Ada benda dah semulajadi dalam diri kita atau dibentuk dari kita kecil. Sampai sangat sebati hingga kita tak perasan apa silapnya. Benda ni selalu bila dah terlambat baru aku perasan. Bila kita dah lukakan hati orang, bila kita dah hilang kawan, bila kita dah gagal.
Kita nak betulkan benda ni tapi ia keep messing up with me every day sampai rasa give up. Bkn sikit2 give up. Give up yang rasa kan bagus kalau aku ni tak wujud terus baru lah tak menyusahkan orang sekeliling. Tapi itu mustahilkan kerna kita dah lahir.
Paling sedih bila kita perasan kekurangan kiri kita ni tapi tak mampu ubah kerna selalu too blinded. Sampai kita terlepas banyak detik indah bersama keluarga, kawan-kawan, guru-guru dan kerjaya.
Selama 26 tahun aku hidup, aku sering pikir kenapa aku macam ni. Kenapa semua orang benci aku. Aku tahu aku tak bijak secara emosional tapi aku tak sampai berniat nak buat orang ters3ksa.
U know, aku sepanjang masa bergaduh dengan diri aku sahaja. Sampai aku tak larat nak berkomunikasi dengan orang sekeliling aku. Sampai aku macam nak berseorangan sahaja untuk tenangkan segala mak nenek dalam kepala ni.
Aku sangat takut kalau aku lukakan orang. Tapi selalu diam-diam aku tahu orang complain kat belakang betapa sakit hati dan bencinya mereka kat aku sebab tak bergaul dengan baik.
Selalunya orang salah faham. Aku jadi makin sedih bila dapat tahu aku dah guris perasaan orang. Sebab aku pendiam, sangat pendiam sebab aku tahu aku tak pandai berbual dan cara aku bina ayat dan fahami ayat sangat berbeza dengan orang lain.
Contohnya, masa sama-sama bergurau dengan rakan-rakan kat sekolah waktu pendidikan jasmani. Ayat mereka “cepatlah buat warming up. Jangan macam keling terpusing-pusing”.
Aku pun autom4tik nak bercakap. Aku cakap “yang buat pun memang keling”. Kebetulan dia mmg keturunan mamak hidung mancung. Aku sumpah takde niat nak mengutuk dia. Aku sampai tak perasan dia keturunan apa sebab niat memang nak berkawan dan tak pandang warna kulit.
Terus aku dibenci pelajar perempuan sekelas aku. Yang aku nak cakap adalah; “yang buat tu memang keling”. Maksudnya yang buat tu memang dari tadi tak reti diam terpusing-pusing macam keling menari.
Aku nak cakap macam ni, kawan aku tu aktif sangat dari tadi main-main buat warming up. (No offense ya dengan perkataan keling tu. Aku form 1 masa tu dan b***h).Tapi itulah, Bahasa aku memang selalu misleading.
Aku sendiri tertekan dengan diri aku. Tambah sedih lagi bila orang sekeliling ingat aku sombong dan kurang ajar padahal aku nak buat banyak benda sorang-sorang sebab itulah terapi untuk aku.
Bila aku banyak bergaul dan buat aktivit seperti makan sama-sama, dobi kain share mesin, masak sama-sama dan bersiar-siar, aku jadi penat. Aku jadi tak tentu arah. Aku macam sesak nafas.
Aku suka berjalan dengan kawan-kawan tapi kalau sepuluh benda kena buat, satu je aku akan buat dengan mereka.
Lepastu aku makan banyak untuk tenangkan diri aku jadi aku segan nak makan dan kongsi barang masak takut aku makan lebih… tapi orang kata aku tak pandai jaga hati orang.
Penat-penat masak untuk aku tapi balik bilik tak makan. Aku memang sengaja tak makan supaya korang boleh makan lebih tapi korang ingat aku tak hargai usaha korang dan cakap di belakang aku.
Tahu tak aku ni sorang kawan pun takde nak membawang pasal kau. Ingat aku ni jahat sangat ke? I’m too busy with setan dalam kepala ni.
U know, berbalik pada ayat pengenalan aku.. aku rasa aku perlu live with it.
Aku rasa aku maybe bukan inconsiderate tp aku too blinded uruskan emosi aku sampai aku tak perasan tanggungjawab aku terhadap orang sekeliling. Tapi orang tak paham.
Mak ingat aku pemalas tak ambik tahu hal sekeliling tapi dia tak tahu luluh hati aku bila selama ni aku battle sorang-sorang dia tak perasan malah dia kata aku macam.
Aku tak mampu cerita kat dia sebab dia agak verbally abusive sejak aku kecil. Suka menengking. Sampai aku tak rasa tautan hati dengan dia sebab terlampau takut. Takut bila dia tinggi suara, ia akan trigger rasa overwhelming aku.
Jadi aku buat keputusan nak jauhkan diri dari dia. Tapi dia kata aku malas asyik memerap tak kesian kat mak sorang-sorang tengok tv. Kenapa dia tak nampak…
Aku pernah macam dapat keluar sekejap daripada kekusutan ni. Bila aku Cuba berfikiran positif dan lepas balik Korea untuk program masa kat universiti dulu. Maybe dapat angin baru. Betapa ringannya dada dan kepala aku ni.
Tapi tak lama. Lepastu aku balik kepada fitrah asal aku ni. Bergaduh dengan diri sendiri sampai sekarang progress aku adalah bila aku buat silap aku benci sangat kat diri aku. Aku lempang-lempang muka aku menangis sampai macam nak pengsan sambil drive cari tongkeng ayam lepas mak marah aku.
Aku tak tahu.. sekarang aku feel numb… Tak lagi banyak menangis kecuali bila aku marah sangat dengan diri aku. Benda ni kita tahu ia tak bagus untuk kesihatan mental. Tapi macam aku cakap awal-awal la.
Ia seperti dah sebati dalam diri sampai tak tau macam mana nak kawal diri aku. Macam mana nak selesaikan bila tekanan dan trigger tu dari orang yang sama je dengan herdikan yang sama je sedari aku kecil.
Pernah mak aku kata aku ni badan besar hati kecil sebab dulu aku asyik merajuk. Sampai hati dia cakap gitu. Dia tak tau kat sekolah aku hadap apa.
Dengan aku memang takde kawan sebab aku memang tak pandai berkawan. Kalau ada pun tapi bukan sampai tahap luahkan isi hati. Bila aku balik rumah dia ingat aku ramai kawan dan tak peduli dia kat rumah kata anak lupa daratan.
Sedih aku tau. Aku pernah berkurung dalam bilik degil tak nak mandi sebab aku mmg nak berkurung. Dia datang siram air kat aku sebaldi.
Aku ni jahat sangat ke bila aku pikir. Aku ni tak la nakal setan manjat-manjat ke buat bising ke kacau mesin jahit dia ke merayap dengan jantan ke. Banyak diam je sebab mmg aku semula jadi pendiam. Tapi macam benci sgt dia kat aku. Kenapa eh? Am I the baddies?
Aku nak keluar dari rumah ni yelah orang kata hidup berjauhan kentut wangi. Haha. Jadi aku nak kurangkan beban mak abah bela aku dan nak cari angin baru. Tapi mak tak bagi aku pergi tempat aku belajar dulu.
Dia nak aku dekat dengan keluarga tapi dia tak cakna pun pasal aku…. Tapi ada ujian lagi buat diriku dan mak. Aku susah nak dpt kerja… Aku memang malang agaknya dan mungkin balasan untuk dosa2 aku selama ni. Maybe….
Aku nak jugak jadi macam anak perempuan orang lain.. layan mak baik-baik. Tapi aku takut nak dekat-dekat dengan dia dalam keadaan hati tisu aku ni. Korang faham tak. Aku nak jadi anak prihatin lepas ni tak kisah la macam mana sekalipun mereka yang bela aku sampai aku membesar dengan baik.
Itulah…
Tujuan aku menulis bukanlah nak meluah sangat sebab aku dulu aku selalu tulis kat diari aku. Tapi aku dah buang sebab aku serabut dan keliru.
Adakah aku yang sengaja serabut sebab nak pikirkan benda-benda kecil dan meluah di diari? Macam tulah aku serabut pikir sampai aku buang je diari tu yang selama ini menjadi penenang dan pendengar setia bila aku tenggelam.
Tujuan aku menulis ni adalah untuk aku tenangkan diri aku…
Aku mimpi kakak aku tadi. Rindunya aku kat zaman kanak-kanak. Mimpi dia buat kerja sekolah dan aku rakam dia. Rindunya kenangan sampai berjujuran air mata aku kat bilik sorang-sorang. Dia sangat ok. Takde perangai pelik macam aku. Tapi aku selalu gaduh dengan dia sbb U know aku kan baddies.
Yeah…
Jadi aku fikir ruginya zaman itu dibiarkan berlalu sebab perangai pelik aku ni. Banyak benda tersia-sia dalam hidup aku. So aku nak menulis ni untuk aku kembali ke pangkal jalan manusia normal.. kalau boleh.
Setelah berfikir,
Mungkin aku destined to live with it.
Damages had been done..a lot….
Tak mampu nak reverse…
Tapi tulah aku tanak masuk neraka sebab kesilapan2 aku ni…..
Tapi tulah…
Aku dah tak rasa apa dah.
Just hidup sahaja lah.
Aku akan terus buat silap dan marah diri aku dan yang paling penting diam supaya tak lukakan hati orang.
Aku adalah the baddies.
Yeah…
Just live on…..
One more thing.
Aku takut jumpa pakar sebab mereka pun manusia. Aku takut aku trigger dengan dia juga. Aku mudah terasa dengan manusia. U know…. maybe dia judge aku sebab aku pelik sangat… Jadi aku berackap dengan kucing je lah.
So, just telan sorang2. Jangan berharap mak akan faham dan comfort aku. Ayat yang selalu aku tunggu adalah Emma macam mana sekolah rini. Ok tak. Emma kenapa diam je ni. Sambil peluk aku…
Angan2….
Mak kata aku tak matang… aku terduduk dengar kata2 tu. Memang la…. aku rasa aku mmg tak matang…orang umur 26 dah maju ke depan. Pandai urus emosi dan boleh sara family. Boleh bezakan mana priority.
Aku masih bergaduh dengan diri sendiri tarik muncung. Walaupun usia bertambah, keserabutan itu sama je ye….
So terima jelah. Aku pun dah dewasa….
Nak tantrum nak merajuk pun dah tak proper.
Aku pun dah dapat anak sedara. Kena lah tunjuk sifat makcik2. Tak boleh fikir the world revolves around you je walaupun selalu masih overwhelmed dengan benda2 yang buat aku teringat zaman kanak2 masa kat rumah mak aku…
So jangan silap mengharap orang faham dan comfort kau. Kau alone in this battle.. be strong be yourself and do whatever u want as long tak pelik sangat.
Dengan cara ni kau akan kurang expectation dan kurang kecewa. Cuba balas jasa mak abah sebab mereka pun dah semakin tua. Lupakan dan telan dan senyum.
And of course solat jangan tinggal. Berbalik pada Yang Satu.
Hati aku selalu macam nak meletup rasa nak meluah… itu jelah yang tak tertampung sekarang ni.. Tapi aku takut dengan manusia…. am I alien? Haha.
Kalau korang sudi dan tak benci dengan kisah aku ni, tolong doakan kesejahteraan orang sekeliling aku yang perlu bertembung takdir dengan aku setiap hari ya. Aku tak sanggup orang sengsara sebab aku.
Adakah aku sangat tak bernilai… siapa aku di dunia ini?
– Emma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit