Asalamualaikum. Hai aku perempuan dan aku merupakan anak tunggal. Biasanya dari kecil sampai besar orang akan cakap ‘WAA BEST LAH TUNGGAL MESTI ANAK ORANG KAYA’.
Hahaha aku heran kenapa aku selalu dicop anak orang kaya, bahkan dengan saudara mara.. Contohnya, aku dari kecil sudah di ajar, balik sekolah semua pakaian sekolah A-Z sila masuk mesin basuh, jangan guna balik nanti berbau dan ada kuman…
Suatu hari, aku pergi rumah sepupu, aku tengok dia balik sekolah stokin campak tepi pintu, baunya sangat ‘harum’, tudung sidai balik dekat penyakut (hanger).
Aku pun masa tu sekolah rendah lagi, dengan polos aku tanya, ‘kenapa tak basuh, kan ada kuman, kalau pakai ulang ulang tak basuh nanti kaki busuk’
Mak saudara aku dengan selamba jawab ‘Anak makcik ramai, 6 org makcik bukan kaya macam keluarga kau nak beli stoking banyak banyak’
Serius aku heran masa tu, mahal sangatkah stokin? Sebab sepupu aku nie selalu pergi bercuti duduk hotel, masuk waterpark… aku setiap kali ajak ayah aku tempat macam tu ayah aku tak layan..
Kalau pergi sekolah pun sama, orang akan cakap aku anak orang kaya, sebab ayah aku setiap kali hantar pergi sekolah, dia akan teman sampai masuk kelas (atas sebab tak dapat nak cerita) jadinya siapa yang ada dalam kelas masa tu ayah aku akan bagi sorang RM1..
Kalau hari dalam dompet dia tak ada, dia akan cakap esok pakcik bagi ye. Sampai ada yang kata ‘tengok je ayah dia selekeh, tapi kaya’. Sampai lah zaman aku masuk kolej pun, sebab apa.. Entah aku pun tak tahu..
Tapi yang aku tahu keluarga aku tak kaya pun, sebab aku balik sekolah duduk dekat tempat kerja ayah aku sampai malam, sebab ummi pun bekerja. Jadi makanpun makan nasi bungkus hari hari, yang mana sempat je, perit tengok mak ayah aku cari duit…
Aku pergi sekolah pukul 6 balik rumah 12 malam.. Kat mana kayanya kalau macam tu? Nenek pula, selalu kata ‘awak, tak apa awak anak orang kaya, tu tengok pak ngah kesian dia susah anak ramai’
Padahal setiap kali balik kampung keluarga pak ngah semuanya akan tukar telefon baru dan bagitau kitaorang, laptop pun boleh tahan..
Aku kadang mengamuk juga nak macam tu dengan ummi ayah, tapi ummi dan ayah kata,’jangan membazir yang lama elok lagi kan? Nak laptop buat apa bukan ada keperluan pun! Kayakah kalau begitu?
Aku pernah tanya ummi’ ummi, kalau ada anak ramai miskin ke? Yelah nenek aku selalu sebut, kesian orang susah, anak ramai. Ummi kata’setiap anak ada rezeki, jangan kedekut dengan anak nescaya Allah buka jalan’
Kalau ayah suka bagi duit untuk kawan kelas aku, ummi lebih senang memberikan duit ketika melihat kanak kanak bermain ditepi jalan, sampai ada yang kata’bestnya awak mesti orang kayakan? ‘
Diorang kata, walaupun kita cuma bagi RM 1 , bukankah seronok tengok kanak kanak gembira!
Pernah sekali ummi dan ayah tiada wang, tapi bapa saudara meminta pinjam wang Rm500, atas dasar kesian bagi lah juga, entah bagaimana, ummi dan ayah kata sejak dari tu rezeki betul betul melimpah..
Dan ayah aku selalu pesan’ jika sempit rezeki memberilah walaupun RM1′
Sebenarnya, aku rasa aku bukan si kaya, tapi atas asbab ummi dan abi tidak berkira keluarkan duit pada yang hak kami kelihatan seperti orang kaya, tengok kami tak pergi bercuti macam yang lain, tak tukar tukar telefon, tapi aku tetap dipanggil anak orang kaya mengapa?
– Si tunggal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit