Assalamualaikum /Hi semua!
Aku nak cerita tentang kisah aku beberapa hari lepas. By the way, aku bukan budak IIUM, aku cuma nak confess sikit dekat sini. Aku nak cari pendapatan lebih sikit, takkan makan duit ptptn je satu semester, jadi aku pun juallah roti dekat kolej, seringgit untuk satu roti. Aku letak dekat kolej perempuan sebab selalu ingat perempuan macam jujur la kan. KUNUN!. Nak dijadikan cerita aku letak 6 roti pada hari pertama dan pendapatan aku dapat hari itu RM5, mana hilang lagi RM1 kan? OK, aku tabah je dulu hari itu. Mungkin ini dugaan nak mula berniaga. Hari kedua, aku letak 6 roti juga, aku biarkan dalam 1 jam setengah, aku pun pergi tengok, dah habis semuanya roti-roti itu, cek duit ada RM2. Wow, semakin berleluasa kes mencuri, aku terpana kejap.
OK, dugaan kedua Dia nak uji aku bersabar ke tidak. Aku biarkan sahaja. Hari ketiga, aku letak 8 roti, lepas 1 jam setengah ada lagi tinggal 1 aku tak sanggup nak bagi orang terakhir yang berkemungkinan akan mengambil roti tanpa membayar dan membuat dosa dengan aku dan aku terus bawa balik last pieces tersebut. Kemudian, aku cek tengok ada RM3.70. Wow, sekali lagi aku terpana dengan sikap very consistent si pelajar mengambil makanan tanpa membayar. Aku sekarang macam berbelah bagi, nak halalkan ke atau tak, kang tak halal rosak perut anak orang.
Alahhh, baru 3 hari letak, dah kecoh. Ye lah dalam masa tiga hari ini pun dah bagi aku belajar realiti dan mentaliti orang zaman sekarang. Otak dan akal ada tapi jenis corrupt. Tak perlu ada angan-angan nak negara maju, kalau semua bermula dari sikap mencuri korang ini (eh ape kaitan pulak ini -.-“). Ini baru perniagaan terlalu kecil kecilan, yang siap ada syarikat tu aku tak dapat bayangkan. Jangan lah mencuri, nanti darah daging korang pun ada perangai macam korang, korang suka ke kena rompak? Entah entah, anak korang seksok curi duit korang. Eh, tak baiklah cakap macam itu but guess what “you reap what you sow”. Tapi aku akan teruskan juga perniagaan aku ni walaupun ramai pencuri, ini semua cooooobaan. Cuma nak ingatkan, pagi-pagi hari jangan mulakan dengan benda tak elok, macam mana ilmu nak masuk kalau dah makan benda curi.
“Ala, aku mencuri pun dapat je 4 flat, HAHAHAHA!” hari itu hari kau, hari lain kau tak tahu. Menyedihkan mentaliti macam ini. Kesian dekat mak ayah yang percaya dekat anak dia buat baik dekat universiti but turns out jadi pencuri, dah tak berkat pula. Aku tahu korang lapar tapi jangan sampai mencuri. Perut aku dah biasa berlapar sebab nak catu duit sampai habis semester, aku sarapan air milo, tengahari makan nasi atau tak makan, makan malam teh dengan biskut. Tapi yang penting dalam sehari aku kena makan nasi juga. Kepada peniaga lain, aku tabik spring dengan korang sebab sentiasa tabah dengan pencuri pencuri macam ni. Kalau aku rajin, aku akan update hari seterusnya.
Kalau korang nak kisah tauladan tentang pencuri boleh Google ni “Kisah Orang Soleh Dengan Pencuri”. Hadam sampai habis.
Terima kasih sebab baca.
– Hello Pencuri?
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit