Aku Lemah dan Cemburu

Assalammualaikum kepada pembaca IIUMC. Nama aku maya, awal 20an, seorang isteri dan juga seorang ibu. Aku ada luahan hati yang ingin diluahkan, sudah lama aku pendam dan tiada siapa pun yang dapat memahami isi hati aku.

Sekurang2nya jika aku dapat luahkan disini, aku akan berasa sedikit lega disamping dapat menambahkan semangat jiwa diri ini bila membaca komen2 dari pembaca. Bismillah

Aku sebenarnya cemburu melihat kehidupan orang lain yang bahagia disamping keluarga dan rakan. Aku antara insan yang tidak bertuah, dan seringkali aku merasakan diri aku ini macam tidak beruntung.

Aku cemburu bila melihat pasangan yang ada keluarga yang sangat memahami, bertolak ansur, hormat menghormati.

Aku ada kenal seorang wanita ini, hidupnya alhamdulillah senang dan dia dikelilingi orang yang sangat memahami. Dia pun dapat suami yang baik, bertanggungjawab dan berkerjaya.

Soal suaminya itu aku tolak tepi, tapi yang aku perhatikan ialah dia dapat bekerja macam isteri yang lain dimana dia tiada masalah pun tentang penjagaan anak.

Ibunya dan ibu mertuanya yang menawarkan diri mahu menjaga anak anaknya. Jadi, mudah sangat untuk dia bekerja shift, atau mahu overtime.

Iyalah, zaman sekarang Mahu hantar anak ke pengasuh seorang sahaja mereka charge 350++, waktu office hour, belum kira caj lain seperti lambat ambil anak satu jam, atau mahu hantar pada hari sabtu kerana ada sesetengah yang kena kerja 6 hari seminggu kan, itu baru seorang.

Jika 2 orang mungkin capai 700++. Untuk pasangan b40 macam aku dan suami aku ni separuh duit gaji bayar pengasuh sahaja. Belum kira keperluan lain, memang tidak mampu.

Memandangkan aku tiada apa apa sijil, hanya Spm. Dan kami tinggal di pusat bandar. Disebabkan itu, suami aku minta aku tinggal dirumah jaga anak, hanya dia bekerja seorang.

Jadi sekarang kami menyara kehidupan dengan gaji suami sebagai operator di sebuah kilang.

Aku sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah cuma apa yang aku terkilan dan cemburU dengan keluarga orang lain pabila aku membandingkan keluarganya dengan keluarga aku.

Jujur aku katakan aku ialah seorang wanita yang suka bekerja, aku tidak suka tinggal di rumah. Dari tamat sekolah lagi aku sudah bekerja.

Aku ada meminta belas ihsan orang tuaku untuk menjaga anak anak aku sementara aku dan suami aku mahu berusaha mengubah nasib hidup hingga stabil, kami akan mengambil semula anak anak.

Orang tua ku sendiri memang tidak pernah menawarkan diri ingin menjaga cucunya, jadi aku yang segan silu bertanya. Awalnya mereka ok.

Aku baru sahaja bekerja selama 3 hari, luluh hati aku Mendengar berita ayah ku menengking anak aku yang baru berusia 1 tahun kerana menangis.

Mungkin dia rindukan aku dan masih belum biasa ditinggalkan, tapi mengapa ayah ku tak faham dan sangguh tengking budak yang bukan seusianya. Untuk pengetahuan, ayah ku memang seorang yang sangat panas baran dari dulu.

Kami anak anaknya memang membesar dengan melihat sikap barannya yang suka menengking, marah, dan suka pukul ibu. Sehinggakan kami adik beradik kurang respect kepadanya. Kami lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.

Disebabkan ayah ku menengking anakku, aku ambil semula anak dan hantar ke pengasuh. Aku bekerja 6 hari seminggu jadi pengasuh memang caj aku 400 sebulan.

Mula timbul dugaan apabila pengasuh tenggelam timbul pada hari sabtu, sampaikan aku dan suami aku bergilir terpaksa ambil cuti emergency untuk jaga anak.

Dugaan kedua bila anak aku dimasukkan kedalam wad akibat demam panas, aku yang waktu itu baru sahaja mula bekerja terpaksa ambil cuti selama seminggu untuk jaga anak aku di wad.

Bos, dan orang lama mula rasa tidak selesa dengan aku. Ada yang menegur aku. Disebabkan itu suami aku ambil keputusan minta aku berhenti kerja, biar dia sahaja yang bekerja.

Aku turut. Aku sedih, kenapa orang tua ku tak seperti orang tua yang lain. Aku dibesarkan dalam keluarga yang Nenek, makcik pakcik, mak ayah pandang serong terhadap surirumah.

Mereka lebih sayangkan yang mana sudah menjadi isteri tetapi bekerja. Itu yang aku nampak.

Bila hari raya dan kumpul saudara mara, soalan nenek kepada menantu atau cucu perempuan “ kerja tak?” Jika jawab kerja dia senyum. Jika jawab “tak kerja” dia akan membebel. Aku rasa seolah mereka anggap tanggungjawab pada bahu perempuan pula.

Begitu juga ayah dan ibuku, aku bagaikan anak perempuan yang banyak menyusahkan mereka. Bila hidup serba kekurangan, mereka akan salahkan aku.

Begitu juga bila bil bil utiliti, atau susu pampers anak tak cukup mereka akan salahkan aku. Aku stress. AKU KE SUAMI SEKARANG NI???!!!!!

Oh ya, pada yang tertanya dimana keluarga mertua, mertuaku sudah meninggal. Suamiku seorang anak yatim piatu. Jadi menang susah payah kami, terpaksa aku meminta tolong belah aku.

Tapi sayang, mereka menolong tapi akan mengungkit semula apa yang telah mereka tolongkan.

Aku ada adik beradik, tapi semua sudah berkahwin dan buat hal masing masing. Kau keluarga kau, aku keluarga aku, itulah adik beradikku. Kami jadi begitu mungkin kerana kesan membesar dengan situasi ayah yang baran dan sering memukul ibu.

Kami adik beradik tak rapat. Hanya berbual perkara yang penting sahaja. Aku cemburu melihat orang lain yang gembira dan sering bergurau senda dengan adik beradik yang lain.

Ada yang jenis memang tak boleh lihat jika adik nya susah, pasti ditolongnya tapi itu bukan adik beradikku.

Aku cemburu, aku sangat cemburu. Aku nak kerja. Aku nak ada duit sendiri dengan kerja. Aku cuma nak minta pertolongan mereka sementara tapi kenapa Allah beri aku keluarga yang sebegini. Pasti ada yang berkata bersyukur lah masih punya keluarga.

Tapi, kalau pembaca semua dapat tahu kisah sebenar keluarga aku pasti pembaca pun dapat membuat kesimpulan yang sama macam aku. Aku tak mahu cerita di confession ini, mungkin aku akan menaip confession baru dengan tajuk yang baru.

Apa yang aku lemah? Aku lemah bila tiada sokongan keluarga, orang tua dan adik beradik. Aku ada masalah, aku hadap tanpa mereka ambil peduli. Aku memang tiada sokongan mental dari mereka.

Sekarang aku sedang hamil anak kedua, doakan aku supaya sentiasa kuat dan bahagia bersama suami dan anak anakku selamanya. Mohon dia pembaca semua untuk doakan rezeki aku sekeluarga sangat murah dan luas.

Kerana kami sedar, susah payah kami tiada keluarga disisi, hanya aku dan suami. Aku rela tidak ditolong daripada ditolong kemudiannya ungkit segalanya. Aku penat, aku rimas, aku anak perempuan, bukannya anak lelaki.

Jangan buat aku rasa terbeban dan jangan ajar aku untuk makin hilang rasa sayang ini. Jika ayat aku tunggang langgang harap dimaafkan, harap pembaca dapat faham luahan hati aku ini.

Aku penat….. tolonglah Ibu ayah, tolong sejenak buka hati dan ruang faham anakmu ini. Tolonglah sesekali buang rasa hanya kamu yang benar, kami salah.

Kami juga dah besar, tolonglah jangan memaksa kami untuk mendengar pendapat kamu sahaja, jika tidak dengar merajuk. Kami pun ada pendapat sendiri dan keputusan sendiri. Mana yang patut kami ikut kami akan ikut.

Ibu, tiada masalah sangat. Ayah, sangat banyak membuat hatiku terasa dengan kata katamu.

Aku anak yang tak guna. Aku anak menyusahkan. Aku anak kerja menghabiskan wang. Itulah kata nya. Terima kasih…

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit