Si gadis misteri

Assalam.

Ok lah dah alang2 ada org berani nak share pasal rumet dy yg psycho tu, aku rasa dah sampai masanya aku cerita pengalaman aku tntg bnda yg sama. Aku skrg ni study lg kat slh 1 ipt kat Msia ni je

Hah. Yg aku nk share kn ni adlh cte bdk psycho kat asrama aku tu. Ye alhamdulillah aku still layak duduk asrama. Aku duduk tngkt 5 bngunan asrama aku. So nak di jadikn cerita wt masa ni bilik aku masih kosong. Aku takde rumet lg dan duduk sorang dlm bilik tu.

Sebulan awal aku duduk bilik tu, dalam pukul 12 tgh mlm sampai pukul 2 pagi tu selalu sgt ada org ketuk2 pintu bilik aku ni. Selalunya bila aku bukak takde orang pun. So lepas daripada tu aku pun malas lah nak bukak pintu kalau ada org ketuk2. Kecuali lah kwn aku yg dtg so aku bukak lah.

Aku tak share dgn sesape sebab diorg tau aku penakut nt diorg ckp aku plk yg tak betul yg penuh dgn ilusi. Tapi honestly aku terganggu jugak bila masa ketukan demi ketukan yg tak bertuan tu dtg menjengah pintu bilik aku. Lg 1 aku ni memang penakut ya ampun. Jd nya malam lepas solat isyak tu aku terus pakai headphone kuat2 sambil buat asgment bagai tu. Tp nak buat macamana lg.

Ketika aku nak elak dengar bunyi2 tu ketika tu lah dia datang menjengah. Ada masa tu aku dengar macam bunyi gesekan atau cakaran dekat pintu bilik aku. Ngilu gila bunyi dy. Macam "eingggg" ha camtulah bunyi dy. Kadang2 aku dengar org ketuk pintu tone ketuk pintu tu mcm sayu jee. Sloww dan pelan gitu. Rase boleh dengar ad org ketuk dari atas ke bwh pintu

Biasanya bila aku dah dengar benda camni aku terus masuk bawah selimut baca doa tido. Hehehe. Penakut lah katakan. Begitu lah hari2 aku yg penuh dgn ketakutan. Kalau dah jodoh tak kemana kan. 1 malam tu tetiba je pntu aku kena ketuk kuat macam nak roboh rasanya. aku tanya sape tp tak jawab.

Tp dy ketuk pntu tak berhenti so aku rasa mungkin urgent. Aku pun selawat bebanyak beranikan jgk bukak pintu bilik aku tu. Bukak je pntu tu terkejut subhanallah. Dpn aku ada sorang bdk pempuan dgn rambut panjang kerinting tutup separuh muka dia. tinggi kurus. Tengah tengok straight kat muka aku.

Berpeluh sejuk 1 bdn aku tp aku still control lg. Aku beranikan dri tanya dia. "Awk cari sape ye? Ada ape2 yg blh sy tolong?" Tp pmpuan tu tgk je muka aku tak berkelip mata dy. Seram weyh masa tu aku dah selawat dlm hati aku cakap aku kira sampai 3 kalau dia tak blah jgk aku tutup je pntu bilik aku tu. Dy ni cam boleh baca je pikiran aku.

Tak sampai kiraan 3 aku tu, tetiba je dia sengih2 dpn aku. Pastu dia ketawa pulak terkekek kekek sambil tunjuk ape ntah kt penjuru bilik aku. Aku dah lemah lutut lemah otak bagai. Tp mulut ni beranikan jgk tanya "ape yg awk tnjuk?" Dy pun jawab dgn nada suara slow. "Marilah. Main sembunyi2 dgn kami" sambil ketawa2.

KAMI?? Aku pon hape lg. Bamm. Aku hempas pntu bilik aku sekuat hati dan terus melompat ats katil. Aku masih dengar lg suara dia ketawa kat luar bilik tu sampai sayup2 hilang. Bila aku cek lg, dy dah takde dah. Aku punya takut tu sampai malam2 berikutnye tu aku paksakn dri aku tidur awal.

Tp pikiran aku masih lg teringat2 muka bdk misteri tu. Terbawak2 masuk mimpi kdg2. Jodoh aku lg agaknye haih 2 minggu lepas tu aku jumpa dy dlm toilet dpn sebelah bilik aku. Masa tu aku kt toilet sebelah lg 1. Aku terdengar lah org cerita2.

Ketawa2 mcm seronok je. Suara tu siap ajak kwn dy tu dtg bilik dy ajk main sorok2. Aku pn tertanya2 bdk toilet sebelah ni gayut dlm toilet ke ape kemain lg. Aku pun keluar lah toilet tu dan aku melintas lalu kat toilet sebelah aku tu. Dan korang tau sape yg aku nampak?

Pempuan psycho tu!! Aku perasan dy tgh sikat rambut dy guna jari sambil senyum2 depan cermin dan nyanyi2 slow. Fuhh meremang bulu roma. Aku buat2 bodo buat tak nampak je lalu depan toilet tu.

Misterinye lah budak ni. Tp aku masih belum share cerita ni kt kwn2 aku. Sebab mostly diorg ni tak caya kat cerita2 camni. So aku biarkan jela. But you know what. At the end of the day, aku dengar kecoh dah ramai yg kena kacau dgn gadis misteri tu.

Maka byk lah version cerita yg aku dengar pasal dy tu. So apa yg aku blh conclude is she doesnt harm people. Setakat ni lah. Tak tahu esok lusa dy jd agresif serang2 org ke. Korang jgn buat masalah dgn dy n just buat biasa je. Mybe dy stress and nak berkawan. Tp cara dy tu terlalu menyeramkan. sampaikan aku nk minta ibu abah aku pindahkan aku ke u lain. Haha.

So pada yg dah pernah rasa diganggu tu. Tabahkan hatimu. Jangan biarkan hidupmu diselubungi misteri….. heeeee ~~~~

– Nur hanani

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *