Siapa Kata Aku Tak Rindu Ayah

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan hati ni. Lama aku pendam sampai tak terluah rasanya. Nak mula dari mana pun aku tak tahu. Sebelum tu aku minta maaf kalau ada ayat yang bukan mcm sastra ye, lama sangat tinggalkan zaman sekolah. Okey, jom baca cerita aku.

Bapak aku seorang bapak yang sangat aku respect. Tapi tu dulu sekarang aku nak terangkan perasan aku pun susah. Hmm… Dia seorang anggota beruniform tapi sekarang dah pencen. Dulu dia pandai menyimpan, suka berniaga, murah hati dan tak kedekut. Tapi murah hati dia dan tak kedekut dia pada kawan2 dia je. Kalau anak bini minta berkira gile mengungkit pun ye juga.

Setahun sebelum bapak pencen aku sekeluarga didatangi berita yang menyebabkan hidup kitaorang haru biru, kacau bilau dan hilang harmoninya. Bapakku kawin lagi dengan perempuan seberang. Aku terima berita tu dengan hati yg hancur, sebelum ni aku nampak betapa bahagianya mak bapak aku ni boleh diikutkan seperti pasangan sejoli.

Apa perasaan mak aku masa tu? Mcm org gila… Yelah cinta dr zaman sekolah hingga ke tua nak pencen dah tiba2 buat hal. Mak aku dikejarkan ke ICU selepas 1 hari mendengar berita tu. Bapak aku? takut nak balik rumah. Ohh bapak aku ditugaskan ke selatan tanah air. So sebulan sekali je balik tengok kiteorang.
Aku pujuk bapak aku balik tengok mak aku. Yes dia balik, tapi dia bawa bini ke2 dia sekali. Mampus jahanam sambil tepuk dahi. Bermulalah drama air mata si madu katenya untuk menumpang kasih tak nak lebih dari tu.

Memula memang lah si madu ni baik rupa2nya dia adalah racun berbisa. Yang memecah belahkan keluarga kiteorang. Dari tudung lintup terus terdedah, dengan merokoknya. Ya Allah buta ke bapak aku ni. Aku boleh terima bini ke-2 dia tapi biarlah bermoral sikit. Nak dipendek kan cerita lepas bapak aku pencen habis semua dikikis. Sampai lah duit pencen dia lesap. Hinggakan nak makan pun tak da duit. Habislah harta dijual untuk tampung hidup dia berbini dua dan nafkah anak2.

Sekarang dia kerja security guard untuk sara hidup bini ke 2 dia. So sekarang dia duduk dengan bini dia tu dan 3 bulan sekali atau ada sebab je dia akan balik tengok mak aku. Duit pencen bulanan dia akan serah kat mak aku dlm RM 1k. Tapi cukup ke? Nak bayar sewa rumah, api air, belanja makan dan nak bg anak2 mkn lg. Kalau hari raya takat tu juga bg tak da bonus lebihan. So aku anak perempuan ni lah yg amik alih tugas2 dia untuk tolong mak aku. Aku bayar api air mak aku bulan2 bagi duit belanja. Kalau nak raya aku lah jentera utama yang akan bergerak untuk siapkan semua. Bapak aku balik rumah sehari sebelum raya dengan lenggang kangkongnya.

Aku jenis tak berkira dengan keluarga sendiri tapi aku pun ada hidup aku sendiri. Gaji aku tak besar sangat. Boleh dikategorikan sebagai miskin bandar. Niat aku cuma satu selagi mak aku hidup aku akan bahgiakan dia. Biar aku hujung bulan makan telur tak pe janji mak aku senang. Dia pun dah umur 61 tahun, kudrat dia makin lemah. Dia perlu dijaga, diambil berat oleh suaminya tapi bapak aku selalu lebihkan bini ke2 tu.

Aku ada masanya aku cuba elak dari jumpa bapak aku. Aku malas. Kalau dia balik aku biasa terperuk kat dapur dangan mak aku sambil membawang. Aku tak boleh lah sb nanti aku jadi anak derhaka pula ada je mulut ni nak perli ke nak tanya mcm2 pasal bini dia tu. Mana taknya dari cerita mak aku, bapak aku cakap bini dia malas masak. Makan minum bapak aku tak jaga. Suka lepak warong karaoke ishhh… Aku nak je suruh dia ceraikan sebabnya bela pun tak dapat hasil pastu tiap bulan nak pergi cop pasport dah jadi beban dah. Duit habis kat situ je.

Tapi marah2 aku pun aku rindu dia. Dan dia pun rindu aku mungkin. Aku ni anak manja dia, lepas semua ni berlaku aku memang elak nak jumpa dia. Dah hampir 5 tahun dah. Dia selalu gak whatapps aku video lah, ayat2 lah, tapi aku block. Dia cerita kat mak aku dia selalu jalan2 tengok rumah aku tp dia lalu je dia tak singgah sbb aku tak da rumah. Bapak aku memang suka jalan2 naik motor. Dulu masa aku kecik akulah selalu teman dia jalan2 bile masa lapang. Biasa aku rindu bila malam je sbb tulah waktu paling tenang untuk ingat kisah2 silam.

Aku cuba untuk maafkan dia atas apa yang berlaku tapi susah sangat sebab dia lupa akan tanggungjwb dia ke atas mak aku. Ke atas anak2 dia. Kenapa bile dia senang, dia mengungkit mcm2 apa yg dia belikan untuk mak aku. Untuk anak2 lain pun dia minta suruh bayar balik dan bila dia susah tak mampu nak bagi nafkah yang cukup kenapa dia sanggup lihat mak aku mengemis dekat dia semata2 nak pinjam duit. Dia sanggup cakap aku tak da duit. Yang ada ni untuk bini ke 2 dia tu.

Berdosa ke aku sebab aku abaikan bapak aku ni? Aku penah terfikir kalau bapak aku jatuh sakit dan andai mak aku pergi dulu, bini dia tinggal kan dia dan sape nak jaga dia? Abang2 aku semua kerja jauh ke utara sana.

– Aku wanita kuat

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *