Sihr,Jin,Rasulullah – 1:23 AM

Sihr,Jin,Rasulullah

Assalammualaikum wbt.

Aku ni budak biasa-biasa je. Masih aku ingat awal aku form 4,aku cuba berjinak-jinak join usrah dan mengaji Quran setelah lama jugak aku tinggal Quran sampai kelu jadinya lidah aku ni.

Satu malam, aku mimpi. Dalam mimpi tu ibarat aku di padang pasir, dikelililngi ramai manusia,terlalu ramai.. Tiba-tiba aku dengar salah sorang dari org ramai tu menjerit, "Tengokkkk!!!!!"sambil tangannya menuding ke atas langit.

Aku dongak dan lihat ada seekor helang berwarna putih, tersangatlah besar helang tu sehinggakan org ramai takut, makin lama makin rendah pula helang ni cuba turun menapak di padang pasir, aku lihat helang tu makin menghampiriku..kemudian bertapak di hadapanku. Helang itu tunduk, dan kemudian aku naik duduk di atas belakang helang besar tu. Subhanallah, aku dibawa terbang ke langit. Aku gerun, gayat, aku peluk kemas helang tu, kemudian sampai di atas langit tu terlihat awan, di awan itu terlihatlah pula satu pintu besar berwarna emas, pintu tu sangat besar,sangat mewah.

Pintu tu dibuka tanpa perlu aku buka, kemudian aku masuk..terlihatlah seorang pemuda berjubah putih, berserban putih, mukanya bercahaya..tersangat bercahaya sehinggakan aku tidak dapat melihat mukanya dgn jelas kerana cahaya yg terpancar di mukanya. MasyaAllah..kemudian dia perkenalkan dirinya.

"Assalammualaikum YA (namaku)…ana Rasulullah.."

Allahuakhbar!!! aku terkedu. air mata aku mengalir. YA Allahhhh. benarkah engkau Rasulullah?.

Baginda sebut namaku, kemudian baginda berkata, "Engkau insan yg diipilih oleh Allah..sabarlah engkau dgn ujian Allah. Allah akan menguji mu…."

Rasulullah banyak berpesan dan menasihati aku. Sungguh, tidak tertulis setiap pesanan baginda, tidak aku ingat satu-satu bait bait kata baginda. Namun aku akan terus ingat nasihat baginda kepada aku. insyaAllah.

Dalam mimpi tu juga baginda mempersilakan aku duduk., aku dan baginda duduk berhadap sambil bersila di meja makan. Aku makan roti arab bersama baginda..Allahuakhbar, sebak. aku menangis teresak2 tidak tergambar betapa aku gembira kerana dapat bertemu dan makan bersama baginda..kemudian aku tersedar dari mimpi.

Kini umur aku sudah 20-an, benarlah kata baginda, aku diuji kuat oleh Allah.
Aku disihir.. saban hari berperang dgn jin. saban hari dihantar meracau bagai nak gila. Allah bantu aku. aku syukur, walau meracau,walau mulut aku diguna jin, namun aku sedar..aku sedar, tubuh badanku dpt aku kawal cuma kadang susah juga hendak dikawal,mulut aku..membebel, berbunyi2 xberhenti merapu bagai org gila.namun aku syukur, kerana Allah beri aku sedar.. Aku syukur Allah uji aku sebegini,

Sewaktu aku meracau beberapa hari lepas. aku bertemu lagi dgn baginda, namun dlm keadaan aku sedar, aku terkejut,tiba2 gelap dan tiba2 aku lupa masalah aku. Baginda hadir dgn muka bercahaya, Allahuakhbar aku rindu. baginda perkenalkan diri lagi, ana rasulullah. baginda berpesan kepadaku jangan sesekali berputus asa, perlu kuat lillahitaala,yakin dan teruslah kuat di jalan Allah. Kemudian aku lihat seorang pemuda, dia perkenalkan dirinya sbgai sahabat rasulullah, Umar.. Allahuakhbar! aku menangis kuat sebak,teresak2. Siapa tidak kenal umar, seorang sahabat rasulullah yg tegas, berani dan kuat! dia terkenal dgn keberaniannya dlm menegakkan agama Allah! Umar beri kata2 semangat kepada aku.

kemudian aku lihat seorang wanita, berpakaian serba hitam, berniqab. Dia bg salam dan perkenalkan dirinya, "Assalammualaikum.. aku aisyah, isterinya baginda rasulullah saw…"

Allahuakhbar, dlm keadaan aku sedar, berkali aku sebut aisyah????saidatina aisyah??? Allahuakhbar.. saidatina aisyah mengingatkanku, ttg aurat,ttg fitnah wanita, ttg akhir zaman ini penuh dgn fitnah!! dia berpesan kepadaku teruskan jaga maruahku sebagai seorang wanita! teruskan menjaga auratku, jangan buang niqab yg aku pakai dulu..teruskan! Akhir zaman penuh dengan fitnah!!!

Allahhhh. aku menangis! mengangguk-angguk sambil berkata insyaAllah insyaAllah akan aku ingat pesananmu. Allah Allah..

Aku budak biasa-biasa, kadang aku leka juga, kadang aku lalai juga. Fitrah manusia..

Namun aku syukur, aku syukur diuji dan terus diuji. Beberapa kali aku di'psiko' oleh jin kafir ttg islam. beberapa kali aku di'psiko' oleh jin kafir yg menyamar islam. Beberapa kali aku diuji dgn hadirnya jin2 yg kononnya ingin memeluk islam sedang sebnarnya cuba jerat aku. Alhamdulillah, ramai yg bantu aku, Allah hantarkan sorang-sorang hamba Allah bantu aku. bantu mengingatkan ku. Tak terucap syukur atas nikmat yg Allah bagi.

Aku cuma nak pesan pd mereka yg mungkin diuji sebagaimana Allah uji aku, disihir atau boleh berkomunikasi dgn jin.

Hati-hati dgn jin. Benar mereka ada yang baik namun tolonglahhh..jangan percaya mereka bulat-bulat. Jangan terima bantuan mereka walau mereka bersumpah demi Allah ingin bantu kita ikhlas kerana Allah. Sungguh, aku bimbang. Bimbang tanpa sedar kita berkhadamkan jin. Jadi tolonglah, walau diberi kelebihan boleh berkomunikasi dgn jin..namun tolong…..jgn percaya mereka, jgn mohon bantuan mereka nanti mereka akan tuntut hak mereka. Berdoalah kepada Allah dan yakin pd bantuan Allah, hanya Allah! Disihir atau disantau, semuanya dgn izin Allah. Engkau disantau? dgn izin Allah.. engkau disihir? dgn izin Allah.. Yakin bahawa Allah jugalah yg menyembuhkan kita, Allah jualah yg memutuskan dan meleraikan ikatan sihir ini. Sungguh! hanya Allah yg Maha Berkuasa..

Doakan aku. semoga Allah sembuhkan aku dan semoga Allah permudahkan urusan aku dan kalian yg membaca. Yang baik dari cerita ini, ambilkan iktibar dan pengajaran.

Moga kita semua terus kuat demi Allah dalam menghadapi setiap ujian Allah. Setiap.manusia lain2 ujiannya. insyaAllah moga dipermudahkan urusan kita semua. Amin

– Kay

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *