Si Tanggang Moden

Assalamualaikum. Nama aku Bunga. Kisah aku nak kongsi ni bukan hal rumah tangga aku, tapi kisah anak buah aku yang baru habis SPM.

Abang aku dah bercerai dengan isteri dia hampir 5 tahun. Sejak 5 tahun lepas, segala urusan anak anak abang aku, mak aku dan ayah aku yang uruskan.

Mak aku sampai terpaksa stay sekali dengan abang aku sebab nak galas tanggungjawab sebagai ibu ke dua untuk anak anak abang aku, sebab waktu tu, yang sulong darjah 6, no. 2 darjah 2, no. 3 baru 5 tahun.

Memang masa tu susah sangat2 sebab mak aku pun dah 65 tahun, terpaksa jaga anak anak abang aku, sebab kesian kat abang aku, terkontang kanting tak dak bantuan, tambah dia bekerja,

Anak2 lepas cerai semua abang aku ambil, sebab ibu dia tak dak income dan dah ambil haluan sendiri.

Memang mak aku jaga cucu cucu dia semua tip top, makan, pakai, keperluan sekolah, sarapan, lunch, dinner semua mak aku sediakan.

Kadang aku pon ada la tolong sikit, tapi biasalah aku ni dah kawin, ada anak, susah nak tinggal anak dan suami untuk bantu mak aku, tapi ak cuba sedaya mungkin sampai kadang2 gaduh jugak la dengan suami.

Ok berbalik cerita anak buah aku yang sulong ni, mak aku memang sayang kat dia. Lepas abang aku bercerai, 2 tahun pertama ibu diorang langsung tak tanya khabar.

Masuk tahun ketiga, ada la dia wassup aku nak tlg arrange dengan abang aku nak jumpa anak anak dia. Ok la anak abang aku pon 50-50 jugak nak jumpa ibu diorang sebab dah lama terpisah, macam dah terbiasa tak dak ibu.

Lepas tu ada la anak anak abang aku ni dok wassup dengan ibu diorang. Bagi aku Okla sekurangnya kau tanya jugak perihal anak kau.

Tahun ke 4 cerai, isteri abang aku ni jadi janda balik. Dia kawin balik lepas setahun bercerai dengan abang aku, lepas tu dia balik semula ke kampung dia which is tempat asal dia.

Sepanjang 1-4 tahun ni, dia duduk dengan bekas suami dia yang ke dua, jarang dia ambil tahu pasal anak anak dia.

Yelah dia duduk di selatan, kami di Utara, hubungan dia dengan anak so so je, tak ambil tahu pun, jumpa pun tak, semua memang mak aku yang uruskan bersama dengan abang aku dan ayah aku.

So tibalah keputusan SPM , anak buah aku ni dapat keputusan agak CEMERLANG. A, B Dan C. Result sangat impressive.

Tiba2 nampak wassup status dari ibu dia yang berterima kasih kepada cikgu sebab banyak membantu anak dia hingga berjaya.

Like what, mak aku, abang aku yang bersusah sepanjang ketiadaan seorang wanita bernama ibu, tapi kau senang je berterima kasih kepada cikgu ye tanpa sedikit pun nak mention pasal mak or abang aku…

Huhu… takpelah, I just baca sambil senyum sendiri.

Sekarang ni pun, anak buah aku yang sulong ni kalau keluar dengan ibu dia, tak inform langsung kat abang aku, kalau nak ke rumah saudara belah ibu dia pon, tak ada nak bagitahu abang aku pun, mak ak pon bengang la dengan perangai dia.

Macam tiba2 lepas cerai kau datang balik, after anak anak kau dah besar, boleh urus diri sendiri, agak berjaya, kau nak spent time pulak dengan yang sulong tu.

Untuk apa? Di mana kau saat mak aku struggle jaga diorang pagi petang siang malam? Bukan aku mintak kau datang jaga, tapi setakat kau hargai titik peluh mak aku pon dah cukup.

Nak hargai macam mana ak pon tak tahu, hahah, tapi kenapa tiba2 kau nak spent time dengan si sulong tu after 5 years kau senyap?

Berbalik kepada anak buah aku yang sulong ni, semalam aku wassup dia kenapa keluar tak bagitahu, mak aku masak pon dia tak makan, sebab keluar dengan ibu dia sampai tak makan kat rumah,

And shockingly dia reply kat aku, salahkah dia keluar dengan ibu dia? Tak payah risaukan dia. Terkedu aku baca. Aku wassup pun sebab mak aku bising dia masak sup ikan favorite anak buah ni, tapi dia keluar tak balik, makan pun tak,

Bila tanya dia ke rumah saudara belah ibu. Aku dengar mak aku luah kat aku pon, dah sedih gila aku.

I mean wow, anak buah aku ni dah besar panjang yer sampai boleh buat mak aku macam ni, macam kau dah cukup dewasa untuk ambil dan buat keputusan.

Entah la aku tak marah pun, sebab macam mana sekali pun, itu tetap ibu diorang.

Mungkin doa ibu dia yang buat dia dapat result CEMERLANG, and most important is syurga bawah tapak kaki ibu, tapi aku harap anak buah aku ni tak jadi si Tanggang untuk abang dan mak aku yang banyak berkorban untuk diri dia dan adik2 dia.

Tak salah memuliakan ibu, tapi jangan la sampai kau lupa pengorbanan tok kau, dari kau kecil, sampai la kau dapat result bagus, jangan la kau nak lukakan hati diorang.

Aku terima semua komen2 negatif dan positif. Sebab aku sendiri tak tahu, macam mana nak jaga hati semua orang.

Kita semua tak sempurna, Kita semua pendosa, aku yang bercerita ni pun tak layak nak cakap tentang orang, tapi aku just nak luah kat sini, mana tahu ada idea bernas macam mana nak tacle hati anak muda ni.

Nak marah pun risau, yelah anak muda kan, satni lari rumah pulak. Kalau ada cadangan boleh la kongsi ya.

Assalamualaikum.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Baru dapat result SPM bagus sikit dah berlagak ye..jauh lagi perjalanan dier tuuu dikk nasihat lar mana yang patut dan jangan layan dier beria sangat smpi nak masak ikan kegemaran bagai, lagi naik lemak dier, dah besar panjang pandai lar dier carik makan sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *