sia sia – 12:45 AM

sia sia

bismillah. aku terpanggil nak confess sbb dada aku sesak tahan marah, tapi aku tak boleh nk lepaskan marah aku kt orang tu.

benda dah lepas, tapi bila aku ingat balik. jadi berombak dada aku ni. aku nak pesan sikit kat golongan yg belajar agama tinggi melangit ni.

usia muda dihabiskan merantau kat bumi anbiya, sampai kau dapat phd, tapi bila dah tua kalau sepasang mata pun tak boleh jaga, sia-sia.

usia muda belajar kalamullah, kitab-kitab pelbagai cabang ilmu, tulis buku beratus helai, tapi bila dah tua, nafsu menguasai kewarasan, sia-sia.

usia muda, perabih duit belajar ilmu dengan ulama hebat, dapat title itu ini, tapi bila dah tua, gatal merenyam tak boleh kawal, sia-sia.

ikutkan mulut takde insurans ni, aku maki je bagi kau sedar diri sikit, kubur dah memanggil, tapi ada hati lagi nak menjual minyak. sedarlah orang tua. Allah bagi kau sakit, sepatutnya makin mencari Dia, bukan sibuk nak tambah lagi isteri pucuk muda. ambil kesempatan dengan kuasa dan status utk kehendak yg batil bukanlah akhlak orang berilmu!

what even worse, aku isteri orang. dah ada anak dah pun. kau tahu semua tu, tapi kau tetap bertuhankan nafsu. sedangkan ganggu tunang orang dah berdosa, apa lagi isteri orang? aku diam bersebab. biarlah yg lebih arif jalankan tugas. yg setaraf dgn kedudukan kau, lebih layak utk basuh hati dan fikiran kau yg dah berdaki.

takde lain aku doa, semoga Allah bagi kau hidayah. kalau aku bukan mangsa yg pertama, semoga Allah hilangkan segala ilmu yg kau ada. sebabnya sia-sia mendabik dada, mendapat tabik hormat dari orang lain atas "ilmu" yg tak diamalkan tu. dan aku mintak dijauhkan dari jatuh dalam lubang fitnah penunggang agama macam kau.

aku kecewa, kerana dari kau aku dapat secebis ilmu, dan dari kau juga aku dapat satu penghinaan sebagai seorang wanita.

– kecewa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *