Assalamualaikum… Hi nama saya Kamsiah (seperti biasa bukan nama sebenar hehehe). Saya tergerak menulis ini setelah banyak saya membaca kisah-kisah rumah tangga dalam confession ni.
Kebanyakkannya perempuanlah meluah rasa. Ada yang bercerita pasal suami curang, suami malas dan kebanyakkannya si isteri adalah wanita bekerjaya.
Saya tak tahu kenapa lelaki kurang bercakap hal pasangan mereka, mungkin mereka merasa mereka betul atau ego atau mereka jenis tak kongsi sangat atau apa yang di perkatakan wanita itu betul.
Saya juga tak terpalit dari masalah dengan pasangan. Biar saya ringkaskan cerita saya, saya berkahwin pada usia 31 tahun. Agak lewat, saya sebenarnya susah nak dapat pasangan. Mungkin sebab tak lawa.
Satu hari saya di kenalkan oleh seorang kawan. saya pula tengah frust menonggeng, dah agak risau dengan usia yang dah makin naik tapi masih belum ada pasangan.
Setelah di perkenalkan, saya mulai suka dengan perwatakan suami saya sekarang, tapi oleh kerana kami tinggal berjauhan kami putuskan untuk segera kahwin.
Apa yang di beritahu kawan saya, dia seorang yang baik, pemalu, berniaga kedai makan dan berhenti kerja kerana menjaga orang tuanya.
Saya pun tak buat usul periksa yang lebih masa tu. Tapi terus terang saya katakan itu adalah kesilapan (kurang taaruf).
Tapi saya bersangka baik. Saya percaya Allah takkan pilih yang buruk untuk saya setelah lama saya berdoa untuk dapat jodoh, saya anggap itu ujian. (Mana boleh tak nak ujian kan? dah nama pun manusia memang ada ujian).
Selepas berkahwin barulah saya tahu, kedai itu bukanlah milik dia, tapi milik keluarga. Dia berhenti kerja memanglah kerana ibunya. Tapi paling parah saya tak tahu dia sebenarnya muflis.
Dia sorokan kedudukan kewangan dia dari saya. sebenarnya dia langsung tak ada pendapatan, sekadar upah bancuh air.
Pada awalnya saya berfikir itu tidak penting , kerana dia boleh je cari kerja memandangkan pengalamannya bekerja sebelum ini, tapi meleset kerana dia muflis dan tak ada syarikat nak ambik dia bekerja.
Sebelum berkahwin tu.. kami hanya berbincang berkenaan di mana nak menetap selepas kahwin, memandangkan saya di selatan dia di utara.
Tapi saya beritahu dia saya tak kisah kat mana-mana asalkan tidak duduk serumah dengan mertua atau rumah ibu saya, saya juga minta kebenaran untuk berkerja.
Setelah setahun berkahwin dan letih berulang-alik (kerana saya tak dapat kerja di utara) maka saya bagi cadangan kepadanya untuk pindah ke selatan.
Dia bersetuju untuk berpindah. Tapi ada isu yang timbul iaitu “apa pekerjaan yang dia nak buat?”.
Saya cadangkan dia berniaga je dulu, dapat sikit-sikit lepas makan, sewa bagi saya ok lah, sebab kami pun belum ada anak. Isu kedua pula. modal. Dia tak ada modal.
Oklah.. Saya bagi duit modal untuk berniaga kecil-kecilan. Sementara menunggu hasil dari perniagaan, deposit rumah sewa pun saya yang bayar.
Dia tak pernah mampu bayar sewa rumah, saya lah yang bayar, pakaian saya tak pernah di beli, kadang-kadang barang dapur saya yang banyak beli, keperluan rumah saya yang beli. Peti, TV, kipas, sofa, katil, semua saya.
Waktu itu saya cuba memahami dia tidak mampu dan percaya dia bukan jenis begitu, pada masa yang sama yang buat observation. Apakah betul kepercayaan saya pada dia atau tidak, saya bagi tempoh dan masa pada diri saya.
Ini di buktikan bila dia mendapat hasil, dia mula melunaskan tanggungjawab dia, dia bayar sewa, belikan beg, pakaian..
Oleh kerana saya suka shopping online, tiap-tiap minggu dia masukkan duit dalam akaun, katanya beli la nak beli apa pun, pakai duit tu. Dia juga belikan barang rumah.
Sekarang pun perniagaan dia dah makin baik dah mampu sara saya dan anak sepenuhnya (oh ya sekarang kami dah 5 tahun berkahwin).
Selesailah bab kewangan walaupun saya habis berpuluh ribu bantu dia, belikan kereta dan bagi modal berniaga.
InsyaAllah dalam plan nak beli rumah pula walaupun umur dah lebih 30 an baru dapat merancang. Saya akui rezeki makin baik selepas kami dapat anak. Oh ya, hutang insolvensi juga dalam proses untuk di lunaskan.
Saya akui bukan senang hendak mematangkan dia. Saya selalu sedarkan tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah.
Apa yang saya buat, saya jaga kewangan dia, saya control perbelanjaan dia dan saya mintak duit dengan dia untuk,
1) Masuk hibah.
2) Bayar hutang insolvensi, saya bagitahu dia ini wajib. Saya juga minta di berterus terang dengan saya hutang apa lagi?
Saya ajar dia manage cash flow dia, saya ajar dia bayar juga hutang walaupun RM50 sebulan, saya selalu pesan langsaikan hak orang, Allah langsaikan hak kita.
Semenjak hari tu, apa-apa dia nak buat dia akan tanya saya dan bincang dengan saya.
Apa yang saya boleh simpulkan, banyak perempuan tak tahan susah dengan pasangan sebab sikap suami yang tak matang, ambil mudah dan ambil kesempatan.
Isteri jadi mengungkit dan tak tahan sebab sikap lelaki sendiri. Ego tu memanglah, dan langsung tak nak berubah jadi baik demi pasangan.
Kalau ada lelaki yang membaca dan seperti suami saya, ubahlah sikap. Rajinlah bekerja dan berbincanglah dengan isteri.
Jangan sorok apa- apa dari isteri, sebab tak ada isteri sanggup tengok suami dia susah, kerana jika suami dia susah, maka dia akan susah sekali.
Kadang-kadang, isteri tak mintak mewah pun, asalkan nafkah tu cukup, kalau dapat hidup mewah tu bonus.
Dan tolonglah balas jasa isteri, jaga hati dia, itulah lah perempuan yang sanggup terima baik buruk kita,sanggup pikul tugas kita, sanggup bersabar dan bertahan demi kita.
Agak-agaknya boleh jumpa lagi tak isteri macam kita tu?? Fikirlah wahai suami yang bermasalah di luar sana. Fikir dalam-dalam.
Sekian,
– Kamsiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit