Sikap Boss dan Pekerja Kesayangan

Salam pembaca IIUM. Terima kasih kalau luahan ni disiarkan. Saya nak luahkan tentang situasi tempat kerja yang bagi saya sangat menyakitkan hati.

Saya seorang pekerja syarikat logistic. Saya tak pasti kalau company lain pun ada yang macam company saya. Begini ceritanya. Setiap staff ada department dan boss masing-masing. 3 tahun lepas sewaktu saya baru masuk, ada sorang staff yang ditugaskan untuk mengajar saya. Apa yang saya perhatikan, staff tersebut mahir menyelesaikan segala masalah kerja dan ajar selok belok untuk menguruskan skop kerja saya.

Dek kerana masalah peribadi, boss saya tidak sukakan dia dan berbagai cara boss saya lakukan untuk dia sendiri meletakkan jawatan. Ekonomi sekarang & peluang kerja yang teramat terhad korang rasa senang ke dia nak letak jawatan? Lalu boss saya pindahkan dia ke department lain. Saya? Dibiarkan terkapai belajar segalanya seorang diri dan dibantu staff lain. Boss saya sangat kedekut ilmu & tak suka ajar kerana katanya dia ada banyak kerja perlu diselesaikan.

Terus terang saya cakap, dia bukan tak tahu background saya tiada pengalaman. Saya belajar dari bawah. Bagaimana saya dapat kerja ni? Saya merupakan staff ke 30 boss itu dan staff lama lari. Saya mendapat panggilan dari boss (tak tahu siapa yang beri number saya yang ketika itu jobless). Dia meminta saya kerja segera. Syukur. Lama kelamaan saya sedar mengapa hanya dia seorang saja boss yang bermasalah sampai semua staff lari.

Department saya, tinggal saya dan sorang lagi staff. Staff itu lelaki, jadi dia gemar buat ot sampai lewat pagi (kadang atas arahan boss). Kesayangan boss juga lah. Waktu bekerja bermula 9 pagi. Korang rasa kalau balik Subuh dia boleh masuk semula pukul 9 pagi? Tak mungkin kan? Jadi sayalah yang jadi mangsa kena selesaikan kerja staff kesayangan boss tu setiap pagi. Kerja saya dah cukup complicated, ditambah kerja staff itu pula. 2-3petang nanti barulah dia masuk. Boss ok je dia masuk lewat. Berpeluh juga nak siapkan kerja dia sebab tak semua saya mahir. Jika silap, saya akan terima email maki hamun.

Masuk tahun ketiga, boss saya dah mula tunjuk belang. Staff kesayangan dia cuti seminggu, saya ganti dan redha jelah siapkan 3 kerja dalam 1 masa (kerja saya, kerja staff yang dipindahkan, dan kerja staff kesayangan). Nak minta tolong saya pasti dia akan bodek. Kadang last minit bagitau dia cuti. Boss saya minta saya segera ganti. Saya akur je. Tapi baru ni saya outstation, ada kenduri di Sabah. Saya telah apply cuti dari Disember tahun lepas lagi. 3 hari saya cuti, huru hara boss saya. Betapa susah saya tak masuk kerja. Hari ke4, saya terpaksa minta cuti sebab tak sihat. Bukan menipu ya. Terus dia whatsapp saya, katanya saya susahkan dia.

Selama ni saya jarang cuti panjang. Staff kesayangan dia saja cuti panjang sebab jarang cuti weekend. Sekali saya ambil cuti 4 hari, terus segalanya tak terurus. Staff department lain cerita, boss department mereka semua geleng kepala tengok sikap boss saya selesaikan kerja saya tanpa saya. Staff kesayangan dia kerap extend cuti tanpa memberitahu saya tapi dia ok je. Padahal kerja saya selama ni jarang ada mistakes ke apa. Laporan harian, mingguan, bulanan, sebelum deadline saya pasti hantar. Nak kerja lama, saya ikut semua arahan. Sebab tu saya tak pernah ada rekod buruk. Tapi boss hanya pandang salah di mata dia je.

Dia juga gemar berikan saya extra kerja. Katanya staff kesayangan dia letih. Boleh ke macam tu? Dah dia yang kerah staff tu kerja sampai lewat pagi. Saya tak tahu letih ke? Saya dipaksa kerja sampai lewat malam sedangkan mak ayah saya sakit di rumah (dia tahu). Kerja 8-9jam tak cukup bagi dia. Tapi gaji tak pernah naik. Basic 1k saja. Berbaloi? Saya lembik? Kalau saya lembik tak sampai la 3 tahun ya kerja dengan company ni. Bukan tak pernah apply kerja lain, tapi kebanyakannya minta fasih berbahasa Mandarin.

Saya lali apabila boss dari company lain akan cakap depan muka saya “Boss you teruk” “Boss you la siapa lagi” “Boss you hati tak baik punya orang, I tak tahu macam mana you all boleh kerja dengan dia” dan banyak lagi lah. Saya hanya mampu gelak jer hihi.

So pembaca, apa yang patut saya lakukan? Maafla kalau bersepah. Tak reti nak karang. Ini saya highlight baru sikit tau, belum saya cerita semua sekali. Diharap beri pendapat yang baik-baik ye. Thanks.

– Fara Atifa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit