Sihir pengasih

Terbaca satu confession tentang sihir cinta. Saya juga nak kongsi pengalaman saya.

Saya pun terkena macam saudari. Tidak lelaki itu bukan UIA tetapi sy bekas pelajar UIA. Walaupun takde kena mengena semua tu dengan cerita saya ni.

Sihir cinta ini memang wujud, ada sesetengahnya menggunakan sebab keseronokan, ada yang sebab nak duit dari org yang disihir, ada yang sebab nak kan orang tu dan ada yang dia tiada org yg khusus untuk dituju cuma dia mahu orang tunduk dan kasih padanya.

Kisahnya, saya sebelum ini tiada perasaan langsung pada dia. Dia ok ada rupa tapi saya suka orang lain. Entah macamana, saya tidak tahu sejak bila perubahan saya cuma kawan rapat saya yang mula rasa lain.

Saya seperti angau dengan si DIA. Siang malam rindu. Mesej kasih cinta rindu. Saya jadi bernafsu tak bertempat. Apa sahaja yang dia cakap suruh semua saya turutkan. Dia minta duit saya akan bg tanpa soal. Saya sendiri tidak ingat jumlah sebenar.

Lebih menyedihkan kawan saya perasan saya malas solat. Kekadang saya tak solat. Saya sering tidur dan bermimpi "bersama" dengan DIA berkali-kali.

Kadang2 saya perasan saya dah lama tak solat, jadi saya gagahkan diri untuk solat tapi kadang2 saya tertidur dipertengahan solat.

Saya seperti tak kenal diri saya. Mesej2 saya pada dia, ya Allah sgt memalukan. Cintalah rindulah. Tak boleh hidup tanpa dia. Minta dia bawa saya lari.

Akhirnya kawan saya bawa berubat sebab keadaan saya yg agak dah tak betul mabuk cinta. Alhamdulillah setelah beberapa kali berubat. Saya semakin pulih. Tiada pun cinta syg yg hampir setiap mlm sy rindu tak boleh tidur tu lagi.

Berhati-hati lah baik lelaki atau perempuan. Jangan benarkan kaum lawan kamu sentuh sebarangan dan makan pun kena hati2. Dikhuatiri ada yang mengguna2 kan kamu. Apa tujuan si penyihir tidak pasti. Mungkin boleh jd inginkan kamu, mungkin balas dendam atau mungkin mahukan duit.

– Najwa

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *