SIS BUNTU

Salam, saya merupakan student cfs yang akan grad sem ni . In shaa Allah , awal bulan depan masuk di Gombak pula. Masalah saya sekarang ni , saya buntu nak sambung apa di Gombak nanti. Saya merupakan student Human science. Saya sebenarnya minat dengan 3 course ni which is Psychology, Political science dan juga sociology and anthropology. Sebenarnya , saya dalam dilemma. Saya tidak diberi pencerahan tentang course course ni. Saya dah google tapi takda yang dapat menyelesaikan masalah saya ni. Saya minat psychology, tapi problemnya saya tak minat buat research . di cfs saya belajar research skills, tapi langsung tak minat. kalau political science pula , apa yang saya faham , political science ni banyak berkait dengan kena berani bercakap depan org , lawan sana sini. itu yang saya fahamlah. saya ni sebenarnya tak berani utk bercakap dikhalayak ramai. begitu juga dengan sociology dan anthropology. saya berharap sangat senior senior yang major in those subject , dapat bantu saya dalam menyelesaikan masalah ini. kerana deadline semakin dekat…. Minta tolong ya agar sesiapa dapat membantu saya yang berada dalam keadaan buntu. Terima kasih in advance! semoga Allah membalas jasa baik awak semua.

– Sis H

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *