sindir menyindir adik beradik

Salam.. semoga luahan kali ni disiarkan dalam iium confession. Terima kasih..

Aku anak ketiga dalam adik beradik. Jarak umur yang amat jauh membuatkan hubungan kami tidak semesra orang lain namun aku lebih rapat dengan adikku yg bongsu walaupun jarak usia hampir 8 tahun beza.

Adik beradik ku terdiri dari golongan perempuan semuanya. Yang sulung dan kedua amat dekat perbezaan umur berbanding aku dan adikku. Kiranya adikku boleh dikatakan seperti anak mereka..namun aku tak tahu apa masalah kakak sulungku. Terlalu suka mnyindir adik2 dia. Memang pendapatan dia tinggi.. mampu melancong ke luar negara selalu. mampu menghulurkan sejumlah wang yang banyak kepada ibu bapa setiap bulan.. tapi tu bukan tiket untuk dia sentiasa meninggi diri dan memperlekehkan adik2 yang lain.

Aku amat memahami keadaan kakak keduaku.. gajinya jauh lebih rendah dari kakak sulungku.. selalu diperlekehkan dan dibandingkan kerana dia selalu disalah anggap sebagai kedekut kerana sedikit berkira untuk menghulurkan lebih kepada kedua orang tuaku. Aku tahu, dia bukan berkira namun dia bukan orang senang.

Aku sendiri pernah disuruh membeli macam2 sehinggakan terpaksa mengguna wang modal perniagaanku. Aku tetap membeli tanpa berkata apa pun namun kepada emak dan adk aku luahkan segalanya. Perlu kah sindir menyindir itu wujud dalam kalangan adik beradik. Aku rasa tak perlu. Cukuplah dengan sifat saling menyayangi dan memahami keadaan adik veradik. Kalau dah memberi tak perlu mengungkit..

Tak semua mampu bergaji tinggi. Dan tak semua mampu memberi seperti yang dia beri. Sepatutnya bersyukurlah bukan membangga diri.

Kadang2 aku merasakan yang dia seolah olah terlalu berfikir yang dialah terlalu sempurna. Terlalu mewah hinggakan dia rela menyindir dan membuatkan hati adik2 terasa. Cukuplah. Aku harap satu saat nanti dia berubah. Biarlah kepulangan dia ke kampung dirai dengan gembira bukan ditakuti dan gelisah sentiasa. Kami sayang kakak sulung kami cuma kami tak selesa dengan sikapnya. Bukan setahun dua namun sepanjang usia kami, kami terasa tapi kami hanya mampu pendamkan semuanya.

Doakan kakak sulungku berubah

– sweet17

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Lain manusia lain kerenahnya…harap awk bersabar dgn kerenah dia ye…family kita kan…mcm mne buruk pun perangai dia kita kena terima jgk kan…

  2. biasala tu. dlm satu family mesti ada sorg yang kononnya berpelajaran tinggi, bergaji masyuk. dan dgn duit tu dorg anggap dorg dipandang mulia dan pendapat dorg adalah yang terbaik. keluarga pun menganggap dorg sebagai sebagai supremo dlm famili. kau boleh je nak kritik dorg, tp last2 semua org lain akan kritik ko balik. nasihat aku, pekakkan telinga je. live your life. buat semampunya yang ko boleh buat. itu saja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *