Single ‘M0ther’

Hi saya saja nak luahkan perasaan saya tapi mungkin nak minta pendapat semua juga. Saya sebenarnya masih bujang, umur dekat 40 tahun.

Hampir 9 tahun dulu saya berhenti kerja sebab mak saya sakit, dan still jaga mak saya sampai sekarang, saya pun tidak bekerja sebab masa yang tak fleksibel.

Macam- macam bisnes saya dah buat dan beribu modal habis tapi tidak berjaya, jadi mak saya kata, saya tak sesuai buat bisnes tapi saya masih jadi agen produk, sebab saya takda income.

Saya pernah bekerja part time 2-3 tahun dan bekerja full time beberapa bulan, tapi saya kerja untuk 30 ekor anak- anak bulus saya.

Nak dijadikan cerita saya kena jaga 3 anak saudara saya, yang tidak diingini oleh ibunya. Yang sulong saya ambil sendiri kat rumah ibu bapanya sebab saya dapat tahu yang dia sudah tidak bersekolah, sekarang dah 7 tahun sekolah berdekatan rumah saya.

Selepas beberapa tahun saya ambil anak sulong tu, ibunya menghantar pulak anaknya yang kedua untuk bersekolah di sini, sekarang dah 3 tahun sekolah sini.

Sepanjang saya jaga 2 orang anak- anak ini, sesen pun ibu bapanya tidak hulur duit untuk mereka ini. Takpalah saya faham sebab kos hidup tinggi kat bandar.

Walaupun saya sebagai penjaga tapi mak saya yang banyak keluarkan duit untuk mereka, saya pun menumpang hidup dengan mak saya dengan duit yang adik beradik saya bagi kat mak saya setiap bulan.

Pada hari raya tahun ni, ibunya juga tidak mahu jaga anaknya yang terakhir ni, dan bapanya membawa pulang kesini sebab diberhentikan kerja di sana. Sekarang bapanya pun tak dapat kerja yang stabil lagi.

Jadi sekarang dah 3 orang saya kena fikir, macam ibarat anak saya walaupun saya bujang tapi saya takda lifestyle sebagai bujang, kadang- kadang rasa stress.

Lagi stress bila mereka ni tak dengar cakap saya, taknak belajar, taknak baca buku, taknak buat kerja sekolah, saya jadi stress, nanti ada cikgu yang akan salahkan penjaga.

Kadang- kadang saya rasa malu, takda kerjaya, tak cantik, muka kusam, pakai baju sama dah bertahun- tahun, ada duit simpanan sikit tapi tak dapat nak guna untuk beli barang- barang yang diingini sebab semuanya untuk anak- anak bulus.

Tapi alhamdulillah saya tetap bersyukur masih ada lauk atas meja walaupun kena berjimat cermat sebab saya tahu ada orang lain yang lagi susah.

Pada satu tahap juga saya nak jadi macam orang biasa pergi kerja, balik kerja, dating dengan kawan- kawan, dan tak perlu amik budak- budak sekolah, tak perlu join aktiviti sekolah dan lain- lain.

Tapi saya tetap ikhlas jaga mak saya walaupun saya terus membujang, saya doakan mak saya terus panjang umur dan diberi kesihatan yang baik. Tolong doakan mak saya ya, terima kasih.

– Siti Muthiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *