Simpan duit

Assalamualaikum.

Kalau pandangan ni salah, sila betulkan.

Sejak kebelakangan ni, memg aku nampak, orang muda kita rajin travel. Bagus! Berani untuk keluar dari kepompong. Mesti korang banyak dpt ilmu kan. I wish aku ade opportunity mcm tu jugak nnti.

Btw, aku cume terfikir 1 bende ni. Tp pandangan aku ni x merangkumi utk org yg keturunan kaya, yg harta 7 keturunan pun x habis. Plus, ini bukan sbb aku dengki. Sekadar peringatan bersama.

Kita orang islam, kalau mampu, kita wajib tunaikan haji kan? Dan, buat haji ni bukan nya murah. Jadi, kita yang setakat mkn gaji, still kene byr ptptn, dan yg mengharap brim tu, kite kene pandai allocate duit. Utamakan benda yg penting dan wajib. Jadi, sekadar nasihat, sebelum kite bersuka ria, kite kene usahakan dulu yg wajib, contoh, duit utk pergi haji.

Kalau aku, mak pak x mampu nak bwk kami p buat haji. Jadi, umur aku 24, baru cukup duit nak DAFTAR Haji. Lambat siot. Umur aku 100+ lebih baru turn aku. Xpe. Kurang2 aku dah usaha. Sekrg aku baru ade 9k, nnti dh cukup simpnn nk g haji, aku nak stop. Baru aku sedia nak spent duit utk buat bende lain.

Mungkin cara aku kolot, tp bg aku, kite kene utamakan yg penting dulu. Dah complete yg wajib, kau nak buat hal lain2 tu, ikot suke kau la.

Lagi 1 aku nak tegur, yg jenis travel, backpackers, hiking bagai tu, aku suke aktiviti korang. Aktiviti sihat. Tp tolong jage sikit ikhtilat korang tu.

Ok tu je.

– Starfish kolot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Bersangka baik. Dah lama diaorang cukup duit tabung haji tu, tunggu turn je. Ada je yang buat umrah/haji secara backpack. Tak bolehlah nak judge orang lain yang tak macam awak macam tu. Cuba tengok orang lain secara positif okay.

  2. Fikir positif, mungkin dia dah daftar haji tapi giliran dia lama lagi. Nak tunggu panggilan haji, baru tengok dunia, memang lambat la. Dah tua gitu.
    Kalau setakat travel dekat-dekat, x besar belanja dia. Backpackers selalunya pandai jimat, bajet kecil, jalan jauh. Lagi pun tak salah kalau dah penat kerja/belajar pergi melihat dunia kan?

    Mungkin juga dia dah allocate duit dia tiap-tiap bulan untuk haji, cuma dia tak up status kat fb je, mana kau tahu kan?

    Ataupun dia dah pergi haji tapi tak upload kat media sosial.

    Minat orang lain-lain, takkan pergi haji dulu baru nak sambung belajar, beli kereta, beli makanan yang kau suka, shopping,pergi mengembara, buat benda yang kau suka. Boleh je nak jalankan semua tu serentak, tapi slow-slow.

  3. Kita anggap je la diaorg tu ada simpan duit utk ke haji gak, sambil tu gi travel. Kadang2, duit nak pergi haji dah cukup tapi kena tunggu giliran or tak dijemput lagi nak pergi. Banyak benda belakang takbir dik yang kita tak tau.

  4. Utk ke tanah suci bkn main niat,beli tix trus pegi…jika kita ada niat tp Allah swt xnak jemput kita ke sana..ape jua cara yg kita buat, bnyk mana pun duit yg kita ada…xn dpt juga kita jejak kaki ke tanah suci tu..

    ya, sy slh sorg yg suka travel ke sana ke sini..tp penting nya niat kita masa travel..kita pegi nak buat ape…nawaitu kita travel tu utk ape…berjimba2 ke..berjoli2 ke…nak shopping saje ke…ataupun sbnrnya kita mencari Agama itu sndiri…

    cuba laa travel…pegi laa awak ke negara2 yg ‘miskin’…sebuah negara yg mewah n maju xsemestinya ‘kaya’..sebuah negara yg mundur n masih dlm membangun bkn lah sebuah negara yg ‘miskin’…belajar lah kita ilmu itu supaya kita lebih menghargai n lebih tahu bersyukur…

    Jujur sy ckp..setiap bulan peruntukkan tabung haji/umrah sy potong trus melalui gaji..sy xmampu nak anto trus mak ayah sy ke tanah suci tp setiap bulan peruntukkan asing akan sy masukkan dlm acc diaorg sbg tambahan tabung umrah/haji diaorg…

    2 tahun lepas kami sekeluarga berniat utk mengerjakan umrah..tp mgkn kerana Allah swt merasakan kami belum ckup layak utk ke sana, pelbagai halangan kami hadapi..termasuk lah ayah sy yg tiba2 jatuh sakit…n juga beberapa faktor yg lain..tahun lepas kami niat lg..mencuba utk mendaftar..tp alhamdulillah jodoh adik sy smp lebih awal…kami dahulukan tanggungjawab itu dahulu..

    i’allah tahun depan dan hadapan kami akan sentiasa mencuba ke sana..kami mencuba utk menjadi lebih baik..supaya kami lebih layak ke sana..spy segala ilmu yg ada dpt memberikan kami hikmat ibadah umrah/haji itu sndiri..

    Maaf..pnjg plak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *