Sawan atau Sihir?

Tujuan aku buat confession ni saja nak berkongsi pengalaman & nak tahu pendapat netizen.

Aku seorang wanita berumur 29 tahun. Pada lewat usia begini, aku disuspek ada epilepsi. Tak pernah kena sawan sedari kecil tapi tetibe tua bangka ni kena. Rasa pelik & aneh tapi sekarang macam-macam penyakit muncul tak kira usia.

Setiap kali kena serang, tiada tanda & aku tak ingat apa-apa, sedar-sedar je family dah ada sekeliling. Apa yang akan aku ceritakan sepanjang confession ni dari apa yang family aku nampak.

First aku kena masa bulan puasa. Waktu pagi, aku bersiap nak mandi pergi kerja. Hari Selasa. Tak pasti la sawan ke tak tapi masa tu aku dalam bilik air dan kakak aku dengar macam aku tengah bergaduh dengan someone tapi dia tak pergi tengok, dia just ignore it walaupun pelik dengan siapa aku bergaduh dalam bilik air tu.

Then, menurut mak aku pulak, masa mak tengah nak buka tingkap dia nampak aku keluar dari bilik air dari pintu belakang dengan keadaan bertuala je macam orang tak betul, bila mak tegur nak pergi mana aku cakap nak pergi berak sedangkan toilet kat dalam rumah dan aku memang dari bilik mandi dah pun masa tu. Mak pelik. Then, mak keluar rumah nak datang kat aku tapi aku dah takde kat luar rumah, paip air kt bilik air ada 2, dua-dua terbuka. Mak marah & cari aku.

Tanya kakak aku, kakak aku tengok aku dah kat dalam bilik dah berselimut. Kakak tanya, aku nak kerja ke tak & aku jawab nak. Kakak aku tengok aku bersiap pakai baju without underwear. Kakak inform mak & mak tak bagi aku pergi kerja then aku terus berselimut.

To be honest, aku tak ingat & tak de langsung memori apa yang kakak & mak aku ceritakan ni. Then mak aku kejutkan aku, masa ni baru aku sedar & aku nak bersiap pergi kerja tapi mak tak bagi, aku tanya lah kenapa. Mak & kakak cerita apa yang jadi & aku tak ingat langsung. Aku blurr giler, rasa pelik. Aku terus inform bos nak cuti hari tu. Alhamdulillah dapat.

Second, next Jumaat tu. Masih lagi di bulan Puasa. Pagi jugak. Dalam bilik tidur aku. Bilik aku bersebelah dengan kakak sulung aku. Tak pasti pukul berapa. Sebelum Subuh. Abang ipar aku dengar aku mengerang macam binatang kena sembelih. Dia kejutkan ahli keluarga yang lain untuk tengokkan aku.

Menurut famili aku, masa tu aku kejang, tak sedar. Dorang panik sebab aku tak sedar. Famili cakap aku kejang & mengerang macam tu dalam 3-5minit. Then aku sedar, aku diatas pangkuan mak. Pelik, semua ahli keluarga dalam rumah tu dalam bilik aku. Aku tanya ape yang mereka buat dalam bilik, & mereka cerita lah apa yang terjadi. & aku tak tahu, tak sedar, tak ingat. Terasa pelik & aneh tapi pendam je lah.

Kakak aku bawak pergi jumpa Ustaz kat Darussyifa. Cerita apa yang jadi then aku tanya ustaz yang aku ada terlanggar apa-apa ke tapi ustaz tanya aku dah kawen ke belum, aku jawab tak then ustaz diam & tak cakap apa-apa. Ustaz bagi air untuk aku buat minum. Ustaz cakap insha Allah takde apa-apa.

Third, Jumaat minggu seterusnya hari Raya ketiga. Sama macam serangan yang kedua. Dalam bilik aku. Pagi jugak, sebelum subuh. Aku tidur dengan adik perempuan. Tiba-tiba aku mengerang & kejang tapi aku tak sedar, tak ingat. Sedar-sedar je famili dah sekeliling. Abang ipar cakap aku sawan, epilepsi. Then kitorang terus bersiap pergi hospital swasta nak buat CT Scan.

Sampai hospital, Doktor Pakar takde masih cuti raya. Tapi still proceed buat CT Scan. Lepas keluar result, Doktor yang bertugas explain kat aku based on result yang keluar takde aktiviti-aktiviti kat otak aku yang menyebabkan sawan macam ketumbuhan, etc.

Tapi Doktor inform, CT Scan tak boleh detect sawan. EEG boleh detect cecair dalam otak yang boleh tahu aku ada epilepsi atau takde. Tapi hari tu Doktor Pakar takde untuk buat EEG. Doktor bertugas cakap aku boleh datang kemudian untuk jumpa Doktor Pakar, tapi aku tak buat appointment pun.

Esoknya, kakak aku bawak jumpa Ustaz kat Darussyifa. Kali ni Ustaz yang lain, yang minggu lepas takde. Aku cerita lagi kat ustaz ni then ustaz ni tanya aku tak kawen lagi ke & aku jawab tak. Ustaz ni senyum je. Ustaz ni bagi air untuk minum & daun bidara. Ustaz suruh aku mandi dengan air daun bidara tu 3 hari berturut-turut sebelum maghrib. Ustaz cakap insha Allah takde apa-apa dah & kalau jadi lagi, datang jumpa ustaz lagi.

Fourth, Hari khamis seterusnya. Waktu pagi pukul 7lebih. Lepas Subuh, aku tidur balik. Aku bangun nak mandi pergi kerja. Malam tu kakak aku dah inform suh berjaga-jaga kot lah aku kene sawan lagi. Tapi aku cakap insha Allah tak kot & kalau kena hari Jumaat, esok Khamis. Tapi kakak aku cakap just beringat sebelum kena, perhatikan apa yang beza kat tubuh aku, ada apa-apa simpton sebelum sawan tu.

Pagi tu aku pergi mandi, takde apa yang aneh, yang pelik semuanya macam biasa je. Apa yang aku ingat, aku masuk bilik air, aku mandi. Then aku sedar yang aku dah terbaring kat lantai bilik air atas pangkuan kakak aku, kepala aku benjol, siku aku luka berdarah.

Menurut kakak aku, tak lama lepas aku masuk bilik air dorang dengar bunyi jatuh yang kuat. Dorang terus assume aku kene sawan lagi. Dorang masuk bilik air, aku tengah mengerang & kejang dengan kepala benjol & siku berdarah. Dorang terus rushing bawak aku pergi klinik kesihatan.

Sampai klinik, jahit luka kat siku. Kakak aku cerita apa yang terjadi, cerita juga apa yang jadi sebelum-sebelum ni. Then doktor tanya aku normal ke apa yang jadi kat aku ni, aku cakap tak tahu tapi dah buat CT Scan dekat hospital & result ok takde apa-apa masalah. Doktor minta result CT Scan tu, kakak aku balik ambik. Then, aku terus naik ambulans & warded untuk 3 hari. Masa warded, takde kene sawan maybe sebab masuk ubat.

Malam aku keluar dari hospital, pergi jupa ustaz lagi. Ni ustaz lain, bukan dari Darussyifa. Dapat berubat dengan ustaz ni, aku tanya ustaz yang aku ni terkena buatan orang atau aku ada terlanggar apa-apa tapi ustaz ni cuma cakap takyah fikir apa-apa. Banyakkan berdoa, semua ni terjadi dengan izin Allah. & ustaz ni pun tanya aku ni tak kawen lagi ke, aku jawab tak & ustaz cakap kena kawen cepat-cepat.

Then aku tanya ustaz ni, aku ada sawan ke tak, ustaz cakap takde sawan & takyah makan ubat sawan yang doktor bekalkan tu kan nanti penyakit lain yang datang. Ustaz bagi air untuk minum. Then ustaz suruh datang lagi bawak garam kasar. Esok malamnyer aku datang lagi bawak garam kasar seperti yang ustaz minta. Siap berubat, ustaz cakap inshaa Allah lepas ni dah takde apa-apa tapi ustaz suruh datang lagi bawak air daun bidara yang dah siap diblender & tapis. Untuk buat mandi. Tapi aku tak pergi lagi.

Aku masih tertanya-tanya apa jadi kat aku ni. Then aku dapat contact dari kawan untuk jumpa mak bidan yang boleh nampak benda-benda halus ni. Aku gelarkan makbidan ni MakNgah. Aku call dulu MakNgah, cerita apa yang patut & tanya bila boleh jumpa. MakNgah cakap dia boleh rasa benda tu ada kat badan aku. Aku dengar MakNgah cakap macam tu, meremang habis & air mata berderai-derai. Aku takut. Next Sabtu tu, aku dapat berjumpa dengan MakNgah ni & bawak lah limau seperti yang disuruh.

Mulanya MakNgah urut badan & cakap badan aku memang macam orang sawan then dia urut belakang leher aku, dia cakap bukan sawan ada benda lain. Then MakNgah potong-potong limau yang aku bawak tu, perah & campak masuk dalam jug air. Then dia cakap aku memang kena buatan orang.

MakNgah cakap ada suami orang suka kat aku, lelaki tu jujur dengan isterinya & isteri laki tu yang sihirkan aku. Nak buat aku sampai tak boleh kerja & jadi gila. Dan aku macam dapat hint siapa suami orang tu. Kalau betul, aku contact suami orang tu atas urusan kerja je, tak pernah contact apa-apa perkara luar dari urusan kerja.

MakNgah cerita lah macam mana sihir tu jadi yang buat aku jadi kejang macam sawan. MakNgah ada cakap yang aku tak boleh dibiarkan berseorangan. Then aku berubat dengan MakNgah, cuba sekat sihir tu dari berulang lagi setakat yang dia mampu. MakNgah pesan suruh aku amalkan Bismillah 7 setiap kali nak makan & minum, banyakkan berdoa, solat, ruqyah. MakNgah suruh aku datang lagi jumpa dia & bawak limau.

Alhamdulillah lepas dari discharge ward, aku tak diserang sawan lagi. Tapi aku cuma rasa berdebar, rasa takut, rasa macam ada sesuatu. Kat rumah, nak masuk bilik air memang mak akan teman. Pergi & balik kerja sekarang pun kakak yang hantar & ambil. Tidur pun dengan mak.

Aku tak pasti bila aku akan pergi jumpa balik ustaz-ustaz & MakNgah ni tapi insha Allah aku akan jumpa lagi mereka ni. & aku berharap sangat bila aku jumpa, aku dah bersih dari segala anasir-anasir jahat ni.

– Mangsa Cemburu Manusia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *