Untuk part I, (https://iiumc.com/sisi-gelap-asrama-2/).
Assalamualaikum. Haii.. Para pembaca.. Saya Sofea penulis siri pertama, “Sisi Gelap Asrama”
Terima kasih sebab beri komen2. Saya baca semuanya. Terima kasih sangat2 kerana beri komen positif. Sebenarnya saya takut sangat bercerita semula kisah ini. Saya takut hal ini diketahui oleh puak mereka.
Walaupun masing2 sudah jauh berkeluarga atau membawa haluan masing2. Tetapi saya masih fobia dengan puak ini.
Ada yang bertanya tentang kehidupan mereka. Jadi artis ka apa? Bagaimana hidup mereka sekarang? Saya tidak ambil tahu hal mereka selepas tamat zaman sekolah. Saya buang mereka dari hidup saya. Saya unfriend mereka semua dari semua media social saya.
Ada juga berkata kehidupan mereka tidak kemana. Ini saya tidak pasti Tetapi apa yang saya faham, Allah maha Adil. Allah saja lah tahu. Sekolah cuma tempat persiapakan diri sebelum ke alam sebenar.
Boleh jadi orang paling tidak ada masa hadapan dulu, adalah orang paling bahagia hari ini. Ya, lebih bahagia dari kehidupan yang mereka pamerkan dimedia sosial.
Media sosial boleh menipu. Penipuan paling terbaik di media sosial.
Tetapi, apa yang saya tahu. Tahu dari persekitaran saya. Mereka alhamdullilah masih hidup dijalan masing-masing. Ada yang sudah bersuami dan berkeluarga. Anak2 semua comel2. Hehe.. Ada juga sudah insaf agaknya.
Kerana selalu bercakap hal baik2. Jadi mereka sekarang totally 100% lain dari zaman asrama dahulu. Mereka hidup bahagia. Seolah2 tidak pernah mereka membuli atau melakukan hal buruk kepada orang lain.
Apa yang saya dapat tahu, mereka masih berkawan rapat sesama mereka. Ada juga dikalangan mereka bekerja ditempat yang sama. Jika pergi situ dari pekerja bawahan sampai atasan adalah sebahagian dari puak mereka.
Saya bersangka baik saja mereka mohon kerja situ serentak. Cuma pelik juga kerana orang lain susah dapat kerja situ.
Kebetulan saya berkerja sementara disitu dahulu. Pangkat saya ketika itu lebih tinggi dari mereka semua. Ya, sangat tinggi. Tapi bukan masuk secara “cable” lah. Ada perit jerih juga. Dan saya telah bertemu semula dengan sebahagian mereka.
Kebetulan agaknya. Mula2 semua agak terkejut. Tapi memandangkan mereka tidak “usik” saya. Jadi saya buat2 tak tahu kewujudan mereka walaupun mereka ada yang “senior” dari saya.
Saya tidak tahu perlu kah saya berbuat baik? Or just follow the flow. Tetapi saya tetap melayan mereka dengan baik walaupun pangkat “bawah” dari saya. Tidak apa. Cuma untuk melupakan segala2 nya agak perit.
Cuma apa yang saya nampak mereka seolah2 tunduk malu apabila saya berjalan atau terserempak dengan mereka. Atau mereka akan seolah2 hormat tinggi saya. Agak nya kerana “pangkat” saya.
Saya sangka baik sajalah. Tetapi saya dan puak mereka tidak pernah bersembang lebih2. Sekadar senyum sapa sahaja. Peristiwa ini ketika beberapa tahun lepas. Sekarang saya sudah bekerja ditempat lain.
Mereka yang lain? yang buli? Apa yang saya nampak di media social merekalah paling gah, paling cantik, Paling ramai follower. Tapi hakikatnya mereka masih struggle dengan hidup mereka. Yang kaya mungkin berubah ke B40.
Yalah pandemik kan. Tetapi apa yang saya dengar cerita dari kawan2 lain memang mereka tengah struggle dalam hidup masing2. Tetapi tidak apa. Setiap manusia ada ujian kan? Ada yang struggle cari jodoh, masalah rumahtangga, hal kerja, bisnes keluarga.
Masa mereka yang baik2 (mangsa buli juga dulu) dapat tahu saya kerja sini dan berpangkat, saya tidak jangka mereka masih ingat saya dan datang peluk saya. Mereka cakap mereka tidak sangka saya sekarang sudah ke tahap ini.
Saya hanya senyum terdiam saja. Alhamdullilah. Mereka juga ada maklumkan tentang puak itu yang kerja disini. Ada yang meminta untuk saya “membalas”. Tetapi saya tidak sekejam itu.
Well, life is hard actually right? Saya tidak tahu kifarah atau apa. Tetapi saya tahu hidup selepas zaman sekolah memang mencabar.
Cuma saya dan mangsa2 lain saja. Kami Masih struggle dengan rendah diri, trauma, takut, depresi.
Tetapi alhamdullilah kawan2 saya yang miskin dahulu. Mereka alhamdullilah. Kehidupan mereka lebih baik dari dulu. Mereka senang dapat kerja, gaji tinggi, jodoh baik2 dan keluarga bahagia. Ada yang berjawatan tinggi.
Ada yang sambung degree. Ada yang sambung belajar. Alhamdullilah. Saya tumpang bahagia untuk mereka.
Alhamdullilah dahulu air mata diwajah mereka. Sekarang? Mereka bahagia dengan cara sendiri. Cuma beza nya. Mereka tidak ” posting” di media sosial mereka.
Semua nya hanya rahsia dalam kalangan Kami. Bukan tidak mahu dedahkan kehidupan masing2. Tetapi kami ada satu keadaan. Masih takut dengan pembuli. Walaupun pembuli sudah baik. Hmmm.
Apa yang saya ingin sampaikan ialah tips untuk kalian yang betul berminat untuk anak2 generasi kalian tinggal diasrama.
1) Pastikan anak anak kalian betul2 kental jiwa dan raga. Kuatkan hati.
2) Jika rasa tidak kuat, jangan masuk asrama.
3) Jika golongan B40. Pastikan tahu membawa diri. Biasanya kita tidak disukai kerana hidup kita ketika itu. Mungkin mereka makan ayam tetapi kita makan ikan.
4) Jangan biasakan membodek senior. Lama kelamaan kawan2 sebaya tidak suka.
5) Apa2 berlaku diasrama terus beritahu kepada ibubapa & waris penjaga. Beritahu kepada orang yang dipercayai.
6) Hentikan budaya puak. Puak2 Kaya lah.Ingat, Kaya sebab menumpang keluarga & ibubapa bukan bermakna anda Kaya. Anda hanya menumpang saja. Dan semua harta ini tidak kekal. Hanya ujian semata2.
Percayalah harini anda mungkin Kaya, 10 tahun? 15 tahun? 20 tahun lagi? Segala nya boleh berubah. Tak selamanya orang miskin. Dan tak selalunya kekayaan kekal.
7) Jangan suka mulut cakap lepas (laser)
Contoh : Kau ni macam b*bi la bila makan. Tau la anak orang kaya, perlu cakap macam ni? Apa saja gerak makan orang lain biarlah, lainlah dia duduk makan macam orang bela saka.
Jika sudah masuk asrama hentikan budaya “puak2″ ini. Jangan normalisasikan. Jangan cakap korang untung sebab senior Kami dulu lagi teruk dari Kami, Kami buat ni sikit saja.
Jangan berkawan mngikut taraf, kawan semua. Boleh jadi orang miskin dahulu kemudian senang bila dewasa.
Dan jangan sesuka hati spot check darah haid orang lain. Perkara itu memalukan! Konon puak miskin lah yang tipu tak nak solat. Geli jijik.
Walau pun sudah lama tetapi ingatan saya masih segar lagi. Jangan minta semua murid pegang pad orang lain jika kalian terjumpa pad belum basuh. Ini tidak, sebagai hukuman semua murid diasrama kena pegang sikit sampai masuk tong sampah.
Ini kerana tidak ada murid mengaku siapa punya. Ya pegang pad yang ada darah. Jika bernasib baik tidak ada darah. (Maaf agak geli).
Kalau kalian marah tengking2 orang siapa pun takut untuk mengaku salah.
Kadang orang itu baru nak ke dorm ambil pakaian, tertinggal benda itu. Tiba2 puak kalian jumpa & terus jerit2 jerkah semua. Ketika itu siapa yang nak mngaku?
Satu lagi, tolong hentikan budaya menghukum dengan memanggil murid dan bentuk bulatan. Mangsa duduk ditengah2 kalian dan sekeliling dia dan kata lah macam2. Nak tegur, tegur elok2. Kalian semua bakal ibu. Sanggup tak anak2 kalian orang buat macam ini?
Dan juga tolong tegur hal sepatutnya. Jika dia buat salah, tegur sepatutnya. Jangan babitkan latar belakang seseorang. Ayah dia nelayan?
Mak dia makcik kantin? Kakak dia cleaner? Itu bukan masalah utama. Jangan sebab ” senior” suka- suka nak kaitkan dia dengan latar belakang.
Dan jika kalian makan diasrama, makan la didewan makan. Tahu la keluarga kaya mampu beli makanan sedap & mahal. Tetapi jangan lah makan depan orang lain.
Duduk lah makan ditempat sepatutnya. Tambah2 jika kalian semua dari kelas depan. Sepatutnya kalian lagi faham lah.
Dan, jangan ambil semua jawatan dalam asrama untuk puak kalian saja. Bagi sama penghuni lain pegang jawatan. Jika dia tidak mampu jalankan tugas pada penggal pertama, tukar lah orang lain.
Ini tidak awal tahun ke akhir tahun sama juga. Orang yang sama. Jadi tidak hairan la jika puak kalian buat salah tidak ada hukuman.
Dan juga jangan la bodek warden kerap sangat. Warden minta ambil gambar semua orang untuk setiap pertandingan. Kalian ambil gambar puak kalian saja. Bila warden tanya kalian berdalih Kami tidak mahu bergambar.
Sedih juga tiada langsung gambar! Puak korang saja lah duduk asrama. Ini bila reunion online, tidak ada gambar kami semua untuk warden pamerkan. Sedih tahu tak!!!
Dan terakhir, jika senior nak junior hormat orang. Sila hormat dahulu. Ini tidak sudah la layan buruk, tengking jerkah. Alih2 mahu puak miskin ini hormat kalian.
Dan kalian kalau rasa anak orang kaya, lebih baik berbudi bahasa sikit. Jangan biasakan sikap sombong. Hidup kalian bukan selama nya diatas.
Dan ya, pembuli ini tidak sedar pun mereka membuli. Bagi mereka, ‘alah senior kakak dahulu lebih teruk dari kakak buat’ Ini jawapan kerap saya dengar dahulu.
Pembuli2 ini apabila bersendirian tanpa puak mereka, mula lah menyendiri, diam, tidak brcakap, tidak cari masalah dengan sesiapa. Tetapi jika dengan puak mereka, suara mengalah hantu.
Pelik juga, kenapa perangai pembuli boleh simpati kepada kisah2 jenayah buli sekarang. Sudah insaf? Atau baru sedar?
Hiduplah dengan pengertian yang luas.
Belum tentu segala harta dan kepandaian sekarang milik kamu. Boleh jadi orang paling selekeh, kotor, miskin dan bodoh dimata kalian adalah orang paling berjaya dimasa hadapan.
Saya masih berharap saya dan puak mereka tidak bertemu lagi. Bukan berdendam. Tetapi saya juga masih struggle untuk lawan segala rasa yang mereka “cipta” dahulu. Tolong doakan saya ya.
– Sofea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit