Simpan Sendiri atau ASBF?

Kisah benar ini merupakan luahan dari kawan saya. Moga menjadi manafaat untuk kita semua.

Kawan2, kalau saya boleh disiplin untuk menyimpan sendiri, perlu ke buat ASBF? Ini yang kawan saya pernah tanya kepada saya.

2 tahun lepas soalan ni selalu bermain di lidah kawan saya, masa tu hujung tahun 2016. Masa tu kami sama2 minat mengkaji berkenaan pelaburan.

Bila saya tanya napa tak mau menyimpan dengan ASBF ?

Ini antara reasons dia :

1/ Takut ASB rugi

2/ Ada ulamak kata haram, jd dia rasa syubhah

3/ Takut nak buat pinjaman untuk pelaburan

Takpelah, pegangan dia lain. Kita follow sahaja.

Lepas 2 tahun berlalu, dalam weekend yang lepas, kawan saya ni call saya, tanya bila boleh jumpa, ckp nak buat ASBF. Habis sign borang semua, saya tanya, bro, napa tiba2 terbuka hati nak simpan dengn ASBF???

Dia ckp rugi sgt aku nih, patut dari hujung taun 2016 lagi aku dah bukak ASBF. Sejak 2 tahun ni, aku simpan sendiri 1k tiap bulan, simpan dalam satu institusi ni, setahun dividen 6%-7%, cukup tahun dpt dividen, duit aku bertambah.

Tapi bila aku tgok duit kawan2 aku yang simpan dengan ASBF lagi bnyk dari aku. Siap ada yang rolling dividen buat bayar komitmen tahun depannya, lepas tu bukak lagi ASBF 200k, komitmen bulanan sama macam aku simpan 1k, tapi hasil sampai 30% setahun, aku pulak cuma 6% je setahun. Aku rasa menyesal sgt.

Tak takut ke rugi kalau buat ASB ni? Dulu kau kata rugi.

Dia kata kalau rugi pun, aku akan dapat balik duit simpanan aku, lebih kurang jumlah yang aku simpan sendiri sahaja. So baik aku buat je ASBF. Ada rezeki dapat untung yang lebih banyak dari institusi lain.

Dulu kau jugak ada kata benda ni syubhah, skrg macam mana pegangan kau?

Dia ringkaskan yang baru2 ni dia ada jumpa satu ulamak tasawuf, dia tanya kat syeikh tu, apa hukum buat ASBF, ustaz tu ckp, ikut je fatwa, tapi banyak fatwa berkenaan ASBF ustaz, yang mana patut saya ikut? Ustaz tu ckp, kalau tuan pegang fatwa yang kata harus, maka haruslah hukumnya.

Tak perlu fikir dah apa hujah Ulamak yang mengeluarkan fatwa tersebut. Kita pegang yang kata harus, bismillah, kemudian kita ikut. Kalau orang pegang yang sebaliknya, terpulang dia, kita raikan fatwa ulamak2 lain.

Sekarang kau dah berani ke buat loan untuk pelaburan. Bila aku tanya soalan ni, gelak besar kawan aku. Haha, lebih kurang jawapan dia, dulu aku ingat ASBF ni macam buat personal loan, lepastu guna untuk pelaburan, aku untung ke rugi, aku mampu ke tidak, tiap bulan kena bayar, tak leh lari dari bank.

ASBF ni yang bagusnya, boleh terminate bila2 masa, kalau aku tak mampu nak bayar, boleh terminate, dan yang paling best, terminate dapat duit. Aku rasa sbb tu kot yang kawan aku gelak besar. Hehe

Alhamdulillah, tak perlu aku cerita panjang, dia dah jawab semua soalan di fikirannya.

Kesimpulannya, ramai orang kat luar sana, takut dan ragu2 lagi nak menyimpan dengan ASBF, macam kawan ni, 2 tahun baru terbuka hati. Ada orang yang dengar ASBF, tak banyak tanya, laju je bukak ASBF. Takpelah, hati masing2 kan.

– AFBA

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *