Siapa makan cili

Sambungan kisah Takdir atau Kebetulan

Kemarin aku pergi belajar di perpustakaan utama um..sebelum pergi tu semangat belajar aku tinggi betul,aku punya imaginasi bahawa aku dapat habiskan satu subjek dalam masa sehari tu..ok sampai kat library aku pun cari port paling strategik..sebelum start belajar aku baca doa,betulkan niat semua..lepas berdoa semua aku pun buka buku..baca 2 3 perenggan aku tertengok dinding dan aku tak tahu kenapa tetiba aku rasa dinding tu jadi menarik pulak..lama aku tengok dinding tu atas bawah hujung semua aku tengok..lepas tengok dinding tu aku tengok buku semula..ok tetiba rasa sejuk menyucuk nyucuk tulang aku..allahu akbar aku lupa bawa baju sejuk pulak..haish bila dah sejuk macam tu mata aku mulalah nak tertutup pulak..aku tabahkan diri,cuba bertahan..alaaaa nak terkucil pulak..ok pergi tandas..masa kat tandas ramai pulak orangnya,tandas full pulak.aku pun malas nak berdiri dlm tu pergi merayau rayau..dlm 5 minit aku balik semula ke tandas yes orang dah tak de dah..aku pun masuk kat tandas favourite aku..sekali cissss kucing betul ada seketul kek coklat kat mangkuk tu..ni aku hangin ni..budak um ni memang reti buat kek je ke??flash tak pandai..haish terus cancel keinginan nak terkucil..
Aku kembali semula ke tempat pertapaan aku dan mengulangkaji sikit sikit..tiba tiba aku dengar kerusi di depan aku tapi meja berlainan ditarik dan aku dongakkan kepala what the cat,kenapa pulak budak berserban ni duduk menghadap aku ni,aku pun automatik angkat buku nak cover muka takut dia perasan..cis kucing betul masa aku angkat buku tu calculator aku jatuh..bunyi kuat pulak tu,semua orang perhatikan aku,sekalilah dengan orang yg konon aku tak nak dia nampak tu..elok elok tak perasan terus perasan..aku pun macam biasa ,ber hehehe sambil buat macam tiada apa yang berlaku..aku ambik calculator tu sambil membebel bebel sampai aku pun tak ingt aku bebel apa..aku tengok si N tu senyum sambil baca buku..aku syak budak ni tengah gelakkan aku..aku rasa macam apa malanglah nasib aku hari ni..gi toilet ada kek,nak sambung study ada mat serban ni pulak..
Terus semangat yg menggunung tu hilang..aku pun pack barang nak balik..time pack ni semua barang aku kerja nak jatuh je..a ah elok sangat jatuhlah semuanya..ishh..
Otw balik tu aku jumpa kawan aku,aku pun berhenti sembang dengan dia,sebab lama tak jumpa banyAk betul kawan aku ni punya cerita..dan akhirnya lepas 4 jam ada org call dia..phiuh selamat aku..kalau tak boleh tulis novel aku guna cerita dia..
Masa dah sampai kolej aku pun tetiba teringat sabun basuh dah habis..aku pun pergi kedai runcit..tengah duk pilih2 sabun yang mana paling wangi..damn budak serban ni lagi..aku pun cepat2 pergi counter bayar sabun dengan harapan dia tak perasan aku..
tiba tiba dia cakap ehhh kucinggg…aku tersedak air liur kat situ..cepat cepat blah dari kedai tanpa toleh belakang dan tiba tiba aku dengar dia panggil aku..cik cik..aku dah macam alamak alamak alamak..habislah dia nak apa pulak ni??..aku pusing buat buat natural..ya saya..dia pun hulur ni ha beg tertinggal akak tu suruh saya tolong bagi kat awak sambil tangan kiri dia pegang kucing….aku macam kuang hasam punya kucinggggggggg…rupanya yang dia tegur tadi kucing ni..bukan tegur aku..aku pun macam nak gelak guling guling kat situ..bab kata pepatah hanya orang makan cili ja rasa pedasnya..

– Miss Akiko

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *