Si bongkok

Assalamualaikum. Sebenar aku pn tak tahu macam mana aku boleh tergerak hati nak menulis nie. Maybe aku selalu baca orang lain punya confession kot.. :)
Tadi aku terbaca mengenai seseorang yg rasa rendah diri and terasa sebab family dia selalu joke about penampilan dia..
Aku pun nak menceritakan mengenai penampilan aku. Macam tajuk di atas. 'Si bongkok.'
Yes, aku si bongkok. Kalau orang tak dekat dengan aku.. Orang tak tahu aku bongkok. Tapi hakikatnya, aku si bongkok.
Dulu masa aku Sekolah menengah.. Aku selalu diejek oleh kawan-kawan. Diaorg panggil aku Nenek kebayan. Orang bongkok dll. Kebetulan aku masa tu berkulit gelap. (Skrg pn gelap lagi) hehehe. Lagi lah nampak hodohnya. Sedihnya hanya tuhan saja yang tahu.
Disebabkan penampilan aku yang pelik dan lain dari yang lain. Semua org mengata aku.Kadang-kadang aku tak faham.. Kenapa manusia nie tak boleh terima kekurangan manusia yang lain? Kenapa nak buat org rasa rendah diri? Apa lah dapat dengan mengejek org lain?
Disebabkan aku selalu rasa rendah diri dengan ejekan orang nie. Aku selalu rasa malas nak datang Sekolah. Malas nak belajar. Tapi Alhamdulillah. Malas-malas pun dapat la masuk universiti juga.
Di Universiti nie aku bangkit.

Aku taknak dah rasa rendah diri. Biarlah org nak mengata aku Nenek kebayan ke org tua kee.. Asal aku tak kacau hidup dieorang dah la.
And now, Aku still si bongkok yg berumur 25 tahun.

Kadang-kadang ada jee orang cakap kat aku ayat mcm nie..'Ko nie mesti takde orang minat kan?'
' Mesti tak ada siapa nak kahwin dgn ko kann..'
Yelah Sape je nak orang bongkok macam ko..
Ayat-ayat macam tu memang menguris perasaan. Tapi kalau kita ingat satu jee. Setiap apa yg berlaku dalam hidup kita tu ada hikmah disebaliknya.
So aku biarkan kata-kata sebegitu menjadi angin lalu dalam hidup aku.
Itulah kisah aku si bongkok yg selalu dihina. Untuk kawan-kawan diluar sana. Aku pinta, jangan lah kalian menghina orang yang lain fizikal mereka dari anda. Mereka tidak mintak jadi begitu. Dekati la mereka dan berikan kata-kata semangat. Berikan mereka dorongan. Bukan mencemuh mereka. Bukan menghina mereka.

Sekian. Maaf andai kisah aku ini tidak tak seberapa.

– U.S.

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Aku slalu jgak kene cemuh2 ni, time sek menengah la. Tp kat U aku dah berubah, aku marah org tu balik, aku maki balik, skrg xde sorg pon cemuh2 lagi. Org yg cemuh2 ni, kau maki je balik, lantak la dia nk kata apa lepas tu. Seriously, kawan aku sket, tp dorg semua berkualiti. Xde tggal aku bila susah.

  2. Jgn kawan dgn org2 negetif cmtu. Cari kwn yg positif dan hormat kita. Kwn ko yg sempurna tu pun terserlah kelemahan sbb x pandai nk jaga mulut. Nnti kat akhirat pndai2 lh jwb. Xpe ko sabar je, Allah uji,ko snng dpt pahala kn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *