Si Pemandu Lori

Hi semua. Terima kasih kepada admin jika siarkan kisah ini. Aku tak sure sebelum ni admin pernah siarkan ke tak kisah aku. Sebab aku pernah hantar, tapi macam tak siarkan je. SO, aku try sekali lagi sebab aku mengharapkan sangat ianya disiarkan supaya aku boleh share laju2 memandangkan cakap depan2 tiada kesedaran daripada pihak2 yang sepatutnya. Aku bukan nak buka pekung ahli keluarga sendiri, tapi aku nak sedarkan tak semua benda yg kita rasa indah tu indah sebenarnya dan jangan ingat apa yang kita lihat tu sama dengan apa yang jadi. Before korang teruskan membaca, aku warning awal2 yang cerita ni agak panjang, aku copy di words hamper 3 page.

Ok. ceritanya adalah berkenaan ayah aku iaitu seorang pemandu lori sejak usianya dalam 20 tahun (tak silap aku). Dia ada ramai adik beradik, iaitu 20 kurang satu termasuk diri dia sendiri. (ramaikan? macam tak logik tapi itulah fakta sebab nenek aku kahwin masa dia tingkatan 3 dan ini semua adik beradik kandung tiada tiri2). Ayah aku terpaksa berhenti sekolah selepas darjah 6 sebab nak sara adik2 dia memandangkan dia anak lelaki ke 2. Atuk aku hanya seorang penoreh, nenek aku suri rumah je. Ikutkan dia boleh sambung belajar sebab ada sorang cikgu dekat sekolah dia jumpa atuk & nenek aku, nak sponsor dia belajar sebab katanya ayah aku ni bijak orangnya. Rugi kalau tak bagi dia peluang. Tapi atuk nenek aku tak mahu sebab tak nak terhutang budi. Orang dulu2 biasalah, takut terhutang budi. Tapi takpe aku faham, aku tak salahkan atuk nenek aku. Pilihan mak ayah ni ada hikmah untuk kita. Ok, ni baru intro mengenai macam mana hidup ayah aku yg berkorban untuk adik2 dia.

Kemudian, ayah aku pun bekerjalah. Dia menoreh, kerja kat kebun orang dan macam2 kerja la dia buat. Sampailah suatu hari dia berjinak-jinak dengan hidup sebagai seorang pemandu lori. Dia cuba nasib untuk mintak kerja dengan syarikat lori kereta selepas kawan dia cadangkan untuk dia ambil lesen kenderaan berat. Dan yes, dia diterima. Sejak itu, hidup family dia jadi mewah sebab gaji ayah aku masa tu 2-3K sebulan tapi jarang balik. 3 bln sekali dia balik. Dulu2 gaji 2-3K mewah sungguh. Adik2 semua mampu di hantar sekolah, loaded la jugak. Setiap kali raya tukar perabot, cat rumah, kuih raya lebih 10 balang.

Tapi sayang, segalanya sia2. Dah sara adik2 untuk belajar, ada yang pergi sekolah lari, tak nak sekolah, berhenti separuh jalan dan sebagainya. Tapi ada yang berjaya tu, berjayalah, Alhamdulillah. (Mostly, adik2 dia kerja askar, adalah dlm 7-8 orang kot termasuk abg atas dia). Satu hari, masa salah sorang dari adik ayah aku ni nak kahwin, diorang ni berkumpul nak berbincang. Masa tu, ayah aku bersuara nak bagi pendapat. Ada satu suara mencelah “KAU DIAM, KAU DRIVER LORRY JE. BIAR KITORANG YANG ASKAR NI BINCANG.” dengan muka sinis pandang ayah aku. pfftt!!! macam hareee, weyh pemandu lori nilah yang sara kau adik beradik, kau boleh cakap macam tu? Ok, tu baru satu.

Kisah lain pulak walaupun banyak kisah sebenarnya tapi aku ambil antara yang aku ingatlah. Salah sorang dari adik lelaki dia, jual motor dia masa dia kasi pinjam. Ni serius aku kata, kalau adik aku sumpah aku humban dalam lombong. Tapi ayah aku sabarkan aje. Lepas tu, bila ayah aku pinjam adalah dua ke tiga ratus duit dia untuk bayar sewa rumah kitorang, diungkitnya dan siap bagitau dekat ahli2 keluarga yang lain sedangkan ayah aku dah bayar semula duitnya. Dan yang kelakarnya, masa dia jual moto ayah aku, ayah aku tak bagitahu pun siapa2 sebab dia fikir adik dia. Serius adik dia, menguji kesabaran aku.

Tu kisah kedua, ni kisah ke-3. Masa ni, adik dia yg lagi sorang buat masalah dan melibatkan penggunaan wang sebanyak 25K. Masa ni, ayah aku da malas nak bantu sebab dia kata da banyak sangat duit dia keluar dari muda sampailah dia da nak dekat umur 50 tahun. Biarlah adik2 yang lain yang da bekerja bantu family pulak. Btw, ayah aku sampai tiada simpanan sebab adik2 dia. Kau bayangkanlah kalau tolong sorang, yang sorang tak puas hati nak jugak. Kemudian lepas sorang2 minta duit dan buat masalah. Belum masuk yang pergi masuk askar lepas tu lari sebab tak sanggup, ayah aku jugak yang selesaikan pergi cari sampai ke pantai timur. Benda ni duit jugak ok, bukan pakai air liur. Cuma adik2 dia je tak sedar diri. Belum masuk kisah yang baru dapat kerja, pinjam duit ayah aku untuk beli moto lepas tu bila da senang berlagak dengan ayah aku kata ayah aku bukan sape2 tak payah nak tegur dia. (ni Pakcik aku yang paling triggered kalau aku bersuara).

Ok, aku sambung kisah ke-3 tadi di mana penggunaan wang sebanyak 25K. Kalau ayah aku tak tolong, pakcik aku masuk penjara. Cerita ni agak panjang, aku malas nak cerita details. Yang pasti ayah aku dapatkan 25K tu bukan dari duit dia sendiri, ada orang bantu dan ayah aku pun da bayar semula selepas personal loan dia buat lulus. Selepas case ni settle, di mana ayah aku terus berurusan dengan orang yang pakcik aku berhutang di mana orang itu kawan dia sendiri. Masa ni, abang2 sepupu aku iaitu antara orang yang aku hormat dan aku tak sangka, keji ayah aku. Dia marah ayah aku sebab bantu pakcik aku tu. Walhal, atuk nenek aku masa tu da nangis2 sebab tak nak anak dia masuk penjara. Sepatutnya yang dibenci tu pakcik aku bukan ayah aku. Walaupun dia kata, ayah aku bersubahat tapi kalau kau, sebagai anak sanggup ke kau tengok mak & ayah kau merayu-rayu weyh? Apa yang aku boleh cakap dekat sini, tak semua kau lihat tu betul. Kau kena rasa dulu. Percayalah karma itu wujud. Mungkin tak kena kat adik2 kau, kena dekat anak kau. Ingat anak kau tu ramai lelaki.

Ok, ni kisah terakhir di mana baru2 je lagi. Atuk nenek aku sekarang semakin tua. Jadinya, makin tua macam2 sakitlah yang datang. Anak2 yang megah2 dengan harta benda bila diminta duit untuk buat bayar perubatan mak, semua berkira. Masa ni, ayah aku memang da malas nak campur tangan sebab dia da tawar hati sangat2 dengan adik2 dia termasuk abang dia sebab tak bertindak sebagai seorang abang untuk marah adik2 yang menyusahkan mak ayah tu. Tapi masa mak long aku minta duit utk operation nenek aku, ayah aku transfer 1K. Pemandu lori je tau ayah aku ni, bukan kerja gomen. Walhal masa ni family aku da start susah sikit sebab ayah aku je yang bekerja sara keluarga dan trip tak banyak (dia da tukar bawak lori tempat lain, bukan lori kereta sebab mak aku marah balik 3 bulan sekali). Tapi sebab dia fikir mak dia sakit, dia keluarkan berapa yang ada. Dan kisah minta duit untuk hal mak sakit semakin berlarutan di mana duit diperlukan untuk buat tandas duduk di rumah nenek aku. Masa ni, semua diam tak cakap apa. Sampaikan maklong aku terpaksa pergi jumpa orang sana sini minta duit. Walhal anak ramai kot. Dan dia jumpa ayah aku, minta selepuk 3K. Gaji ayah aku untuk sekarang ni nak cecah 2K pun susah. Apatah lagi nak bagi 3K selepuk. Aku tak salahkan maklong aku, tapi aku marah dengan adik2 dia. Mana adik2 yang lain? Yang da kerja berjaya, nak hulur duit untuk mak sakit pun masih mengharapkan kudrat si pemandu lori ni? Weyh, kau tak kesian ke dekat abang kau? Dari muda sampai ke tua dia je korban. Bukan harta tau, tapi masa depan dia. Bila korang balik kampung, korang caci dia bila dia bersuara dan kata apa dia cakap tak betul sebab dia hanya pemandu lori, korang askar dan keje gomen. Serius aku dah tak boleh sabar. Bila aku bersuara dekat group wassup family kata kat aku “budak2, diam!” Korang rasa patut ke tak aku diam sedangkan I’m already 22.

Ok, aku stop dekat sini sebab aku memang emosi bila bercerita sampai rasa jantung berdegup laju sangat2. Apa yang aku boleh kata, laksanakanlah tanggungjawab sebagai seorang anak dengan baik. Jangan abaikan mak ayah dan biarkan orang yang sama je berbakti. Commonsense pun perlu juga dalam adik beradik bukan society dan tempat kerja je. Kalau kau lokek dengan mak ayah, sebab tu tuhan sempitkan rezeki kau. Sebab tu kau tak pernah rasa cukup dengan rezeki yang kau ada. Untuk pakcik makcik aku yang sama2 menyumbang duit juga, terima kasih sebab secara tak langsung kau bantu ayah aku untuk tak rasa bersalah bila dia takde duit. Begitu juga kepada yang menyumbang tenaga sebab tak berduit, terima kasih aku ucapkan. Doakan ayah aku yang hanya si pemandu lori ni dapat anak2 yang mampu balas jasa dia sebaiknya. Amin. Thanks kepada yang tekun membaca :)

– Anak pemandu lori

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit