Untuk part I, (https://iiumc.com/si-bongsu-yang-tersisih/).
Assalamualaikum semua.. Wawa nak ucapkan terima kasih untuk nasihat dan kata-kata semangat dari pembaca confession wawa semalam. Terima kasih sangat korang yang faham dengan keadaan wawa.
Ramai yang bagi semangat alhamdulillah korang semua memang baik hati. Tapi ada juga yang cakap wawa nak dilayan manja macam macam kucing. Sedihnya baca alahai.
Untuk pengetahuan korang, confession semalam tu cuma lah 10/20% sahaja dari apa yang wawa hadap semalam bertahun-tahun lamanya. Wawa bukan harap dibelai manja, tapi cukuplah orang tak pijak saya hanya sebab title saya sebagai anak bongsu.
Tapi tak dinafikan fitrah nak dikasihi tu memang still ada, biasalah kita semua manusia kan. Cuma dalam keadaan wawa ni bukan itu permasalahan yang paling utama.
Dalam keadaan ni, wawa cuma nampak yang kakak ambil kesempatan dengan ihsan yang orang bagi dekat dia sebagai janda.
Wawa jenis berdikari walaupun anak bongsu. Tak pernah wawa duduk diam dari sekolah dulu. Pendek kata bisnes dan kerja part time wawa tak pernah putus dari dulu. Jaranglah wawa mintak duit dengan mak ayah, kecuali dorang yang nak bagi.
Permasalahannya kat sini adalah perangai kakak yang suka ambil kesempatan dengan ihsan orang disebabkan mak suka back up dia setiap kali jadi salah faham. Tak kira salah siapa, semua orang kena mintak maaf dengan dia dulu.
Lama-lama dia macam ambil kesempatan dengan semua tu dan mangsanya adalah wawa. Ini disebabkan semua dah berkeluarga dan wawa saja yang masih belajar dan tak bekerja,
Jadi segala amarah dan geram dilepaskan ke wawa. Sampai satu tahap mak pukul-pukul dan wawa pernah dibawa ke hospital sebab saya sesak nafas time tu.
Di brainwash, dipukul dan dihalau masa cuti sem. Semua ni terjadi tanpa pengetahuan sesiapa. Pendek cerita semua yang saya hadap ni semua antara saya dengan mak sahaja. Dan dalangnya adalah kakak.
Mak cuma akan masuk bilik untuk brainwash time ayah tak ada, mak cuma berani pukul time ayah dan semua orang tak ada dan lepastu saya terpaksa berlakon macam tak ada apa² berlaku depan ayah dan adik beradik lain. tak ada sapa yang tau wawa dilayan macam tu.
Yang lagi teruk, even bila wawa di kampus dah 5/6 bulan baru² ni masih ada benda yang dia hasut mak sampai mak call hamun² wawa.
Katanya wawa besar kepala sebab dah pandai cari duit sendiri dan tak bergantung dengan dorang. Entah lah apa dia nak, serba tak kena. Bila bergantung dibenci, bila berdikari dituduh besar kepala :)
Oh btw, wawa pernah juga join modelling. Pernah satu kali join casting bawah satu brand yang agak terkenal.
Masa dapat tawaran tu tersangatlah happy dan semua ok saja bila saya nak pergi. Tapi bila turn kakak tahu, dia terus bantah tak bagi pergi sebab dia cakap kalau setakat nak menyusahkan orang tak payah lah.
Entah lah kat mana yang menyusahkan dia sangat sebab tak ada pulak sesen pun dia hulur time saya nak pergi tu, tapi wawa pekakkan telinga dan pergi saja dengan duit kerja part time masa tu.
Pernah juga satu masa tu ada seorang kawan dia offer job modelling untuk wawa. Tapi guna dia sebagai perantara. Tapi dia diamkan saja macam tak ada pape. Wawa tau semua tu pun dari mulut mak.
Mak sebolehnya nak wawa dapat job tu dan senyap² cari contact no brand tu tanpa pengetahuan kakak.
Tapi wawa tolak elok² sebab wawa taknak mak ada conflict dengan kakak pulak bila tau wawa senyap² accept job tu. Tak nak lah dia pulak bermasam muka dengan mak hanya sebab wawa proceed dengan job tu.
Dan sampai ke hari ini dia tak pernah sebut pasal job tu dengan wawa. Ada lah kot sekali dia terlepas cakap tapi cepat² dia cover balik.
Mak pulak dah nampak semua tu dan dia cuba untuk tolong wawa time tu, tapi entahlah kenapa sekarang lain pulak. sebolehnya mak cuba nak nafikan semua yang kakak buat tu dan anggap benda tu tak salah :)
Dulu wawa cuba nafikan perasaan ni dan rasa semua masalah datang dari perangai wawa sendiri. Sampailah satu tahap wawa dah stress sangat dan murung berbulan-bulan, wawa mula cerita masalah ni kepada kawan² yang wawa rapat dan percaya.
Dari situ barulah dorang buka minda dan yakinkan saya yang semua yang jadi ni bukan salah wawa sahaja. Entah lah, kalau cakap saya nak harapkan ihsan dan kasih sayang, rasanya dah tawar hati kot.
Bukan setahun dua masalah ni berlarutan. Beribu cara dah saya cuba nak berbaik dengan mak. Tapi tetap disisihkan. Dah tak rasa macam anak bongsu, rasa macam anak yatim yang sesekali orang datang hulur bantuan saja. Langsung tak ada tanya khabar semua.
Even result pun dah bertahun tak pernah tanya. Tapi bila cakap pasal study kakak, kemain meriah bersembang seolah-olah kakak sorang saja study.
Oh lupa nak bagitau yang tak lama lepas wawa dapat tawaran upu dulu, kakak pun terus mohon untuk sambung belajar juga tapi dia pjj dan saya full time.
Dulu wawa bangga sebab ada kakak yang sama² sambung belajar, tapi bila jadi salah faham, kita pulak dituduh dengki dengan achievement kakak. Padahal tak pernah terdetik rasanya nak dengki dengan darah daging sendiri. Haih penat betul, tah lah dah malas nak pikir :(
InshaAllah tak lama lagi wawa dah nak habis belajar, korang doakan wawa dapat kerja bagus2 tau, dan dapat bina hidup sendiri di sini Tak sabar rasanya nak bawak diri jauh dari semua masalah ni dan bina hidup sendiri. Korang jangan lupa doakan wawa tau.
Thank you sudi baca confession kedua ni dari wawa. Wawa doakan korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin…
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit