadi topik kat depan kulit lah yang menjadikan ianya agak penting untuk tahu. Itulah starting aku tahu pasal istilah golongan ini dan aku pun bacalah dengan lebih mendalam. Ulama membahaskan garis panduan golongan amrad ini dengan sangat strict. Sepenting perihal perempuan. Aku tak pandailah nak ulas lebih-lebih secara akademik sebab hanya bacaan bukan berguru pun. Tapi korang kalau nak boleh google. Lebih baik berguru bukan mcm aku ni ye.
Sebab itulah, ada juga batasan aurat lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Kalau lelaki korang duduk serumah tu, tak payah lah berlengging. Aurat sesama korang tetap sama dengan terhadap perempuan. Its syariat bagi korang alah takpe, tapi bila aurat tetap aurat. Aurat korang senang jaga taklah serumit aurat perempuan. So jagalah bab ini ye. Ulama' pun ada menggariskan batasan perihal nafsu yang terbit dengan golongan amrad ni, walaupun anda sesama lelaki. Jangan sampai korang pulak yang cair tengok lelaki yang cantik ni. Mereka tak bersalah sebab itu anugerah, dan kalau korang sedar korang dari golongan amrad ni, so jagalah diri anda dari pandangan orang. Batasan menjaga pergaulan dan pandangan terhadap amrad ni adalah lebih kurang dengan perempuan, kalau korang boleh timbul syahwat bila bersama dengan dia. Its real. Dan korang juga dilarang tidur sekatil, kongsi satu selimut, even duduk sebilik. Terpulang pada korang menilai nafsu korang kalau ianya mendatangkan mudarat, elak lah.
Aku diuji perkara yang sama. Tapi itu aku tutup rapat-rapat. Naluri itu datang perlahan-lahan ketika aku mengalami proses akil baligh ditambah lagi tinggal di asrama. Aku tahu dulu aku bagaimana, siapa yang aku suka dan sekarang jiwa aku totally lain. Its not complicated pun tapi itulah, the process sangat menjengkelkan. Usaha tetap ada untuk aku kawal kesongsangan ini dari hari ke hari, tahun ke tahun, but itulah yang dikatakan nafsu. Makin dilayan makin syok. Tapi taklah terlalu melebihan pula. Sebab itulah aku nak ketengahkan hal ini supaya yang lain menjaga diri dan nafsu masing-masing. Aku selalu terfikir, cukup lah aku seorang je yang begini, sebab its very tak normal. Sakit jiwa kot nak hadap senyap-senyap! Benda ni ada permulaan dia. Dulu aku suka pandang lelaki muka kacak. Biasa lah kan? Suka tengok orang yang cantik lawo. Tapi it turned wrong.
Thats why, based on pengalaman. Kepada lelaki, pernah tak korang syok suka pandang lelaki cantik dan kacak ni. Awas ya jangan sampai timbul nafsu syahwat! Biarpun korang yakin yang sexually korang into perempuan, tetapi awaslah nafsu itu, jangan syok sangat pandang lelaki cantik ini. Sebab itulah timbul kes pelik-pelik, liwat lah, siap dah berkahwin ada anak lagi. Aku yang begini pun kadang rasa annoying. Aku duduk asrama dulu aku tahu mcm mana budak lelaki ni bermanja-manja dekat asrama. Biarpun diorang nampak gagah bersukan etc. ada adik angkat tu tak boleh blah. Siap bermanja-manja peluk peluk berkasih sayang aku tengok kawan aku. Mungkin mereka saja-saja macam adik abang. Tapi tolonglah, benda benda mcm tu lah yang twist nafsu, seriously. Aku takde nak layan kalau ada senior nak jadikan aku adik angkat ke apa ke. Sebab aku jenis pendiam dan pemalu. Cuma pernah ye kat asrama dulu, kawan aku tidur sebelah aku bila malam, aku tak kisahlah sebab kawan, aku tak fikir apa-apa pun, tapi aku tersedar tangan dia meraba aku. Arrgghh. Nampak kelelakian main bola petang-petang tapi … Aku yang macam ni pun tkde nak advance buat banda tu sebab mengarut! Aku cepat-cepat tepis tak selesa. Bila siang masing-masing buat mcm takde apa-apa berlaku. Ada lagi beberapa peristiwa mengarut yang aku alami sepanjang aku duk asrama. Yang aku perati je.
Ini bukan hal remeh. Aku juga alami. Kalau tak, takde nya timbul istilah itu sehinggakan ulama pun membahaskan hal golongan ini. So now, aku harap aku dapat kongsikan sesuatu perkara yang janggal untuk kita tahu. Baik lelaki mahupun perempuan. Sama sahaja..
– Biarlah Rahsia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Jgnla citer pasal amrod ni. Malu..