Sisi Gelap Pekerja Kilang

Assalamualaikum. Hari tu aku dah tulis yang indah-indah pasal menjadi pekerja kilang, (https://iiumc.com/dunia-pekerja-kilang/).

Jadi hari ni aku nak tulis realiti yang kurang indah pula. Tapi jika kita pandai menguruskan realiti yang kurang indah ni, ok saja sebenarnya.

Aku tulis ini adalah untuk pedoman sesiapa yang bakal masuk ke dunia pekerjaan jenis ini.

Kerja di sektor perkilangan ni tak menjanjikan ‘job security’. Kita boleh hilang kerja pada bila-bila masa. Mungkin kilang ditutup atau kita buat salah dan kena buang kerja.

Apa yang aku buat ialah aku dan suami menyimpan sejumlah wang yang membolehkan kami survive untuk jangkamasa setahun waktu awal-awal kami bernikah dulu. Duit ni simpan dan jangan fikir nak guna jika tak ada kecemasan.

Kerja kilang secara shift 12 jam ni, tak menjamin kita boleh cuti pada hujung minggu. Shift pattern akan diubah oleh pihak pengurusan mengikut keperluan syarikat.

Jadi amat berbahaya bila kita dah berkeluarga. Nak uruskan anak sekolah dan luangkan masa bersama pasangan akan jadi terhad.

Jadi aku dan suami merancang awal, yang kami berdua tak boleh berkerja shift ni bersama. Salah seorang perlu berkerja jenis lain. Tapi kami kurang modal.

Kebetulan kilang yang aku kerja ada menjual saham syarikat kepada pekerja.

Jadi kami berdua beli saham ni.

Aku tak pandai cerita bab ni sebab suami uruskan.

Kami kerja bersama waktu tu. Dia uruskan saham ni. Kami beli dan jual saham ni untuk kumpul duit. Bila dah cukup duit dia pun mula bekerja sendiri.

Bekerja sendiri memudahkan kami menguruskan masa. Aku tak sesuai bekerja sendiri jadi aku beri ruang pada suami.

Antara masalah orang tua yang berkerja dikilang ni juga ada berkomunikasi dengan orang muda. Aku berumur 40 tahun, agak tua juga untuk pekerja kilang. Majoriti pekerja berumur dibawah 30 tahun.

Aku juruteknik, perlu berurusan dengan engineer berusia lingkungan 23 tahun dan juruteknik lain juga berusia lingkungan bawah 25 tahun.

Jadi, aku belajar memahami orang muda. Aku banyak mendengar. Aku anggap ini semua pelajaran untuk aku membesarkan anak-anak remaja aku sendiri. Walaupun pernah muda tapi zaman dah sama. Cara pemikiran juga dah tak sama.

Nak tahu lebih lagi tak cerita pasal dunia pekerja kilang? Aku boleh ceritakan tentang kelayakan masuk berkerja di kilang supaya mendapat gaji yang tinggi.

Kerja ni sesuai untuk orang yang memerlukan duit, macam nak bantu keluarga atau nak kumpul modal untuk buat kerja lain.

Tapi kurang sesuai untuk yang bercita-cita tinggi. Sebab kerjaya ini, kerjanya lebih kurang sama saja setiap hari.

– Natasha Awanis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *