Sindiran demi sindiran

Perkongsian dari lubuk hati

Kawan-2 selalu tanya saya..
Kenapa hang ni suka masuk itu ini? Apa hg nak sebenarnya? Apa yang hg nak dapat? Sekejap-2 pergi program, sikit-2 program.. Ada sindir. Nak nama ke dato? Nak pangkat oh YB? Hg takpenat ke dengan semua ni? Tak stress ke? Dunia je tu.. Dan macam-2 tamparan lagi yg sinis dan sadis..

Kadang-2 sedih, geram, marah pon ada. Tapi kita kena chill, tarik nafas dalam-2 dan hembus..
Hmm… Ok baik.. Macam ni.. Aku tahu yg aku ni lemah, banyak benda aku tak boleh buat. Banyak benda aku tak reti nak buat. Haa.. Kenapa aku selalu join?
Ni 8 jawapan yang aku nak kongsikan supaya semua persoalan terjawab..

1. Sebab nak keluar dari kepongpong zon selesa dan berkongsi dengan kawan-2 ilmu yg aku belajar. Ingat ya pahala sentiasa mengalir selagi ilmu itu dimanfaatkan. Saham akhirat tuu..

2. Aku sedar yang aku lemah dan banyak benda aku taktahu. Dan ni dikira jihad juga tau sebab kita menuntut ilmu.

3. Aku boleh dapat kawan-2 baru yang sentiasa positifkan aku bak kata pepatah ke kandang kambing mengembek ke kandang harimau? Renung-2kan la ye.

4. Aku dapat belajar cara komunikasi dengan lebih baik. Ilmu hebat cara penyampaian pon kenalah hebat. Dan jugak sangat berguna untuk kita belajar berdakwah secara hikmah.

5. Aku dapat mengisi masa lapang dengan benda yg berfaedah. "Demi masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang2 yg beriman dan beramal soleh" -surah al asr

6. Waktu ni la waktu efisyen untuk kita aktif sbb waktu sbagai student sangat fleksible berbanding waktu bekerja dan bila berumah tangga. Setuju?

7. Aku suka mencari pengalaman yang pelik-2. Terasa diri ni rare dan dpt satu kepuasan yg takdapat diungkap.. Serius talk… Diving, hiking, backpackers, stargaze, travel, handle itu dan ini.. Walaupun mulanya kita zero, tak bermakna kita takboleh buat. Waktu ni kita cari keunikkan diri sendiri.. Hehe

8. Dan last sekali… Bila buat benda-2 mcm ni, secara taklangsung, siapa sangka ada generasi muda yg terinpirasi dan bersemangat nk mengejar cita-2, yang jadikan kita sebagai ikon. Dan paling seronok bila ada budak jumpa dan berkata " saya akan jadi lebih hebat dari abg satu hari nanti" "Saya akan buat yg terbaik. Terima kasih abg sbb bagi semangat". Waktu ni penat lelah, jerih perih Allah ganti dengan suatu kepuasan yang memang tak dapat nak diungkap. Rasa tenang sangat.

Dulu.. First time ke feed the homeless.. Aku beri seorang pakcik ni makanan bihun goreng je. Pakcik ni bisu, cacat sebelah kaki, kelaparan.. Ya Allah.. Dia sangat-2 happy.. Aku lihat senyuman yg ikhlas dari raut wajah dia sambil dia buat bahasa isyarat tanda terima kasih sangat-2. Di situ, penat buat persiapan, penat cari sponsor, penat tak tido, penat handle team semua penat ni.. Sekelip mata.. Hilang… Yang ada kepuasan, ketenangan, keseronokan, bersyukur dan rasa yang tak dapat nak digambarkan…

First you learn, then you earn.. What you give, you will get back more. Do something that your future will thnks to you…

Kadang-2 kawan satu nikmat dan jugak kadang-2 kawan satu ujian.. Jadi selagi benda yang kita buat ni tak langgar hukum, tak bercanggah dengan agama.. Buat je.. Redah je.. Apa-2 pon.. Paling penting.. Setting niat baik2 ya.. Salam Ramadhan Kareem..
*nak type pendek, terpanjang pulak.. ?

– Amirul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Haha just teruskan je ape yg ko buat skang.. dlu mase blaja aktif jgk mcm2.. society lah, mentoring club, sports, martial arts.. mmg xpernah lekat kat bilik.. tp akan make sure kalau ade group discussio sume x miss.. rmai je kwn2 bising, perli sane sini.. siap ade ckp nk bomohkan akj suh stop sume2 aktiviti.. derrrrrrr…. -.-‘

    tp wat pekak n steady sbb kita yg kenal diri kita.. kita lebih tau kemampuan kita, n apa yg kita nak.. so, kipidap!! blaja jgn abaikan plak ye..

  2. tak ada masalah selagi pointer jaga dan tidak abaikan pelajaran. Pengalaman dlu, ada student ni aktif sgt dgn aktiviti2 sampai kerja2 kumpulan dia lepas tangan. Kami pulak bertungkus-lumus siapkan kerja dia.

  3. Rasa macam tgh baca pasal diri sendiri. Hahah. Aku ada pemikiran sama mcm kau,tapi tak pernah keluarkan dalam bentuk tulisan,hanya melalui mulut. Yerp,betul apa yg kau tulis,especially point no 7. Experience is priceless :-) time ni la nak embrace our uniqueness dan hone/sharpen/develop segala skill yg kita ada. Communication,interpersonal,leading,soft skills and many other skills. (Y)

  4. sama la kita.. tapi selalunya bz sangat sampai test1, test 2, quiz semua fail.. tapi struggle waktu final exam je la.. elok2 je dapat A.. huhu.. takpe, pengalaman tu yang berharga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *