Si Majikan pemutar belit vs family si peminta sedekah

Assalamualaikum admin dan semua pembaca….. 1st of all, selamat Hari raya diucapkan buat semua.
Harini dah hari raya ke3.. Tahun ni aku sambut raya dgn suami berdua shaja. Tak dapat balik kampung. Punca utama x dapat balik kampung sebab masalah duit. Ya. DUIT.

Sblum aku bercerita dgn lebih panjang, Just nak bgtau. Aku baru sahaja dibuang kerja oleh majikan aku yang agak kejam 2minggu sebelum raya. Dan haritu jugak, suami aku bru memulakan tugasnya ditempat kerja yang baru setelah menganggur selama 3minggu.

Aku adalah bekas guru di salah sebuah sekolah rendah swasta. Aku dibuang kerja kerana cuti tanpa kebenaran (Emergency leave). Ya. Aku tau aku silap sebab cuti tiba2, tp kalau dah kata cuti emergency tu, means kita tak tau bnda buruk nak berlaku kan. Actually, aku cuti sbb salah seorang ahli keluarga suami aku dimasukkan ke hospital. Takyah tau la knapa masuk hospital ye. Kang panjang lebar cerita ni nanti. Hehehe. Tuan empunya sekolah just sms aku yang berbaur ugutan, lebih kurang mcmni “ Jika awk tak masuk kerja jam 10, khidmat kamu berakhir pada hari ini.” Dan aku pulak time tu, mmg tak tengok hp langsung. 2jam selepas tu baru aku terbaca sms tu. Yelaa.. org dah kelam kabut kat emergency ward time tu, keadaan tengah tegang. Takkan la aku nak ngadap hp pulak kan. Aku tunjuk sms tu pd suami, suami kata, “ takpelah. Mungkin rezeki awk smpai sini je.” Then aku reply pada majikan
“Baiklah. Terima Kasih.”
Nak tau kenapa aku mcm pasrah je… sebab aku kecewa dgn majikan aku. Sebulan sebelum tu (bulan 5), aku dapat warning letter sebab cuti tanpa kebenaran jugak. Tapi sebenarnya, aku dah mintak kebenaran dengan pengetua. Aku cuti sebab adik ipar aku bersalin pada hari tersebut. Adik lelaki aku pulak tengah outstation masa tu. Oh ya! Lupa pulak nk bgtau. Aku adalah anak sulong perempuan. Aku anak ke3 drpda 6orang. Yang lain lelaki, hanya aku dan yang bongsu perempuan. Arwah mama & arwah ayah ku dah meninggal 16tahun yang lepas. Sejak tu, semua tanggujawab ibu terletak dibahu ku. Sejak umur 14tahun lagi, aku dah jlnkan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada adik beradik aku. Aku umpama nak dapat ‘cucu’. Aku excited sgt. Tp bila dpt panggilan mengatakan adik iparku perlu dibedah takut bayi lemas, aku bergegas ke hospital. Jam lebih kurang pukul 8, maka lahirlah seorang bayi comel lelaki.. aku yang menguruskan segala hal pd hari tu smpai adik lelaki ku tiba. okey!! stop situ.

Esoknya aku pergi bertugas mcm biasa, tiba2 dpt warning letter. Puncanya sebab aku melanggar peraturan bekerja (cuti tanpa kebenaran). Aku dah explain, tp dia tetap kata ni undang2 kat situ.
Ok fine! Aku redha. Aku terima je. Maybe mmg silap aku. Yela kan, tu kan hal family, takkan diorg nak faham pulak kan. Aku dah lama apply cuti sebulan. Cuti tanpa gaji sebab nak jaga adik ipar dalam pantang. Tapi tak dibenarkan. Mcm2 alasan tak munasabah pengetua aku bagi.
Aku sedih tengok adik ipar aku. Bersalin Caesar pulak tu. Korang bayangkanlah mcm mana dia nak uruskan diri dia seorang diri. Adik lelaki aku pulak, dapat cuti seminggu je. Actually dalam family, bayi comel tu adalah anak buah pertama aku. Cucu pertama arwah parents aku. Aku sebenarnya sedih nak tinggal anak2 murid aku. Dahla UPSR dah dekat. Aku sayang sangat kat diorg.

Okey, kemuncaknya.. yang buat aku sangat2 rasa terhina, gaji aku dimasukkan malam raya. Sepatutnya 27hb June. Aku Tanya majikan aku, samada aku dapat gaji atau tak sebab dibuang kerja. Dia kata aku akan dapat hak aku. Okey, aku lega dengar. Tp bila aku cek 27hb tu, still xde. Tiap2 hari aku cek tp takde. Banyak kali aku call tak angkat, aku sms dia baca tp tak reply. Dia betul2 buat aku mcm peminta sedekah. Aku Tanya soalan yang sama setiap hari, bila nak gaji. 1 pon sms aku tak dilayan. .. aku sedih sangat2. Aku bukan lah orang yang kaya, aku ada komitmen pd bank, nak raya lagi ni, nak balik kampung. Nak beli tiket bas pon tak dapat. Makanya, aku beraya lah berdua dgn suami tersayang.
Malam raya, aku terdetik nak cek lagi gaji aku, bila aku cek, Alhamdulillah, gaji dah masuk. Tapi gajiku dipotong. Ape yang aku dapat hanya suku daripada gaji.. bila aku kira2 smpai tarikh aku dibuang, aku sepatutnya dapat lagi lebih. Allah je yang faham ape aku rasa masa tu. Sekarang aku dah takde kerja, takde sumber pendapatan. Mengharapkan suami aku, suami aku pon ade tanggungjawab dgn keluarga memandangkan dia anak sulong. Aku terkilan aku dibuang kerja hanya kerana kesalahan yang bg aku kecil. Banyak yang aku dah buat,aku korbankan masa dan segalanya demi mendidik anak2 bangsa.
Mula awal tahun ni, aku kerap mintak cuti untuk appointment dgn doctor. Aku pesakit thalasemia. Kadang2 walaupun dpat Mc, aku tetap kerja sebab aku fikir ade kerja aku yang masih tak siap. Mungkin majikan tak suka. Tp sebulan 2kali je appointment. Cuma setiap bulan la. Then tambah aku cuti EL masa adik ipar bersalin. Jenis aku, keluarga lebih utama.
Demi keluarga yang tersayang, aku terima ujian dari Allah ni.
Pengetua aku seorang yang sangat2 pilih kasih. Pekerja kesayangan semuanya jenis berpelajaran tinggi mcm dia. Ada 2-3orang pekerja pernah buat mcm aku. Cuti kerana hal peribadi.. banyak kali diorang buat, tp tak pernah di ambil tindakan. Dah lama aku perhatikan. Aku diam je.
Untuk pengetahuan semua, kelulusan aku Cuma SPM, aku tolak tawaran sambung belajar sebab keluarga, mesti korang faham kan.

Persoalan sekarang, wajar kah majikan buang aku kerja mcm tu tanpa sebarang notis. Tanpa sebarang pampas an. Gaji dipotong lagi. Warning letter tu adalah amaran pertama. Pihak pengurusan pernah ckap, jgn sampai dapat 3kali. untuk pengetahuan semua, mereka sekeluarga suka memutar belitkan fakta. ada beberapa orang pekerja pernah di tindas begini. Cumanya aku paling dasyat smpai dibuang.. kalau nak cerita pasal diorg, lagi panjang lebar.. ni menaip pon perot dah berbunyi lapar.. hehehe
Aku mohon, berikan pendapat atau nasihat. Janganlah kondem aku. huhuhu
Terima kasih pada yang sudi membaca sampai habis.

msti korang semua tengah berseronok beraya bersama keluarga tersayang kan. Tapi aku tak, aku dok sorang2 kat rumah ni, mengadap tv cerita2 raya yang disiarkan..suami dah kerja. Nasib baik banyak cerita best. Xdelah aku boring.. Fuhhh!!

PS> pengetua,Tuan empunya sekolah,Pihak pengurusan adalah anak beranak islam yang tinggi ilmu agama.

– Puan penganggur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

29 Comments

  1. Sabar kak.Banyakkan doa.Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah.Majikan pun jenis pilih kasih,kot ada antara pekerja yang hasut majikan pasal akak pun maybe jugak.Tak mustahil benda ni.Sebab orang ni suka dengar desas desus daripada mulut orang lain berbanding mulut tuan empunya badan sendiri.Saya faham perasaan akak tu. =)

  2. Biasa lh tu weyy . Ak pnh nk apply kje part time tadika . Gaji byr masa akhir bulan . N komitment cm org kje full time . Pening lh dgn org cmtu .

  3. Ada hikmah kenapa puan diberhentikan kerja, puan doalah banyak2 kerana puan dizalimi. Saya teringat kat makcik saya yang kerja cikgu macam puan. Tapi dia bukan cikgu swasta.

    Makcik saya selalu disuruh itu ini sedangkan cikgu2 yang lain tak disuruh. Yelah, bukan cikgu kesayangan pengetua kan? Macam puan jugak, penat lelah makcik saya tak dihargai. Beberapa bulan yang lalu makcik saya kena penyakit TB kelenjar (tak berjangkit) tapi masih berbahaya lah. Cikgu-cikgu di sekolah tu sudah dimaklumkan akan penyakit makcik saya tapi dia tetap disuruh pergi kursus dan buat itu ini.

    Nampak sangat ketidak adilan berlaku. Makcik saya stress dengan sekolah, adalah beberapa peristiwa teruk yang berlaku tapi saya terpaksa rahsiakan. Makcik saya juga sering dikutuk cikgu yang lain kerana berbadan chubby. Lawak kan? Kerja cikgu tapi mulut suka memerli dan mengutuk.

    Saya harap puan rasa ok sikit lepas baca cerita ni, bukan puan seorang je stress dengan sekolah. Apa jadi dengan makcik saya? Dia sekarang di hospital, seminggu yang lalu dia masuk wad ICU kerana hatinya rosak akibat kesan ubat yang terlalu kuat.

    Alhamdulillah sebab puan masih ada seorang suami, sekurang-kurangnya suami puan ada untuk menyokong kewangan keluarga

  4. Pegi pjabat buruh sis.. Buat aduan.. Dyorg akan bg 1 form aduan tp maybe take time sikitla bnda ni.. Biasala gomen kan.. Usulkan isu MC, EL n gaji kna potong tu.. Majikan xde hak nak potong sesuka ati sbb ade cuti yg bbayar..

  5. Maaf.. Tp macam puan jer yg pemutar belit.. Dan betul dah pasrah atau reda xmgkin akan keluar tulisan sebegini.. Sy syor puan solat taubat dan hajat mohon petunjuk dr Allah.. Slamat hari raya maaf zahir batin..

  6. Sebagai pekerja swasta, hak puan dilindungi oleh jabatan buruh. Seeloknya dirujuk ke jabatan buruh utk melihat tindakan memberhentikan puan itu mengikut saluran ataupun tidak.

    • Tapi i see a lot of things in favour to majikan dia.Cuti sebulan sbb nak jaga adik ipar.siapa nak buat kerja dia?baik cari org baru yg boleh bagi commitment kerja dgn baik..

    • kena tgk gak letter of appoinment kata apa. in term of breach of contract, perletakan jawatan etc. sbb tu biar pejabat buruh adili

  7. Kalau akak ada surat tawaran bekerja serta slip gaji Maka wajib bg akak untuk menuntut hak akak di pejabat buruh. Tolong jangan senyap hal mcm ni. Nt makin naik tocang diorg menindas org lain

    • tapi wak, majikan tu islamik tau wakkkkk.. takan la org kuat pegangan agama nak menindas wak? tak cayalah kitaaaaaaaa… tidakkkkkkk!! *hentak2 kaki tidak mempercayai*

    • Dik, skrg ni islamik ke, munafik ke, kalau hati jahat tetap jahat dik.. ni berdasarkn pengalaman sbnr akak. 2bulan keje xdak gaji, epf kena potong tp x carum. Gaji akhir tolak 40%. Mmg patut company tu bangkrap. Walaupon anak beranak litup2

    • Buat la. Now depa kena bayaq la epf tu walaupon terpaksa jual harta2.. ko bayangkan since April – Nov lansung x masuk epf. Now depa dh bayaq up to July. 4bln lg tunggakan..

  8. Puan kena tgk balik agreement atau pekeliling company. Kalau diikutkan cerita ko ni,aku rase ko yang tak abide rules.kalau nak dibawa ke jabatan buruh kena ade base yang kukuh.silap2 company saman ko balik nnti.ape pun,semoga murah rezeki and good luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *